Popular Today

Khamis, Januari 08, 2009

Hudud: Kenyataan Anwar mengelirukan, kata Karpal

Jan 8, 09 6:40pm
Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, Kenyataan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan hukum hudud hanya terpakai kepada orang Islam dan bukannya di seluruh negara adalah mengelirukan.

"Kenyataan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa tidak perlu menolak hukum hudud kerana ia hanya terpakai kepada orang Islam adalah bertentangan dengan hasrat PAS yang mengakui mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

"Ini memang menjadi pendirian PAS sejak ditubuhkan sepertimana dicerminkan dalam kenyataan oleh bekas dan pemimpin PAS sekarang," katanya dalam kenyataan di ibunegara, lapor Bernama

Karpal Singh menegaskan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, dipetik dalam laporan berita pada 23 Disember tahun lalu sebagai berkata: "Saya tidak nampak kenapa mereka (iaitu orang bukan Islam) tidak dapat menerima hukum hudud yang tidak berbeza daripada undang-undang Barat".

Karpal, yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata untuk hukum hudud diguna pakai, prasyaratnya ialah penubuhan sebuah negara Islam seperti Arab Saudi di mana undang-undang Islam terpakai kepada orang Islam dan bukan Islam.

"Adalah penting untuk Anwar mengetahui apakah niat sebenar PAS yang memperjuangkan penubuhan sebuah negara Islam.

"Mungkin Presiden PAS (Datuk Seri Abdul) Hadi Awang patut memberikan penjelasan sama ada hukum hudud yang ingin dilaksanakan PAS terpakai kepada orang Islam dan juga bukan Islam sekiranya PAS berjaya menubuhkan sebuah negara Islam. Demi kepentingan orang ramai, beliau patut berbuat demikian," katanya.

Karpal Singh berkata Malaysia bukan sebuah negara Islam dan kelulusan serta pelaksanaan hukum hudud adalah melanggar Perlembagaan.

Jadi macamana PAS? Nak jawap ataupun tidak... Nak Jawap ke atau nak hilang undi bukan Islam?....

Jawap ... jangan tak jawap...

2 ulasan:

bungaraya berkata...

Kepada Bro @ brok,
siapakan antara pemimpin dalam Pakatan Rakyat yang sangat "maksum" itu?. Yang boleh menjadi PM sekirannya mereka menang dalam PRU ke 13 kelak. Jika DSAIlah jawapannya. Baik jangan. Jika Nik Aziz alamat Malaysia macam Kelantanlah. Mundur 100 tahun lagi. Tidak ada bezanya dengan Nik Aziz jika Pak Hadi yang naik sebagai PM. Mahu Lim Kit Siang? Jauh sekali. Oleh itu siapa.
Siapa diantara pemimpin melayu kita yang memiliki pengalaman yang luas dalam pemerintahan negara?
Kifli? atau Brok? nak termuntah rasanya.Bagi sejuta, ternganga.

bungaraya berkata...

Semua kita tahu bahawa jika memerintah Pakatan Rakyat hanya akan melaksanakan Hudud dikalangan penganut islam sahaja. Manakala penganut lain dikawal melalui hukum spt yang ada sekarang. Cuma barangkali bentuk hukuman yang akan diubahsuai agar keadilan kononnya akan dapat dicapai sepenuhnya. Saya bagi satu contohlah. Jika islam kena potong tangan, mereka kena potong kaki.
Atau di cucuk telinga hingga pekak.
Maka ramailah penganut lain akan menjadi pekak atau kudung kerana ramai diantara mereka pun jenis yang suka melawan hukum. Macam Kifli?

Kongsi Link Anda