Popular Today

Khamis, Januari 08, 2009

Kempen PAS di KT bergerak perlahan - bukti boikot?

Tidak seperti keghairahan peminat politik di seluruh negara, kempen di hari ketiga pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu masih bergerak perlahan-lahan sejak penamaan calon.

Walaupun tiga calon, khususnya PAS dan BN, mula bertemu pengundi, poster-poster masih banyak belum dinaikkan sehingga menjadi tanda tanya sama ada wujud pilihanraya kecil di bandar ini atau tidak.

Seorang petugas Angkatan Muda PKR dari Gombak "terkejut" dengan gerak perlahan kempen dalam pilihanraya kecil ini, khususnya jentera PAS.

Muhamad Islam Ismail, yang berpangkalan di DUN Ladang, berkata daya gerak pilihanraya ini "sangat berbeza" daripada pilihanraya-pilihanraya kecil yang pernah disertai sebelumnya.

Menurut sumber ianya sangat berbeza pada Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu, terdapat perbezaan ketara... apakah ini membuktikan memang terdapat 'boikot' oleh kumpulan tertentu di dalam PAS... ekoran tidak puas hati terhadap penamaan calon baru-baru ini...

Perang poster - yang menjadi kemuncak kempen tradisi BN dan PAS - hanya kelihatan di beberapa bilik gerakan dan simpang-simpang jalan tertentu sahaja.

Sementara banyak kampung masih lengang daripada suasana pilihanraya yang dianggap penting bagi parti-parti Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan lawannya Mohd Abdul Wahid Endut.

Bagaimanapun BN menaikkan banyak poster besar calonnya bersama barisan pemimpin kanan negera dan negeri.

5 ulasan:

torashah berkata...

Salam..

Adakah kita sedia boikot 'politik Yahudi' atas alasan Malaysia Baru? Iaitu pemimpinnya ialah Anwar Ibrahim? Kenapa Anwar seolah-olah tidak mempunyai kemaluan bila melihat rakyat Palestin ditindas dan dibunuh oleh askar Israel berbanding memperjuangkan nasib kaum HINDRAF kononnya ditindas oleh orang Melayu?

Kalau begitu kita juga perlu boikot parti yang bersahabat dengan Yahudi di Malaysia, iaitu PKR dan sahabat mujahid mereka seperti PAS dan DAP!!! Biar rakyat Terengganu mengajar barua-barua yahudi yang bertapak di Malaysia tetapi bertopengkan Melayu, Cina atau India.

Salam perjuangan

Tanpa Nama berkata...

Gelaran pn dah TORA mmg manpak sangat ko ni kurang ilmi..
TORASHAH ko belajarlah dulu!!
Tak payahla nak mendedahkan ke?????an ko kat sini..

Tanpa Nama berkata...

Pelancaran Bilik Gerakan Utama Parti Keadilan Rakyat Malaysia bukan sekadar simbol kehadiran ahli-ahli dan penyokong PKR namun merupakan komitmen kerja parti tersebut.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Malaysia (PKR) Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh muafakat Pakatan Rakyat cukup padu selain jentera PKR para petugas PAS seluruh negara berhempas pulas membantu memenangkan beliau.

”jentera PAS seluruh Malaysia dikerahkan dan bekerja berhempas pulas seolah-olah calon itu calon PAS,



”kita (PKR) juga diminta bekerja (pilihanraya kecil Kuala Terengganu) seolah-olah calon (PAS) itu adalah calon PKR, tidak ada perbezaan dari segi simbol,”jelas Anwar sewaktu merasmikan pelancaran bilik gerakan utama PKR di Gong Kapas, dekat sini semalam.

Beliau berkata demikian kerana menurutnya tugas pihak media yang dikuasai oleh Barisan Nasional adalah untuk memecah belahkan perpaduan Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata walaupun pengundi Cina tidak ramai di Kuala Terengganu namun kehadiran pemimpin-pemimpin bukan Melayu dari PKR dan pemimpin utama Parti Tindakan Demokratik (DAP) menunjukkan muafakat PR adalah jelas.

Katanya muafakat parti-parti PR jelas dalam menghormati prinsip-prinsip perlembagaan yang mempertahankan kedudukan raja-raja, kedudukan Islam sebagi agama persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi serta hak-hak orang Melayu dan Bumiputera.

”Tetapi kita tekankan dalam masa yang sama penghayatan Islam dan mengangkat kedudukan Islam itu tidak sekali-sekali bercanggah dengan hak dan kebebasan hak agama yang dianuti oleh rakan-rakan kita yang lain,”tegasnya.

Dalam perkembangan yang sama Anwar berkata pemuafakatan PR adalah lebih demoktratik dan matang berbanding Barisan Nasional.

Beliau menjelaskan parti-parti dalam PR tidak akan bergabung dengan satu muafakat yang akan mengikat kebebasan parti-parti tersebut menyuarakan perbezaan antara satu sama lain.

”Premis dia kena ’clear’ (jelas), kita menerima proses demokrasi, orang nak bercakap, bercakaplah, mengapa dalam kita bicarakan soal demokrasi kita kurang sabar bila kita mendengar satu pandangan yang kurang enak kita dengar,

”saya tidak terlalu sensitif apabila ada pandangan-pandangan dan kenyataan antara PKR, PAS dan DAP yang tidak disepakti dengan jelas, kita harus beri ruang,

”ini (Pakatan Rakyat) bukan Barisan Nasional dimana pimpinan UMNO boleh memerintah (dictates) kemudian pimpinan MCA, Gerakan dan MIC semuanya menurut tanpa bantahan,

”muafakat kita (Pakatan Rakyat) ini lebih demoktratik lebih matang, itu prinsip kita, kita tidak mahu ada sesuatu yang terikat,”ujar beliau.

Oleh yang demikian beliau berkata pendirian PAS tentang Islam adalah jelas dan ianya bukanlah satu perkara yang baru.

Katanya penjelasan telah dibuat berulangkali dan dijelaskan sekali lagi oleh Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi bahawa beberapa peruntukan dalam undang-undang Islam yang dipanggil Hudud itu hanya diterima pakai bagi umat Islam sahaja.

”Secara umum Pakatan Rakyat mahu dengan jelas kedudukan Islam sebagai agama persekutuan itu dipandang secara serius bukan sebagai upacara rasmi,

”memberi ruang kepada umat Islam menghayati dengan mengangkat kedudukan Islam khususnya bagi umat Islam bukan setakat kahwin, secara dan beberapa aspek hukum,”tambahnya.

Tanpa Nama berkata...

Perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau pelik kerana orang Umno yang lebih banyak bercakap mengenai yang tidak elok terhadap calon BN bagi pilihanraya kecil Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, berbanding dengan pihak pembangkang.

Abdullah berkata, beliau tidak tahu yang calon BN bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu itu, sombong.

“Orang kata dia sombong, saya tidak tahu. Kalau saya tahu dia sombong, saya tidak ambil dia jadi setiausaha politik saya,” katanya.

Beliau menegaskan demikian di majlis bersama pemimpin Wanita Umno di Kuala Terengganu malam tadi.

Hadir sama ialah Menteri Besar, Datuk Ahmad Said; Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Wan Ahmad Farid.
Bagaimanapun, beliau berharap Wan Ahmad Farid pandai membawa diri berdepan dengan pengundi Kuala Terengganu.

Sikap Wan Farid yang didakwa sombong dan tidak pandai bergaul dengan orang ramai, menjadi buah mulut di kalangan orang ramai.

Bukan sahaja orang ramai, malah ada juga sebilangan penyokong Umno yang dikatakan merungut kerana sukar untuk bertemu dengan Wan Ahmad Farid.

Dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang akan diadakan 17 Januari ini, Wan Ahmad Farid menghadapi saingan tiga penjuru dengan calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut dan calon bebas Azharudin Mamat @ Adam .

Abdullah juga mengingatkan pemimpin Umno supaya melupakan sekejap kempen untuk jawatan parti Mac depan sepanjang tempoh kempen pilihanraya kecil Kuala Terengganu sekarang.

“Lupakan sekejap kempen tersebut kerana kita hendak menang dalam pilihanraya Parlimen Kuala Terengganu.

“Utamakan yang ini dulu, jangan sibuk untuk kepentingan parti,” katanya.

Perhimpunan agung Umno akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur 24 hingga 28 Mac depan.

* Isyarat Umno akan kalah, samada kalah banyak atau kalah sikit sahaja

Tanpa Nama berkata...

Memang betul... sebab itu kita lihat Dr Syed Azman stakat ini senyap sahaja, berbanding pilihanraya yang lepas....

lagipun yang menggerakkan jentera PAS ialah orang luar dan bukan orang Kuala Terengganu

Kongsi Link Anda