Popular Today

Isnin, Februari 09, 2009

Nizar tak tahu malu

Sangat memalukan apabila seseorang itu mengaku sesuatu perkara itu adalah haknya. Sebagaimana yang berlaku di Perak sekarang ini. Apatah lagi beliau hanyalah dilantik oleh seseorang. Jika Nabi Muhammad SAW seorang yang tawaduk dan merendahkan diri tetapi berbeza dengan pemimpin PAS yang angkuh dan mementingkan diri dan kuasa.

Hari ini walaupun Sultan Perak dengan jelas telah mengarahkan Nizar letak jawatan sebagai Menteri Besar Perak namun dengan angkuh beliau mengatakan masih sebagai Menteri Besar kerana itu hak mereka.

Tidak pernah berlaku sepanjang sejarah Tamadun Tanah Melayu pemimpin yang dilantik oleh Sultan dan Raja boleh menderhaka kepada yang melantiknya. Maka hari ini terpalitlah sejarah Hitam terhadap Institusi Beraja yang sentiasa menjadi simbol kemegahan dan kedaulatan bangsa Melayu dan Umat Islam. Dan juga akan menjadi ingatan sepanjang zaman terdapat kumpulan rakyat yang dipanggil Kerajaan Pakatan Rakyat telah menderhaka Sultan dan Raja.

Bukan sahaja menderhaka tetapi juga menghina Sultan dengan mahu menyaman Baginda. Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Karpal Singh yang kali keduanya telah secara langsung menghina Sultan Perak.

Bagi umat Melayu ianya langsung tidak dapat diterima apabila terdapat mana-mana pihak yang secara langsung menderhaka dan menghina Institusi Beraja.

Ianya bukan sahaja ianya bertentangan dengan ajaran Islam yang menyuruh untuk taat kepada Pemimpin apatah lagi ianya adalah seorang Sultan yang menjadi Ketua Agama dan Adat di Tanah Melayu ini.

Tindakan pemimpin Pakatan Rakyat dan pengikutnya yang membantah dan membuat rusuhan sangat memalukan khasnya sebagai orang Melayu dan Islam.

5 ulasan:

sumandak bayu berkata...

Salam,

Nilah padahnya kalo pemimpin yang tak tau malu dek gila kuasa....siap nak lawan Baginda.. entah pelajaran dari mana c Nizar tu ambik... Jan pula disebabkan nasihat Anwar, NIzar jadi Kambing Korban... sebab PAS akan menerima padahnya....

Pikir la sebelum bertindak.....

Tanpa Nama berkata...

UMNO lagi best samakan Agung dengan binatang...........

Panglima Perang Cyber berkata...

kami mahu idris natang ?

itu yang diulang2 oleh PAS isu sultan.

mereka tahu mereka terlajak kata menghina raja.

blog2 mereka mengutuk raja dan mencelakana raja kita.

mereka sudah tak ada modal lagi.

Siapa yang ada sokong Raja dalam hal ni?

Hanya UMNO / BN sahaja...

yang lain HAPRAK dan sama saja perangai dengan Karpal Anwar...

cuba tengok blog2 pro kerajaan pasti semua sokong dan taat setia kepada raja.

masa kalah 5 negeri pun UMNO tidak ada bising2 mcm mana mereka lakukan sekarang.

Fikirlah dan nantikan kejatuhan domino di semua negeri pakatan.

Takbir!!!!!!!!!!!!!!!!!

bungaraya berkata...

Kepada penyokong PAS dan mereka yang bersimpati dengan PAS, insaflah seinsaf-insafnya. Mutakhir ini PAS tidak lagi berjuang atas nama agama islam yang kita sama-sama cintai. Malah mereka hanya menggunakan islam sebagai alasan dalam perjuangan mereka. Supaya orang melayu asyik dan meneruskan sokongan mereka kepada PAS. Apa yang nyata selain mereka menukar hala tujuan dalam perjuangan, generasi baru dalam PAS begitu senang terlajak dan mudah diperkotak-katikkan oleh DAP dan oportunis dalam perjuangan seperti anwar ibrahim dan Pak Hadi awanag dan segelintir lagi pemimpin PAS. Sayang kamu semua menggunakan ayat suci demi mempertahankan parti yang hanya tinggal nama sahaja.

qwerty berkata...

cuba penganut PAS buka serban seketika dan renungkan muka nik aziz atau muka aji adi... ternampak anda sekalian kegusaran diwajahnya.. jika diakhir hayatnya kecintaan melaksanakan islam PAS ...yang paling suci dicita2kan untuk dilaksanakan di bumi malaysia ini tidak terlaksana ..

JAWATAN DUNIAWI YANG KEJAP DIPEGANG... WALAUPUN DAH AGAK TER"SASUL" TIKA BERKATA2..

Kongsi Link Anda