Popular Today

Selasa, Februari 10, 2009

Pilihanraya Kecil lagi

Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham YB Ahli Parlimen Bukit Gantang Perak, Roslan Shaharum yang telah kembali kerahmatullah pada pagi tadi. Dengan pemergian Allahyarham maka akan berlakulah Pilihanraya Kecil di Parlimen Bukit Gantang.

Kawasan PKR sudah, UMNO sudah dan kini giliran kawasan PAS yang akan mempertahankan kawasannya. Cuma kali ini Perak berada di bawah pemerintahan kerajaan UMNO. Ajal dan maut semuanya kehendak tuhan. Manusia hanya mampu merancang hanya Allah yang menentukan.

Dalam pilihanraya umum lalu, Roslan mengalahkan bendahari Umno, Datuk Azim Mohd Zabidi dengan majoriti 1,566 undi. Roslan mendapat 20,015 undi manakala Abdul Azim menerima 18,449 undi. Manakala calon bebas, M Morgan mendapat 872 undi.

Bukit Gantang merupakan kerusi Parlimen majoriti Melayu, dengan 27 peratus pengundi Cina dan 10 peratus pengundi India.

Dan terkini pula Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau, V. Arumugam meletakkan jawatannya sebagai wakil rakyat kawasan berkenaan berkuat kuasa serta merta.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ketika mengesahkan perkara itu memberitahu, beliau menerima surat peletakan jawatan Arumugam sebagai ADUN Bukit Selambau dan Exco kerajaan negeri menerusi dua pucuk surat yang dihantar kepadanya dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail petang tadi.

Menteri Besar menjelaskan, beliau telah mengadap Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu`adzam Shah bagi memaklumkan peletakan kedua-dua jawatan Arumugam itu sejurus selepas menerima surat berkenaan.

Namun yang sedapnya, alasan perletakan jawatan hanya dinyatakan oleh Menteri Besar Kedah dan bukan tuannya sendiri, Menurut Speaker DUN Negeri Kedah, Isa beliau akan menghantar surat kepada SPR esok untuk memaklumkan mengenai kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau itu.

Dalam sidang akhbar malam ini, menteri besar berkata Arumugam meletakkan jawatan akibat tekanan dari pihak Barisan Nasional. Katanya, tekanan itu agak berat sehingga mengancam dirinya (Arumugam) dan keluarganya

Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah, Senator Ir. Zamri Yusuf mengakui beliau secara peribadi pernah menasihatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau, V. Arumugam meletakkan jawatan Exco kerajaan Kedah berikutan tekanan yang dihadapinya.

Pengerusi Biro Latihan PKR Kedah itu memberitahu, nasihat itu dibuat atas dasar sebagai seorang rakan yang rapat dengan Arumugam selepas ADUN Bukit Selambau itu menghubunginya bagi membincangkan masalahnya.

Namun kemungkinan juga Arumugam hanya dijadikan kambing hitam oleh Pakatan Pembangkang untuk mengaitkan isu lompat di Perak. Sebab itu alasan hanya disebutkan oleh MB Kedah dan bukannya oleh tuan badan. Dengan kata lain semunya telah dirancang oleh Pakatan Rakyat, bagi mereka-reka isu sebab itu semuanya kelihatan umpama telah disusun seperti surat perletakan jawatan, dan surat Speaker Negeri kepada SPR.

Soalnya apakah ugutan itu ada kaitan dengan skandal berkenaan.

Kata orang ‘ berani kerana benar…takut kerana salah’.Kalau Arumugam tak salah apa perlu beliau takut hingga kena letak jawatan.

Lebih membingungkan ialah tindakan Arumugam menghilangkan diri dan kini dikatakan ‘dibawah perlindungan’ pimpinan atasan PKR.

Kalau ia merupakan kes ugutan berbentuk jenayah kenapa tidak serahkan hal itu kepada pihak polis?

Gara-gara ini jangan salahkan jika ada yang menduga Arumugam terpaksa bertindak letak jawatan ADUN dan Exco semata-mata kerana nak tutup pekongnya.

Nampaknya kali ini Pilihanraya Kecil akan dilaksanakan mungkin serentak jika tidak berselang beberapa hari. Tahun ini akan meriah dengan Pilihanraya Kecil, jika pembangkang sekalipun, mereka hanya mempertahankan kerusi mereka dan UMNO/BN pun tidak kehilangan kerusi mereka. Namun jika UMNO menang, ianya merupakan satu yang signifikan, khasnya dengan krisis apa yang berlaku dalam Pakatan Penderhaka Raja.

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda