Popular Today

Khamis, Februari 12, 2009

Sejarah kebiadapan DAP

DAP adalah parti ultra perkauman yang mementingkan kepada kaum tertentu. Mengimbau sejarah kebaidapan DAP

Tahun 1969,

Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.

Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan

Tahun 1987

Operasi Lalang atau Weeding Operation; atau Ops Lalang dilancarkan pada 27 Oktober 1987 oleh polis Malaysia / Kementerian Dalam Negeri bagi menangkap mereka yang mengeruhkan suasana politik 1987.

Dalam Operasi Lalang ini, 106 ahli politik terutama parti pembangkang ditahan di bawah ISA dan pembatalan dua akhabar harian berlesen, The Star dan Sin Chew Jit Poh serta dua akhbar mingguan, The Sunday Star dan Watan.

Isu-isu sensitif diperkatakan dalam surat khabar Cina dan dibalas dengan surat khabar berbahasa Melayu. Isu-isu yang mencetuskan Peritiwa 13 Mei berulang semula seperti:

Lee Kim Sai antara lain menyatakan 'Melayu pun pendatang'. Hak keistimewaan Bumiputera dipertikaikan semula.

Tindakan Kementerian Pelajaran melantik 100 guru besar bukan berpendidikan Mandarin di sekolah jenis kebangsaan Cina telah mencetuskan rasa tidak senang di kalangan Persatuan Pendidikan Cina seperti Dong Jiau Zong, Kua Kia Soong dan lain-lain. Pemimpin MCA, Gerakan, DAP dan Dong Jiao Zong telah sepakat mempertahankan 'stail' pendidikan sekolah Cina.

Pada 11 Oktober 1987, seramai 2000 ahli Dong Jiau Zong telah berhimnpun di Wisma Persatuan Hainan bersebelahan Tokong Thian Hou di Kuala Lumpur. Mereka mencadangkan murid-murid boikot sekolah ini selama 3 hari.

Tahun 2008

Berikutan krisis politik di Perak, elaku peguam kanan, saman akan difailkan oleh Karpal Singh dan Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap Sultan Perak kerana tindakan ini dianggap tidak mengikut Undang-undang Kerajaan negeri Perak. Saman akan difailkan di Mahkamah Tinggi Ipoh pada hari Selasa, 10 Februari 2009 kerana perlantikan Zambry Abdul Kadir tidak sah, wujud 2 menteri besar dalam satu masa dan menimbulkan krisis Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Sultan Azlan Shah diberi kuasa melalui Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan haruslah juga mematuhinya.

Jika dahulu DAP hanya menyentuh mengenai hak istimewa orang Melayu tetapi kini mereka sudah mula menyentuh institusi beraja. Sudahlah di Perak tanah rezab orang Melayu telah diberikan kepada kaum lain di Kg Baru berjumlah lebih kurang 60,000 ekar dan SJKC pula diberikan 200 ekar tanah. Sedangkan di Palestin, sanggup berperang kerana tanah sekarang DAP telah menyentuh Sultan dan Raja Melayu. Jika ini semua hak istimewa orang Melayu, tanah Rezab Melayu dan Raja Melayu di pertikaikan dan dikikis satu persatu, apakah yang akan tinggal untuk orang Melayu.

Usaha untuk menghapus hak bumiputera Melayu masih diteruskan dan tidak pernah padam, oleh DAP. Apakah Melayu PAS dan PKR tidak sedar lagi.....

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Siapa buah catur dan siapa d caturkan:

selama 11 bulan setelah d kaji d selidik d perhatikan dan d amati,maka kita dapat rasakan politik tanah air kita makin hari makin menarik dan makin berbisa.Hari demi hari pelbagai situasi politik kita lalui panas,cemas,gusar,gundah gulana,geram,sedih,gembira dan terharu..itu lah gambaran politik tanah air kita.
Tapi hakikat politik dan prinsip politik memang macam tu.Siapa bijak dia d atas dan siapa pula kurang bijak maka dia d bawa..Percaturan yang pintar akan membawa kejayaan.kalau sebelum ini saya pernah menganalisis d pihak kerjaan tentang percaturan mereka ada baiknya pula saya cuba bawa pembaca lihat pula percaturan d sebelah pihak pembangkang..siapa sebenarnya yg menjadi buah catur dlm politik game PR.Cuba lihat d bawa berdasarkan analisis parti siapa catur dan siapa d caturkan:

PAS: Rasanya d parti ini rata2 semua pembaca tahu siapa d caturkan dlm parti ini.kita tahu wujud dua puak dlm parti ini satu golongan ulama dan satu lagi golongan yg d kenali sebagai erdogan.jelas dan terang2 mereka adalah buah catur kepada anuar adalah husam.puak ini terang2 menentang prinsip asal perjuangan PAS.maka tdk keterlaluan saya katakan kalau PAS sudah terlalu jauh menyimpang dari landasan perjuangan asal mereka.kenapa ada org sanggup dehaka kepada sultan kenapa ada pegunaan hand brek bila undang2 hudud ingin d laksanakan bila DAP membantah.malahan kalau blh masuk gear undur balik.kenapa pula ada fatwa yg pelik tetang lompat masuk PR tindakan bijak tp bila keluar dari PR d kritik pula.itu belum lagi fatwa undi ini maka masuk islam.tapi bila undi itu masuk neraka pula? anuar bijak mencaturkan pihak kawan sendiri,yg pelik kenapa tdk presiden pas saja yg d caturkan kenapa pula husam yg d pilih? satu persoalan yg sering bermain d minda kita kenapa dan mengapa husam yg menjadi buah catur dlm hal ini? adakah tuan guru hadi awang tdk mudah d jinakan dlm hal ini?atau presiden ini sukar bagi anuar untuk pergunakan dia?tapi kalau d renung dari sudut politik pula saya rasa ada percaturan d sebalik perkara ini..adakah d muktamar akan datang tuan guru hadi akan tumbang dan d gantikan oleh husam siapa tahu ini kan politik...dari percaturan ini juga kita tahu tuan guru hadi dah terikat dengan PR dia takan akan berani keluar dari PR sebab dia tahu pasti akan berlaku pepecahan dalam parti PAS.INI adalah sinopsis rentetan jalan cerita pendek d dalam PARTI PAS.

DAP:Satu parti yg boleh d katakan parti keramat dan parti yg cukup lantang dan tegas dlm memperjuangkan prinsip partinya.Tapi sayang seribu kali sayang sekeras keras batu akhirnya cair juga oleh air dan lidah yg tak bertulang.Anuar bijak mempergunakan parti ini sebab dia tahu parti ini mempunyai 2 perngaruh besar dalam kaum cina dan india sebab parti ini rata2 mewakili 2 kaum ini.Tapi pokok pangkalnya siapa pula buah catur dlm parti ini? Satu malaysia sudah tahu dari mulut presiden DAP yg berkata dia telah d sisihkan oleh ahli partinya sendiri.maka kita tahu secara terang2 buah catur dlm DAP adalah lim guang eng dan lim kit siang.kita pun sudah tahu d kalangan kaum cina sudah tersebar yg wujudnya kaw team cina dlm parti ini.apa yg mereka gelar (erdogan fatherson).dlm hal ini wujud lagi satu persoalan kenapa anuar pilih mereka kenapa tdk karpal sendiri saja d pilih jadi buah catur dlm perkara ini? ada kah karpal juga seperti hadi awang yg sukar untuk d tundukan dan d jadikan buah catur dlm politik game anuar?tapi karpal adalah d antara pegerusi parti yg cepat menghidu perkara ini.tapi dia terlambat sikit dlm hal ini kerana anai2 catur ini dah mula masuk dlm DAP.maka tdk hairan kenapa karpal melenting dan mula bertindak bagi membendung kumpulan fatherson ini.karpal juga cuba mengekang erdogan fatherson ini dari meyimpang dari perjuangan parti.tapi anuar kenapa pilih 2 org berbanding dlm PAS husam seorg saja.adakah lim kit siang terlalu tua untuk bakal mengantikan kedudukan karpal ini kelak, maka pelapis d pertaruhkan dlm hal ini..adakah era fatherson akan mejelma dlm DAP dan bakal meneggelamkan bahtera karpal dan anaknya?adakah juga kita akan melihat pertarungan 4 anak beranak dlm DAP? KARPAL and son OR LIM and son...kita tunggu d perhimpunan parti DAP akan dtg?

PKR: SIAPA buah catur dlm pkr? tak perlu garu kepala dlm hal ini buah catur dlm parti ini adalah kaum CINA dan KAUM india....dua kaum ini d peralat 100% oleh anuar.terutama yg bukan islam..ini lah kunci utama anuar dlm perjuangan partinya..Kenapa saya ckp mcm tu,lihat saja org islam tidur d jalan raya derhaka buat bantahan terhadap sultan tetang kes d perak.mana dua kaum ini?mereka tepuk tangan saja d belakang tabir? setelah TUN mengeluarkan kritikan malam esoknya baru lah konon pelakon2 dlm PR konon2 nyalakan lilin d jalanan sebagai bantahan..tapi sayang anuar ini kureng bijak dlm mengatur lagkah caturnya.dia cuba mengatur langkah semula supaya elakan dari cekmet or sekurangnya dia cuba untuk stillmet.pkr skg d landa krisi masalah disiplin ahlinya.satu demi satu anggota partinya d telanjangkan salahlaku dan perangai mereka.ini lah akibat main tangkap masuk sahaja ahli..

SAPP:Walaupun parti ini tdk dlm pakatan pembangkang tapi dia tetap d kira pembangkang dlm luar pakatan ini.sapp yg dulu merupakan parti kompenen telah memberontak dlm BN.tapi sayang setelah seminggu habis pilihan raya dato yong tek lee telah pergi berjumpa dengan c lidah bercabang ini.malangnya dia telah temakan pujuk rayu anuar,dia telah meghancurkan partinya sendiri yg dia bina dulu.lihat saja setelah anuar gagal memujuk raymond tan dia terus mencari dato yong utk membuat buah catur terbaru.tapi hajat anuar tak kesampaian dlm hal ini.tapi dato yong blh d katakan antara org yg terbijak dlm pembangkang ini sebab dia telah meletakan syarat kepada anuar sebelur meyertai PR DATO Yong meminta anuar buktikan dulu yg dia mampu kuasai malaysia atau kerajaan sebelum partinya masuk dalam pakatan pembangkang.tapi hakikat sapp dah berpecah dek kerja anuar dlm cuba membuat percaturan politik.

D atas cuma baru parti2 pembangkang.blm lagi buah2 catur yg ingin d pergunakan dlm BN sendiri..tak dapat d sangkal lg kenapa anuar ada membuat pertemuan dengan org2 seperti DATO Chua Solek,DATO Zahid,ketua pemuda gerakan,ketua pemuda MCA dan beberpa org lg ahli dlm parti BN yg lain..apa motif anuar mencari buah catur dlm parti kompenan ini.adakah ingin menhancurkan parti2 lain..kita renungkan sebijak-bijaknya analsis ini.

sumandak bayu berkata...

Salam bro,

HEBAT dan TAHNIAH dengan memaparkan kedudukan sejarah DAP di negara kita. Izinkan Sumandak buat copy paste ye sebab isu ni ada gak dicanangkan di Sabah....

Ape pun Sumandak beri gak tabik hormat kat anony.. walaupun tak bagi nama namun beliau dah mengarap dan menganalisa politik semasa...

Sumandak suka benar fakta yang Anony sentuh kedudukan SAPP... jadi terbuktilah kan ANWAR adalah dalang pemimpin jadi KATAK PURU SENGAL dalam Pakatan Rakyat....

aimiey7366 berkata...

saya tersentuh dgn apa yg disentuh disini satu persoalan yg timbul disini dgn apa yg terjadi siapa org melayu yg brtnggngjwb utk menangkis hal ini nk hrp melayu PKR jgn dhrp ler melayu PAS lg xtau per...umno sebagai parti pemerintah kena bertegas dlm hal kebiadaban DAP tp mampukah dgn kepimpinan UMNO sekrng utk mengantasinya...dlm blog tun DR m sy ada terbaca parti pembakang mengutuk pemimpin umno tp bila utk sentle kita minta maaf bila pemimpin kita kutuk diorg pemimpin kita digantung keahlian...cina dia dh kena 13mei india blm kena sbb itu dia keras kepala dn krng ajar...PR ada parti perosak kpd negara dn pd bangsa melayu saya merayu pd pemimpin2 umno ayuh jgn kejar kekayaan semata2 jd lh pemimpin yg ikhlas berjuan utk bangsa ,agama dn negara kalau kejar kekayaan pun xada guna kalau negara huru-hara pahami lah masalah rakyat....

Tanpa Nama berkata...

Kita tak heran kalau DAP nak mengahancurkan Melayu.

Tapi kita heran kalau bangsa Melayu sendiri sanggup menjual Melayu.....

Fikir-fikirkanlah.....

Tanpa Nama berkata...

Aku sokong dgn kau..skrg melayu nak hancurkan melayu sendiri..astaghafirullah...dah pandai pulak mintak derhaka..kalau zaman sultan dulu..mesti dah disula sinizar tu...Yang berkopiah pulak tu satu lagi..bangga sangat baring kat jalan sekat kereta Tuanku..laungkan ALLAHHU AKBAR pulak tu...perangai ni yang nak ditunjukkan pada anak cucu mereka ke??? kalau baring kat jalan tu sebab nak sekat kereta kebal ISRAEL ke..okaylah..apa nak jadi dgn mereka tu...sula sekali si anuar tu ...

Tanpa Nama berkata...

aku sokong korang semua! memang UMNO saja yg dapat pertahankan hak Melayu. Sebab tulah daripada 3 juta ekar tanah rezab melayu waktu merdeka dulu, sekarang tinggal 1.3 juta ekar saja. Ke mana hilangnya aku pun tak tahu. Aku memang berbangga sebab kat bandaraya dan bandar-bandar sekarang ni semua premis & bisnes adalah milik orang Melayu. Aku tak nampak pun ada kaum Cina yg berniaga. Itulah kepandaian UMNO memerintah. Hidup UMNO!

Tanpa Nama berkata...

DAP biadab dan tidak pernah mahu bertaubat. Perjuangannya tetap asing dengan kenegaraan di sini. Ia seperti Yahudi lagaknya.

Kongsi Link Anda