Popular Today

Selasa, Mac 24, 2009

BN akan berdepan penderhaka Sultan dan pengkhianat bangsa

PAS telah mengishtiharkan calonnya iaitu dikenali sebagai penderhaka raja dan pengkhianat bangsa.

Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, 52 pada majlis mengumumkan calon di padang Taman Kota Jaya, Simpang di sini malam ini.

Nizar dipilih mungkin kepada faktor simpati kepada beliau, selain itu pula beliau memang menjadi kegemaran kebanyakan kaum Cina kerana beliau adalah dari keturunan kaum tersebut dan lebih bersifat perkauman.

Isu-isu utama yang akan dibawa oleh PAS ialah sebagaimana diketahui mengenai krisis negeri Perak dimana Kerajaan Pakatan Rakyat telah hilang kepercayaan oleh majoriti ADUN.

Namun dengan cara keji, PR Perak telah mengemukakan dokumen palsu mengenai perletakan jawatan 3 ADUN bebas yang telah dikemukakan oleh Speaker haram jadah kepada SPR. Tujuannya ialah bagi menghalang ketiga-tiga ADUN bebas bersama ADUN BN membuat undi tidak percaya kepada kerajaan Pakatan Rakyat. Jika cara keji ini tidak dilakukan nescaya krisis negeri Perak telah selesai lebih awal.

Pembangkang juga mempertikaikan mengenai isu lompat ketiga-tiga orang ADUN Pakatan Rakyat. Sebagaimana diketahui bahawa yang mengajar lompat-melompat ialah Anwar Ibrahim el-juburi, bermula beliau melompat ke kerusi isteri beliau di Permatang Pauh. kemudian janji hendak bawa ahli parlimen BN melompat ke PKR untuk merealisasikan tarikh lompat 16 September 2008.

Rakyat juga ingat peristiwa melompat sebelum itu iaitu YB dari Parit yang melompat sekejap ke PKR dan mendapat pujian melangit dari pemimpin dan penyokong pakatan rakyat. Namun apabila berlaku sebaliknya, mereka menghina dan mengeji tindakan ADUN yang melompat kepada BN.

Dan Antara tindakan keji yang lain ialah tindakan Speaker haram jadah yang sekali lagi membuat undang-undang hutan, kerajaan negeri pasir 2 butir yang melarang Dr Zambri dan EXCOnya dari menghadiri sidang DUN .... sekali lagi tujuannya, Pakatan Rakyat bimbang jika semua ADUN BN dan ADUN bebas bergabung maka tumbanglah kerajaan PR Perak.

Namun sekali lagi tindakan keji diambil oleh PR Perak apabila menafikan hak sultan untuk melantik menteri besar yang baru dimana baginda yakin dan percaya bahawa kerajaan Pakatan Rakyat telah hilang keyakinan oleh majoriti ADUN sebab itu baginda jumpa satu persatu untuk mengesahkan sendiri perkara tersebut dan akhirnya beliau mengambil keputusan yang hikmah dan bijaksana bahawa kerajaan negeri yang sah ialah kerajaan negeri BN yang telah mendapat kepercayaan majoriti ADUN.

Kemudian mereka berkata bahawa kerajaan BN tidak kuat kerana hanya lebih 3 kerusi, namun mereka terlupa bagaimana kerajaan PAS negeri kelantan boleh bertahan dengan beza satu kerusi pada tahun 2004-2008. Semua ini ialah pembohongan mereka terhadap rakyat.

Pada pilihanraya ini ialah penentuan kepada masa depan Sultan Perak itu sendiri atau Institusi beraja secara keseluruhannya. Iaitu Pilihanraya yang menguji sejauh mana ketaatan dan kesetiaan rakyat Perak terhadap Sultan Perak.

Pakatan rakyat telah menuduh Sultan Perak bodoh, alat BN, sultan dipengaruhi BN dan sebagainya... itulah yang mereka maksudkan apabila mereka berkata sedemikian sebab Sultan Perak ialah antara Sultan paling dihormati, terpelajar dan mahir dalam bidang undang-udang kerana baginda pernah menjadi Ketua Hakim Negara. Inilah pembohongan pakatan rakyat yang sedang dijaja di mana-mana di muka bumi ini. Bahkan menghasut rakyat untuk bersama derhaka kepada sultan dengan pelbagai alasan.

Kini sangat jelas, bukan lagi sejarah dan sedang berlaku dan tidak payah hendak diungkit mengenai isu UMNO derhaka kerana itu semuanya sudah berlalu,

Sekarang, pada masa ini umat Melayu sedang menghadapi penderhaka dan pengkhianat bangsa.. kejadian dan tindakan derhaka sedang berlaku apabila Nizar sembah derhaka dan membelakangkan titah sultan...

Orang Melayu perlu bersatu menentang penderhaka dan pengkhianat bangsa, pastikan penderhaka tersungkur dibumi Bukit Gantang ini. Di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Awak tak bagi orang maki awak bila komen, tapi awak pun kaki maki orang. Blahlah....

Tanpa Nama berkata...

SALAM BRO
NIZARKUDA 100% "MILIK" DAP. SB DAP DH DPT SAIKO "100%" SEMUA PEMIMPIN PAS. AKHIRNYA PAS AKAN JD SAYAP DAP AJE. BKN LG PARTI UTAMA PEMBANGKANG!

jebbat berkata...

Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Di atas kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah.

Saya sebagai hamba allah menyampaikan seruan Allah dan RasulNya.

“Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Daud].

Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Kembalilah ke jalan Islam dan memperjuangkan Islam bukan atas dasar memperjuangkan Assabiyah iaitu bangsa kerana Rasulullah SAW tidak mengaku akan umatnya yang memperjuangkan assabiyah…

Rasulullah SAW telah mengkabarkannya kepada seluruh manusia bahawa bukanlah dari umat Muhammad jika mereka memperjuangkan bangsa.

Adakah kita hanya mengamalkan ajaran Islam separuh masa dan separuh lagi kita meninggalkannya...???

Allah SWB berfirman :

" Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu " (Al-Baqarah(2):208)

Bersatulah saudaraku dengan kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah…!!!
Bersatulah kita di bawah panji kebesaran Islam…!!!

Ingatlah wahai saudaraku...

Sekecil kecil dan sebesar-besar amalan di dunia akan di hitung di akhirat kelak.

MAMPUKAH KITA MENJAWABNYA NANTI APABILA KITA BERDEPAN DENGAN ALLAH SWT...???

Ya Allah, aku telah jalankan perintahmu…

Aspirasi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

50 TAHUN UMNO TAK MAMPU BUAT APA YANG PR BUAT DALAM MASA HANYA 11 BULAN


UMNO tidak mampu atau tidak mahu melaksanakan banyak perkara untuk kebaikan dan kebajikan rakyat negeri Perak walau pun mereka memerintah negeri ini selama lebih 50 tahun. Pakatan Rakyat dapat melaksanakannya hanya dalam masa 10 bulan diberikan peluang menguruskan negeri ini.

1. Pemilihan Ketua Kampung oleh orang ramai secara pilihanraya.

Semasa kerajaan BN, ketua kampung dipilih oleh wakil rakyat atau ketua UMNO bahagian tanpa mengambil kira penerimaan warga kampung. Biasanya yang dipilih ialah individu yang menyokong kepentingan politik ketua UMNO bahagian atau wakil rakyat.

2. Satu pertiga Ahli Majlis PBT dari kalangan NGO, profesional dan korporat.

Semasa kerajaan BN, semua Ahli PBT dinamakan oleh parti-parti komponen BN di daerah berkenaan dari kalangan penyokong kuat ketua bahagian parti.

3. Bekalan air (LAP) percuma (10 meter padu) kepada keluarga miskin berpendapatan di bawah RM700.

Semasa kerajaan BN, LAP (asalnya JBA) terus menerus membuat keuntungan besar daripada kutipan bil bekalan air namun tidak pernah diwujudkan sebarang polisi untuk kebajikan rakyat miskin.

4. LAP membayar zakat RM3.5 juta kepada MAIPK.

Sepanjang pemerintahan BN, LAP tidak pernah membayar zakat perniagaan sama ada kepada MAIPK atau kepada pihak lain sedangkan keuntungan tahunan yang diperolehi amat besar sehingga melebihi seratus juta ringgit.

5. Premis kerajaan negeri boleh digunakan oleh semua pihak termasuk semua parti politik.

Semasa kerajaan BN, premis kerajaan negeri hanya boleh digunakan oleh parti-parti komponen BN dan badan-badan yang tiada kaitan dengan parti pembangkang.

6. Mengembalikan bantuan perkapita kepada 22 SAR.

Semasa pemerintahan BN, kerajaan negeri hanya memberikan bantuan tidak tetap dalam jumlah yang kecil kepada SAR. Bantuan perkapita diberikan oleh kerajaan pusat. Apabila kerajaan pusat menarik balik bantuan perkapita, banyak SAR terpaksa ditutup manakala yang terus bertahan terpaksa mengalami masalah kewangan yang kritikal.

7. Menganugerahkan tanah kepada SAR dan SUWA untuk melaksanakan projek ekonomi.

Semasa pemerintahan BN, tiada SAR yang dianugerahkan tanah dengan keluasan besar yang sesuai untuk dimajukan dengan projek ekonomi bagi menampung kos pengurusan dan perjalanan sekolah.

8. Memberikan hak milik tanah kepada penduduk Kg Baru dan RPT.

Kerajaan BN tidak mengusahakan pemberian hak milik tanah kepada penduduk Kampung Baru dan sebahagian besar RPT walau pun telah diduduki selama puluhan tahun.

9. Menganugerahkan tanah kepada penduduk di kawasan penempatan Orang Asli.

Semasa kerajaan BN, kebanyakan kawasan penempatan Orang Asli tidak diberikan hakmilik tanah bahkan sering menjadi mangsa syarikat-syarikat pembalakan yang dianugerahkan kawasan membalak.

10. Meluluskan dermasiswa kepada anak Perak yang berjaya ke IPTA (RM1000 setiap pelajar).

Kerajaan BN tidak pernah memperuntukan dermasiswa untuk tujuan ini.

11. Meluluskan tabung khas kebajikan untuk rakyat miskin tegar.

12. Meluluskan tabung pinjaman kecil tanpa faedah untuk ibu tunggal.

13. Menaikkan kadar minima bantuan miskin tegar daripada RM50 ribu ke RM200 ribu.

14. Menubuhkan skim kifalah untuk warga tua.

Semasa pemerintahan BN, bantuan untuk empat golongan ini tidak diberikan perhatian yang secukupnya. Golongan ini hanya boleh mendapatkan bantuan dengan inisiatif sendiri melalui JKM dan Baitul Mal dengan kerenah birokrasi yang keterlaluan.

15. Menaikkan elaun guru KAFA.

Kerajaan BN Perak tidak pernah menaikkan atau menambah elaun untuk guru-guru KAFA yang dibiayaai sepenuhnya oleh kerajaan pusat.

16. Menarik pelaburan asing bernilai hampir RM3 bilion dalam masa 7 bulan.

Jumlah nilai pelaburan asing dalam tempoh ini merupakan sekali ganda berbanding tempoh yang sama semasa kerajaan BN.

17. Menetapkan sistem tender bagi kelulusan sebahagian kawasan balak.

Semasa pemerintahan BN, semua kelulusan kawasan balak diluluskan tanpa tender. Polisi permohonan secara tender bagi sebahagian kawasan yang diluluskan ini telah meningkatkan hasil kerajaan negeri pada jumlah yang besar. Kerajaan PR memperolehi hasil berjumlah RM40 juta daripada kawasan balak yang diluluskan, sedangkan keluasan yang sama semasa pemerintahan BN hanya mendatangkan hasil sebanyak tidak sampai RM20 juta.

18. Anak syarikat kerajaan negeri membayar zakat kepada MAIPK.

Semasa pemerintahan BN, anak syarikat kerajaan negeri tidak pernah membayar zakat pendapatan atau zakat perniagaan kepada MAIPK atau kepada mana-mana pihak.

19. Menaikkan peruntukan tabung pusingan bantuan bencana daripada RM30 ribu ke RM50 ribu.

20. Menggalakkan solat berjemaah waktu Zohor di pejabat SUK.

21. Mengadakan tazkirah setiap pagi di pejabat SUK pada bulan Ramadhan.

Kedua-dua aktiviti ini (solat berjemaah dan tazkirah) tidak pernah dijalankan semasa kerajaan BN.

22. Mengurangkan kos jamuan makan mesyuarat Exco daripada RM25-RM45 kepada RM10-RM15.

23. Mengurangkan kos sambutan hari kemerdekaan daripada RM2.5 juta (2007) kepada RM1.2 juta (2008).

24. Mengurangkan kos pengangkutan lawatan kerja berkumpulan ADUN dan Pegawai Kanan kerajaan dengan menggunakan bas kerajaan.

25. Meluluskan elaun ketua kampung dan setiausaha JKKK berjumlah RM600 sebulan.

Semasa pemerintahan BN, kerajaan negeri hanya membayar elaun sebanyak RM200 kepada ketua kampung, manakala selebihnya dibiayai oleh kerajaan pusat. Setiausaha JKKK di zaman BN tidak dibayar elaun bulanan.

26. Menaikkan peruntukan Exco untuk pelaksanaan program/projek kecil daripada RM100 ribu kepada RM200 ribu.

27. Menaikkan peruntukan tahunan pusat khidmat DUN daripada RM100 ribu kepada RM200 ribu.

28. Meluluskan hakmilik tanah untuk 138 kawasan RPT untuk 34 ribu lot kediaman.

Kebanyakan kawasan ini telah diduduki selama belasan atau puluhan tahun namun tiada inisiatif yang bersungguh-sungguh oleh kerajaan BN untuk meluluskan pemberian hak milik.

... dan banyak lagi!

Aspirasi berkata...

PAS BUKN ISLAM DAN ISLAM BKANLAH PAS, JIKA KITA SAMAKANNYA MAKA KITA AKAN SESAT.

mat_terab berkata...

Mana ada surat palsu kalau tuan empunya diri sendiri yang tanda tangan, lainlah kalau ditandatangan
dalam masa tak sedar, atau mabuk atau tak siuman, atau di paksa letak pistol kat kepala,....setahu aku surat tu tak dak sapa-sapa yang paksa 3 ekir adun tu tanda tangan...dia secara sukarela.....
Maknanya surat tu sah la.....
Cuma SRR saja yang menjadi kuda tungangan BN/UMNO.....
walau bagaimanapun aku yakin rakyat perak semuanya cerdik bukan bodoh macam Pencacai UMNO yang dapat Upah sikit sanggup mengadai maruah........

Tanpa Nama berkata...

KALAU TUAN PUNYA BADAN TAK MENGAKU JADI SIAPA YANG TANDA TANGAN

kalau dah perjuangkan sangat demokrasi, kenapa pula siap buat aku janji tak bertarikh. mananya hak kebebasan...

semuanya pembohongan

mat_terab berkata...

mana nak mengaku kalau mulut penuh disumbat duit.....Tapi dia bebas kalau tak nak tandatangan tapi kenapa dia memilih tandatangan....?
kata pergi bercuti takkan sampai keluarga pun tak tahu, anak bini tak tahu, majikan tak tahu,....kalau pergi berubat takkan sampai ke pekan di Perak tak dak ka bomoh yang baik,...? Nak kena jumpa bomoh Pekan jugak......kalau cuti kenapa sampai tak dapat di hubungi tutup HP,....? lepas tu Bila surat letak jawatan di bawa keluar tetiba muncul pulak....? tak ka Rakyat perak tertanya-tanya....?

Tanpa Nama berkata...

Dah di paksa,.. tapi macam biasalah cara Perosak Rakyat menuduh rasuah tanpa bukti dan fakta..

dengan kata lain membohong dan menipu rakyat... kalau ada bukti tampilkanlah jangan main sedap mulut sahaja.

mat_terab berkata...

Tak payah bukti pun rakyat akan faham dan dapat menbaca....kalau ada buktipun Kamu akan kata kenapa tak bawa ka mahamah.....? Kita semua tahu sapa yang control sistem keadilan di Malayisa bawa ka Makamah kira nasib ja kalau hakim tu bagus takut pada Allah selamat la...Kalau tak sama jugak.......
Kesimpulannya Rakyat akan buktikan di bukit Gantang dengan menolak UMNO/BN......

Kongsi Link Anda