Popular Today

Rabu, April 01, 2009

Pas semakin terdesak serang peribadi calon BN

Sedangkan Rasullullah SAW difitnah dan dihina, ini apatah lagi manusia biasa. Rasulullah SAW sendiri menerima ancaman, fitnah dan dugaan oleh kaum Quraish. Manakala calon BN, Ismail Sufian juga menerima fitnah, ancaman dan dugaan dari Pakatan Rakyat.

Inilah perumpamaan yang jelas bagaimana kaum Quraish sentiasa mencari helah dan peluang menyerang peribadi Rasulullah SAW. Begitulah durjananya pihak Quraish!

Pada pilihanraya Kecil Bukit Gantang, muncul pihak Quraish moden iaitu Pakatan Rakyat yang menggunakan pendekatan yang sama sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan sesirang dengan cara tidak bermoral.

Berbeza dengan Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.. PAS kali ini menggunakan strategi dan kotor untuk menyerang peribadi calon BN. Nampaknya, PAS kali ini sangat terdesak kerana rakyat kini ttidak mempercayai mereka lagi... apatah lagi orang Melayu di Perak yang merasa terhina dengan tindakan PAS yang derhaka titah sultan Perak serta menjadi boneka kepada PAS.

PAS kini menyerang peribadi Calon BN dengan melemparkan pelbagai fitnah dan tohmahan yang tidak berasas demi meraih undi dengan cara yang keji.

Mungkin benarlah bahawa PAS kini parti yang sesat dan menyimpang jauh dari ajaran Islam. Segala ajaran dan kesucian Islam tidak lagi ditonjolkan oleh pemimpin dan penyokong PAS!

PAS ialah parti yang membawa kesesatan akidah umat Islam.

1 ulasan:

Tai berkata...

Apa nak buat encik, inilah orang mabuk kuasa.

Kongsi Link Anda