Popular Today

Ahad, Jun 07, 2009

Muktamar PAS - Pas Kelantan ditolak?

Aku terbaca artikel ulasan Nik Aziz tentang kerajaan perpaduan yang ditulis dakam Bahasa Inggeris di Malaysia Kini "Tok Guru Nik Aziz: Unity talks with UMNO ridiculous". Aku cuba menilai artikel tersebut serta kaitkan dengan Muktamar PAS kali ini. Cuma aku pelik artikel ini Malaysiakini tak dikeluarkan terjemahannya dalam bahasa Malaysia tetapi hanya dalam bahasa Inggeris setakatjam 10.30 pagi.

Kemudian aku cuba kaitkan dengan kekalahan ramai tokoh PAS kelantan sebagaimana dalam
Blog Tinta Merah (MSO)

"Betapa tidak sembilan orang calon daripada Kelantan termasuk Husam Musa, Mohd Amar Nik Abdullah, Takiyuddin Hassan, Annur Tan Abdullah, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Abdul Halim Abdul Rahman, Apandi Mohamad, Omar Mohammad, Rosli Ibrahim semuanya kalah. Kecuali Kamaruddin Jaaffar menang jawatankuasa agung. Kamaruddin walaupun ahli Parlimen dan Bendahari Pas Kawasan Tumpat tetapi dia lebih dilihat sebagai orang Segambut Dalam, Kuala Lumpur daripada orang Kelantan.

Ada yang mengatakan di selepas Husam menang jawatan Naib Presiden, perpaduan yang pernah wujud kira-kira lima tahun lepas sudah tidak ada kini. Hasil daripada perpecahan dan wujudnya ‘puak-puak’ sendiri menyebabkan pemimpin Pas Kelantan membawa haluan sendiri-sendiri. Situasi ini tidak memberi keuntungan kepada mereka. Hakikat ini boleh dilihat kepada keputusan pemilihan kelmarin.

Ertinya semua calon Kelantan kalah semuanya. Kemungkinan kalau Nik Aziz Nik Mat turut bertanding juga akan kalah. Sebenarnya dari segi pencalonan presiden, Nik Aziz sudah kalah apabila beliau tidak cukup pencalonan untuk jawatan presiden!

Apakah ini kebaikan kepada Kelantan? Dan kenapa kekalahan besar ini berlaku? Persoalan dan kejadian ini sepatutnya difikir dan direnung jauh-jauh. Mungkin jawaban awal, sebabnya ialah kerana Pas Kelantan tidak bersatu. Pas Kelantan hari ini sedar atau tidak, nafi atau menerimanya telah terbahagi kepada beberapa tiga puak dan kumpulan.

Satu puak rancangan dikepalai oleh Husam Musa, kedua puak diketuai oleh Takiyuddin Hassan dan satu lagi puak dipelopori oleh Wan Ismail Wan Jusoh. Mungkin pengasas-pengasas puak atau kem dan blok ini bukan tepat, tetapi inilah hakikat yang berlaku di Kelantan kini atau lebih tepat selepas tumbangnya empayar tiga tungku, Tiga Abdul tahun 2001 wujud keadaan ini yang mana mereka dilihat atau disebut sebagai ketua.

Dalam pemilihan kelmarin kenapa Husam mendapat undi hampir sama dengan Mohamad Sabu. Tidak sewajarnya nilai dan pencapaian Husam yang hebat dan profesional itu diberikan sama markah dengan Mohammad Sabu yang lebih boleh dianggap sebagai aktivis parti. Faktor pertama kenapa undi Husam kurang ialah kerana beliau gagal mendapat 50% undi daripada Kelantan.

Saya yakin kalau kesemua perwakilan Kelantan solid memilih Husam beliau akan berjaya meraih sehingga 300 undi dan mengurangkan jarak dengan undi yang diperolehi Nasharudin Mat Isa sebanyak 480 undi. Pengaruh sokongan padu Kelantan juga akan menambahkan undi kepada Husam dengan menarik undi Nasharudin dan Mat Sabu. Ini sudah tentu membolehkan Husam memperolehi 400 undi.

Sudah pasti orang dari tanah rancangan Takiyuddin Hassan dan Wan Ismail tidak akan mengundi Husam. Demikian juga apa yang berlaku kepada Mohd Amar, beliau tidak mendapat undi solid. Orang dari tanah rancangan Husam tidak akan mengundinya. Kalau undi Kelantan solid, Mohd Amar akan berjaya meraih lebih 400 undi.

Makanya kesan dari perpecahan mengikut blok puak itu menyebabkan kesemua calon ahli jawatankuasa agung kecundang. Kesemua mereka tidak mendapat undi solid dari Kelantan kerana diasingkan mengikut sentimen tanah rancangan itu. Ini satu keadaan memalu dan menyedihkan. Bahawa Kelantan ini tidak lagi boleh bangga mereka sebagai menjadi memadu Pas di peringkat pusat dengan tewas kesemua pemimpin mereka.

Kewibawaan dan keagungan pemimpin Kelantan merundum. Seandai Nik Abduh Nik Aziz tidak memenangi jawatankuasa kerja Pemuda dengan undi kedua terbanyak dan Zailah Mohd Yusuf tidak memenangi jawatan timbalan Ketua Muslimah, kehebatan Kelantan selama ini hampir berkubur."

Hai lah... nasib... nasib... adakah bermakna PAS Kelantan ditolak? Bagaimana PAS Kelantan dan Nik Aziz hendak meletak muka mereka.. Bukan UMNO yang menolak mereka tetapi perwakilan PAS yang menolak mereka...

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda