Popular Today

Ahad, Jun 21, 2009

Penyakit demokrasi di Malaysia berjangkit di Iran

DEmonstarsi Haram dan Rusuhan di Malaysia





DEmonstarsi Haram dan Rusuhan di Iran





KEPUTUSAN pilihan raya Presiden Iran minggu lepas yang memihak kepada Mahmoud Ahmadinejad telah mencetuskan konflik politik dan keadaan huru hara. Sehingga kini keadaan dilaporkan masih lagi tegang dan pihak media Barat seperti biasa melaporkan berita yang berat sebelah terutama dalam memburukkan Ahmadinejad.

Pilihan raya ini turut ditandingi bekas Perdana Menteri, Mir Hossein Moussavi yang dikatakan mendapat sokongan kuat daripada tokoh berpengaruh Iran, Mohammed Khatami selain dua lagi calon iaitu Mohseen Rezae dan Mehdi Karroubi

Empat calon ini membentuk dua blok aliran pemikiran politik dengan Ahmadinejad dan Mohsen mewakili kumpulan konservatif manakala Moussavi dan Karroubi mengetuai kumpulan reformis. Bagaimanapun keputusan pilihan raya ini jelas menunjukkan rakyat Iran masih memerlukan kepimpinan Ahmadinejad yang dilihat satu-satunya pemimpin yang berani mengkritik barat secara terbuka dan konsisten.

Sentimen kebanyakan rakyat Iran masih mahukan pemimpin yang lantang dan berani mengkritik barat khususnya Amerika Syarikat dan sekutunya Israel. Namun di mata Barat beliau dianggap musuh utama kerana keengganan untuk bekerjasama dengan mereka.

“Sudah tidak menjadi rahsia lagi Amerika Syarikat (AS) dan Israel adalah pihak yang paling mempunyai kepentingan untuk memastikan Ahmadinejad disingkirkan,” katanya.

Di Malaysia sebagaimana diketahui Anwar adalah proksi dan anjing belaan Amerika di Malaysia. Kita melihat bagaimana media barat selalu menemubual Anwar adalah bukti kukuh beliau digunakan demi kepentingan barat. Jikalau tidak masakan barat akan memberi peluang kepada tokoh tertentu jika bertentangan dengan agenda tamak kapitalis zionis ini.

Jangkitan ini jelas, muncul apabila terdapat tokoh yang tidak bersependapat dengan amerika akan cuba dijatuhkan dari ancaman dalaman negara itu sendiri. Apa yang terjadi di Malaysia kini terjadi di Iran.

2 ulasan:

TAAVEEKUN PERAK berkata...

Biasa lah.Di mana ada ularmak pasti akan ade salahguna hati.Otak tak dipakai.Semua pikio dgn hati dan kepala lutut sahaja pasal itu polisi ularmak ekstrimis.Samalah dgn ularmak dalam PAS dan Taliban.

bungaraya berkata...

Ramai pemimpin Utama Pembangkang negara islam telah menjadi "kuda kuning" barat. Ternyata benar di Malaysia dan kini Iran.

Kongsi Link Anda