Popular Today

Jumaat, Julai 03, 2009

Bukti Anwar meniipu - YB DAP keluar parti

ADUN DAP Kedah isytihar diri wakil rakyat Bebas

Bernama melaporkan wakil rakyat tunggal DAP di Kedah Lee Guan Aik hari ini mengisytiharkan dirinya sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) bebas dan berkecuali dan tidak lagi menjadi penyokong kerajaan negeri.

Sebagai ADUN bebas dan berkecuali, katanya, beliau juga tidak akan menyokong Barisan Nasional (BN) tetapi sebaliknya hanya menyokong pihak yang benar sahaja.

Lee, ADUN Kota Darul Aman itu, berkata pendirian DAP negeri untuk keluar dari pakatan pembangkang Kedah telah dimaklumkan kepada DAP pusat menerusi sepucuk surat dua hari lepas.

"Bagaimanapun, kita tidak menghantar surat kepada Menteri Besar Kedah (Datuk Seri Azizan Abdul Razak)," katanya.

Sementara itu Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberitahu ssatu sidang akhbar Jawatankuasa Kerja DAP akan bermesyuarat minggu depan untuk bincang dan putuskan kedudukan isu DAP di Kedah

Anwar tipu rakyat lagi!

Hang kata tak serius.. tapi awatnya YB DAP keluar parti.... jangan hang kaitkan dengan UMNO dah lah... umno mana cukup kerusi nak rampas kedah. hangpa memang tak adil...

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda