Popular Today

Rabu, Julai 15, 2009

Kebebasan suara semakin parah di Selangor

Anda di larang tegur pemimpin Selangor.. anda tidak boleh kritik pemimpin Pakatan Rakyat atau anda akan digantung dari sidang DUN....

Kebebasan suara di Selangor semakin parah, jika anda bercakap anda akan dihukum... inilah nasib pembangkang di Selangor....

Berikutan itu Tujuh belas anggota pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dari Barisan Nasional (BN) yang diketuai oleh Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo bertindak keluar dewan semasa sesi perbahasan sidang DUN hari ini.

Mereka bertindak demikian sebagai memprotes usul untuk meluluskan cadangan hukuman yang telah dibuat dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan (JKHK) terhadap Dr Mohamad Khir dan empat lagi Adun BN iaitu Datuk Marsum Paing (Dengkil), Datuk Warno Dogol (Sabak), Mohd Isa Abu Kasim (Batang Kali) dan Datuk Mohamed Idris Abu Bakar (Hulu Bernam).

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda