Popular Today

Sabtu, Ogos 08, 2009

Islam ditindas bawah Kerajaan Pakatan Rakyat, PAS pula berdiam

DI Selangor ada Ronnie Liu. Di Pulau Pinang muncul pula Jeff Ooi. Kedua-dua orang penting di negeri pakatan pembangkang itu tampil dengan tindak-tanduk yang sama - menghina dan memperlekehkan agama Islam.

Niat mereka sangat jelas. Tiada penyesalan jauh sekali mahu meminta maaf kepada umat Islam di negara ini.Ronnie Liu beria-ia mempertahankan arahannya supaya minuman keras yang dirampas kerana dijual secara terbuka dipulangkan semula.

Dengan angkuh dia mendabik dada tindakan tersebut dibuat menggunakan kuasanya sebagai Exco Negeri Selangor. Lebih daripada itu, tindak-tanduk Ronnie yang ternyata mengguris hati umat Islam bukan sahaja di Selangor malah di seluruh negara itu mendapat restu Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Selepas bermesyuarat, berbincang dan bertukar pandangan, mereka sepakat - tiada larangan jualan minuman keras di negeri itu, manakala kedai serbaneka seperti 7 Eleven diminta menggunakan budi bicara sendiri menjual arak (yang tidak memabukkan menurut Ronnie) itu berdasarkan permintaan.

Arak akan terus dijual secara terbuka dengan alasan kandungan alkoholnya tidak mencapai paras memabukkan - justeru minuman itu 'halal' dijual di kedai serbaneka berdasarkan permintaan penduduk di satu-satu kawasan. Begitu juga dengan operasi banteras maksiat yang juga berkaitan dengan portfolio Ronnie akan terus menerima 'gangguan'.

Senario yang sama berlaku di Pulau Pinang. Tidakkah Pas terusik apabila Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Mohd. Razali Abdullah digelar ekstremis agama. Gelaran itu pula berkaitan dengan dakwaan kononnya beliau mempunyai misi membentuk Malaysia sebagai negara yang akan menerima pakai undang-undang syariah sepenuhnya menjelang 2020.

Misi itu pula dikaitkan dengan keanggotaan Mohd. Razali dalam Jemaah Islamiah Malaysia.

Tidakkah Pas yang bercita-cita menjadikan undang-undang syariah tunggak pemerintahan berasa tersinggung, terhiris dan terhina dengan kenyataan dangkal Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi itu?

Pas masih bertolak ansur sebagai mana mereka merelakan kerjasama dengan pakatan pembangkang biar pun Karpal Singh sehingga sekarang masih berpegang kepada prinsip kerasnya 'over my dead body' berhubung pelaksanaan undang-undang Islam oleh Pas jika mereka berjaya mentadbir negara...
"Begitu rendah maruah Islam PAs ini...."
Dan adakah Jeff akan mengeluarkan kenyataan yang sama jika pemimpin Pas turut menganggotai Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan dituduh menyelinap masuk ke dalam sistem pentadbiran kerajaan tempatan.

"Hina sangatkah atau bahaya sangatkah bagi pemimpin Islam yang bercita-cita untuk menegakkan undang-undang agamanya sendiri yang merupakan agama rasmi dalam Perlembagaan negara untuk dilantik ke jawatan itu."

Bukankah kenyataan Jeff itu bertujuan memberi gambaran betapa undang-undang Islam itu mempunyai ciri-ciri ganas dan bahaya sehingga pemimpin yang bercita-cita melaksanakannya disamakan dengan ekstremis.

Hakikatnya - idea yang dibentangkan oleh Ronnie dan Jeff sepatutnya cukup untuk menggambarkan masa depan Pas dalam pakatan pembangkang. Tidak ada gunanya Pas negeri itu beria-ia berkempen supaya Ronnie dipecat.

Sudah terang lagi bersuluh - bangsa Melayu beragama Islam di negara ini tanpa mengira parti apa yang diwakili sentiasa disimpulkan sebagai ancaman kepada bangsabangsa lain.

Sebab itu ada saja kenyataan, cita-cita dan idea yang dilemparkan oleh Melayu akan disifatkan sebagai ekstremis.

Sedangkan tindak-tanduk bangsa-bangsa lain yang jelas menyakiti, menghina bangsa Melayu dan umat Islam tidak dikategorikan sebegitu - buktinya Ronnie dan Jeff terlepas begitu sahaja.

1 ulasan:

PEJUANG CYBER berkata...

Walaupun Khalid adalah menteri besar Selangor tetapi beliau sama juga seperti Nizar , Boneka yang telah di tarik hidungnya. Mana janji -janji PAS sebelum memerentah. Jika kita menang hari ini , sebelum matahari terbit kita akan tutup kilang arak. Sekarang ini bukan kilang arak saja yang ada di Selangor. Selangor kini bagi tempat sarang maksiat. Di Pucung kini bagaikan Syurga dunia, Pucung sudah menjadi Thailand Malaysia. Bukan arak saja, Pelacuran kian membiak.

Kongsi Link Anda