Popular Today

Khamis, Ogos 13, 2009

Syabas Tan Sri Harussani Zakaria kerana berani bercakap benar

"Lucut Kerakyatan" itulah nada tegas Mufti Perak ini terhadap pihak yang menghina Intitusi Raja. Nada beliau itu susulan kemarahan orang Melayu terhadap kandungan satu blog baru-baru ini menghina Islam, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah serta Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengingatkan kumpulan ekstremis dan pelampau bahawa tanpa institusi raja yang menjaga golongan majoriti orang Melayu, negara ini tidak mungkin aman.

Tegasnya, kerana institusi rajalah, negara ini yang suatu ketika dikenali Tanah Melayu kemudian Malaya seterusnya Malaysia terus kekal stabil dan makmur didiami pelbagai kaum.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan ekstremis yang cuba mewujudkan unsur perpecahan dalam negara.

“Benda ini (menghormati institusi raja dan agama Islam) sudah ada dalam Perlembagaan Negara, kalau tidak suka, keluarlah dari negara ini.Selama 52 tahun negara kita aman makmur, tiba-tiba ada pihak cuba hancurkan semua ini, sengaja nak buat kacau. “Dulu mereka diberi kerakyatan setelah setuju mahu patuhi syarat-syarat yang diberi, kalau tak suka lagi, keluarkan mereka dan kalau ada orang Melayu sendiri tak suka, keluarkan juga mereka dengan melucutkan kerakyatannya,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Sebelum itu pelbagai pihak turut mengkritik tindakan Exco DAP negeri Selangor, Ronnie Liu yang campur tangan dan mempertikaikan tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merampas minuman keras di Seksyen 8, Shah Alam dan tindakan Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Jeff Ooi mengaitkan syariah Islam sebagai ekstremis.

Menurut Harussani, setiap orang Islam wajib mempertahankan agamanya daripada dihina oleh mana-mana pihak dan tidak seharusnya menyokong penghinaan itu dengan apa sahaja alasan.

“Jangan kerana politik, mereka sanggup menjual agama. Dalam Islam, kita diwajibkan untuk pertahankan agama daripada dihina, bukan melakukannya kerana kepentingan diri,” katanya.

Pada masa yang sama, kata beliau, Islam juga tidak membenarkan umatnya menghina agama lain kerana perbuatan saling menghina itu hanya akan menyebabkan berlaku suasana tidak tenteram.

Saya percaya Tan Sri Harussani Zakaria pasti sekali lagi akan menjadi mangsa penghinaan pihak yang tidak berpuas hati atas kenyataan beliau.. yang pastinya tertumpu kepada 2 perkara iaitu:

1. Kenyataannya kepada penghina Institusi Raja pasti akan dieksploitasi oleh pihak pembangkang dan dilabel sebagi perkauman.

2. Bagi pihak menyokong Nik Aziz pula akan menyerang peribadi Mufti Perak ini seperti Blog Malaysiawave.

Tahniah kepada Tan Sri Harussani Zakaria kerana beliau merupakah satu-satunya ulama dan mufti yang berani bercakap benar... samada kepada Kerajaan mahupun Pembangkang...

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku sokong tan sri harussani, majlis raja2 kena bersidang dan lucutkan kerakyatan, pergilah cari negara mana yg mereka suka.

baru mereka sedar tak da negara didunia ni yg sebaik malaysia.

azman

YANG GAMBI berkata...

Salam,

Seorang ulama yang tidak berkempentingan sama ada politik atau pribadi macam Harussani perlu dihurmati, bercakap kerana kebenaran demi memartabatkan maruah Islam.

Bukan macam Tok-Tok Guru PAS yang memutarbelikan agama untuk kepentingan politik, segala yang mungkar didalilkan halal untuk menipu umat Islam.

Lin berkata...

salam

saya bersetuju dengan Tan Sri Harunssani dan beliau berkata atas kebenaran bukannya menyebelahi mana-mana pihak seperti yang lain

sokongan terhadap Mufti Perak

salam

Ex-UMNO berkata...

Sekarang sudah tiba masanya UMNO di pinggirkan oleh rakyat.

Walau apa juga cara UMNO buat untuk ambil hati rakyat - pasti gagal.

Kongsi Link Anda