Popular Today

Isnin, Ogos 17, 2009

Taktik kotor PAS - 1000 pengundi hantu dikesan di Permatang Pasir

Pergerakan Pemuda Umno mendakwa terdapat pengundi hantu bagi pilihan raya DUN Permatang Pasir pada 25 Ogos ini.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata ini berdasarkan laporan terdapat pengundi luar yang didaftarkan sebagai pemilih di kawasan itu.

"Kita dapati beberapa orang Melayu didaftarkan di rumah yang dihuni oleh orang Cina dan ada juga pengundi Cina didaftarkan alamatnya di rumah orang Melayu," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda Umno di Butterworth semalam.

Khairy berkata sejak pilihan raya umum lepas terdapat kira-kira 1,000
pengundi didaftarkan di Permatang Pasir dan trend itu adalah tidak normal kerana jumlahnya terlalu besar.

Beliau berkata perkara itu akan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil bagi menangani isu itu.

"Kita akan kumpulkan bukti secukupnya dan kemukakan kepada SPR," katanya.

laporan Bernama.

2 ulasan:

eXception berkata...

Bagi PAS taktik tsb bukan kotor, tapi perjuangan yang dinamakan JIHAD walaupun hakikatnya ianya satu tindakan yang JAHAT...

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

Tanpa Nama berkata...

Time PRU mula la keluar Hang2 (Hang Two)aka Hantu ...taktik lama bila menang Hang2 tu pun leh jadi kawan sbb satu group. Ni Nik Ajis Nyanyok nama saja ulama, seorang yg kuat agama tapi otak guna otak kepala lutut main sedap mulut aja cakap sila rujuk Berita Harian hari ni:-

"BUKIT MERTAJAM: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata ahli Umno tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

Katanya terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota Umno.

"Islam bawah Umno tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Kepada umat islam khasnya fikirkan lah sendiri kerana mulut mulut begini lah mencemar kesucian islam agama ALLAH yg suci. Masuk Syurga atau Neraka adalah kuasa ALLAH bukan dari fatwa Nik Ajis yg jelas seakan ajaran sesat lagi menyesatkan.

Kongsi Link Anda