Popular Today

Rabu, September 09, 2009

Tuan Guru Petrol : Untuk Islam tak mahu, untuk petroleum mahu.


Malam semalam Nik Aziz tolak muzakarah perpaduan demi akidah dan masa depan Islam yang kini dihina oleh pelbagai pihak. Tapi muzakarah demi petroleum Nik Aziz mahukan pula. Pas kini menolak Islam lebih pentingkan petroleum.

Agaknya kalau UMNO ajak bincang untuk tubuh negara Islam dan undang-undang hudud agaknya Pas akan tolak juga. Islam bukan lagi dasar pas.

Sebelum itu, Najib dilaporkan sanggup berunding dengan Pas untuk kepentingan Islam tetapi tidak rela UMNO dihina oleh sesiapa sahaja.

Sebagai tindakbalas, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan pintu rundingan di antara Pas dan UMNO mengenai masa depan Islam dan ummah di negara ini sudah tertutup rapat.

"Rundingan buat apa, ini cerita lama, nak berunding apa lagi. Tak perlu runding apa, kalau runding beri royalti saya setujulah.

"Itu memang hak Kelantan cuma nak tentu bila ahli Parlimen kita pergi Kuala Lumpur bolehlah runding," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kota Darul Naim di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz bagaimanapun tetap dengan pendirian beliau bahawa dasar kebangsaan yang digunakan dalam pentadbiran Kerajaan Pusat perlu diganti dengan dasar Islam seperti yang diterapkan oleh parti Pas di Kelantan.

Namun apa yang dipelikkan dasar Islam PAS ialah perbincangan untuk perpaduan Islam tidak boleh, Islam boleh dihina, PAS tidak pun mengeluar kenyataan persetujuan kartika Dewi patut disebat secara rasmi, PAS juga boleh menentukan sesorang masuk syurga dan neraka, Islam suku politik suku iaitu Islam ikut telunjuk DAP, Islam yang membenarkan gejala Zina kerana menyokong Elizabeth Wong dan banyak lagi penyelewengan terhadap Islam.

Adakah Pas mengikut ajaran Islam yang sebenar?..

5 ulasan:

bungaraya berkata...

Tinjauan terkini menunjukkan 55% masyarakat islam dalam negara ini tidak lagi yakin akan kemampuan PAS dalam memperjuangkan sinar dan syariat islam seperti semasa Dato Asri menerajuinya.

mat yen berkata...

Salam,

Itu sikap pemimpin yang bercakap tanpa memikirkannya. Contoh projek yang kerajaan pusat berikan 9 juta di Manik Urai, beliau kata ia tanggungan kerajaan pusat, kita berada di dalam Malaysia, Itu sikap pemimpin pandai bermain dengan kata kata....

Tanpa Nama berkata...

yo la...cam pemimpin umno la yg pandai main kata...kata 1 malaysia, apa kes blog ni bersifat kemelayuan??? mana pergi slogan 1 malaysia??? tak berbaloi bergabung ngn umno...blaja dr sejarah la beb... bape kali pas ditindas oleh umno sndri lepas gabung...hang pk r beb...gunakn akal...

Unknown berkata...

UMNO memang tahu merepek. Slogan satu malaysia tapi cakap tak serupa bikin. Kasi malu aje. Akuy harap sangatlah pilihan raya Bagan Pinang UMNO terus tersungkur.

Unknown berkata...

Kepada Bunga Raya, data mana yang ko dapat nie, dari kajian mana??? aku tak pernag dengar pun. Kalau ko cakap masyarakat Islam dah tak yakin dengan perjuangan PAS ko memang SILAP BESAR sebab pilihan raya kecil yang lepas menunjukan orang islam terutama orang melayu menyokong penuh PAS. Aku rasa Orang UMNO yang tak yakin kot sebab UMNO tak ikut 100% perjuangan Islam.

Kongsi Link Anda