Popular Today

Selasa, Oktober 27, 2009

PAS pun mula takutkan blog ke!

Aku teringat pada pilihanraya Umum ke 12 dahulu... BN agak jauh ketinggalan dengan PAS dari bidang Media Baru... rata-rata semua milik pembangkang... dan inilah antara sebab di katakan BN kalah pada pilihanraya umum yang lalu.

Tapi kini keadaan sedikit berubah... atau mungkin banyak berubah... bukan hanya pembangkang sahaja... banyak blog-blog yang pro kerajaan, pro BN dan Pro UMNO dah muncul sehingga isu-isu yang ditimbulkan Pembangkang melalui media baru dapat dijawab dengan berkesan... khasnya khalayak yang celik internet dan IT.... dan kini timbul pula fenomena baru iaitu FB atau facebook yang menjadi kegilaan masyarakat Malaysia masa kini.

Kesannya adalah maklumat dapat diketahui dengan segera oleh pelayar internet.. blog mahupun FB.

Kini PAS pula merasakan kesan ledakan maklumat dalam blog dan FB mengenai isu-isu dalaman mereka dan menyebabkan mereka takut dan menghalang blogger mereka dari menceritakan masalah dalaman mereka. Blogger PAS yang menulis sebaliknya dipersalahkan...

Ini mula timbul apabila isu Musyid Am PAS membuat cadangan supaya diadakan muktamar khas atas sebab yang dimaklumi, ada beberapa pimpinan PAS melalui blog masing-masing mula mempersoalkan blog-blog yang mengulas mengenai isu itu mengikut sudut pandang tersendiri.

Ada yang turut melarang isu itu disentuh di dalam blog dengan alasan penulis blog tidak mendapat maklumat yang benar, hanya maklumat daripada blog juga. Ada juga yang mula memainkan isu ‘kebebasan’, yakni boleh bebas menulis apa sahaja di dalam blog tetapi tidak bebas untuk menulis mengenai isu-isu dalaman PAS.

Turut dipersoalkan ialah maklumat yang diperolehi oleh penulis blog. Penulis blog menulis mengenai sesuatu dengan maklumat separuh masak, yakni bukan daripada pihak yang terlibat sendiri.

Blogger ini turut mempersoalkan kewajaran katakutan terhadap Blog oleh pemimpin PAS ini...

Eh, sejak bila pula penyakit takutkan blog ini berjangkit kepada beberapa pimpinan PAS tertentu? Suatu masa dulu PAS berbangga dengan media baru ini. Blog adalah media alternatif, media yang membongkar penyelewengan Umno, media yang boleh dipercayai, media yang melonjakkan kemenangan PAS dalam beberapa PRU, dan macam-macam lagi pujian pimpinan PAS kepada blog dan blogger.

Hari ini berbeza pula, blog disaran tidak membincangkan isu-isu sensitif mengenai PAS. Sudah berpusing 180 darjah?

Apa salahnya isu-isu dalaman PAS dibincangkan di dalam blog? Kalau penulis blog itu adalah pimpinan PAS, dan dia terlibat dengan mesyuarat-mesyuarat PAS, diyakini dia memegang amanah kerahsiaan. Kalau dia membocorkan rahsia, itu bukan salah blog, itu salah tuan punya blog itu.

Bukankah TGNA juga mengemukakan cadangan mengenai muktamar khas melalui blog? Justeru biarlah blogger, samada dia ahli biasa PAS, pimpinan PAS atau sesiapa sahaja memberikan pandangannya mengenai perkara itu di dalam blog miliknya.

Usah takut kepada blog…! Jangan bila sesuatu itu menguntungkan kita, kita pun memuji dan menyanjungnya. Tetapi bila terkena batang hidung kita, kita pun kata dia tidak berguna.

Penulis blog bukan goblok…!
Apa sudah jadi.... PAS sudah takutkan blog ke.... nampaknya mungkin senjata mula makan tuan...

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

HEHEHE BESH2!!..DULU BLEY LA PAKATAN ROSAK BLEY BANGGA DGN BLOGGER PENCACAI DIORANG!. KONON2NYA MEREKA LA JAGUH BLOG YANG MAMPU MEROSAKKAN IMEJ KERAJAAN!..NAHH SKRG..RASEKAN PENANGAN BLOGGER PRO KERAJAAN, UMNO, BN PLAK!..TUNGGANG TEBALIK DIORANG DIBUATNYEE!! KEHKEHKEH..ORG TUA2 DULU ADE CKP..LANGIT TAK SELALU CERAH (EH YE KE?..hantam saja la labu hehehe)Z

hanizam berkata...

biarkan mereka takut dengan bayang-bayang sendiri...yang penting sekarang ni, ape yang tak betul samada BN @ PR, kita bongkar supaya rakyat tahu kebenarannya...

Kongsi Link Anda