Popular Today

Khamis, Oktober 22, 2009

Pelan damai MCA - Bersatu demi BN




Tahniah DS Najib kerana berjaya mengemukakakn genjatan senjata dalaman MCA. Mungkin ini akan meredakan sedikit ketegangan krisis MCA.

Selepas setahun bertelagah, Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat dan bekas timbalannya, Datuk Seri Chua Soi Lek akhirnya bersetuju untuk berdamai dan mengenepikan pergeseran antara mereka.

Kedua-duanya - yang sebelum ini sering melontar tuduhan antara satu sama lain - mengumumkan 'genjatan senjata' itu dalam satu sidang akhbar bersama di ibupejabat MCA di ibunegara hari ini. Turut hadir ialah Timbalan Presiden MCA yang baru dilantik, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Dalam sidang akhbar tersebut, Ong membaca kenyataan yang berbunyi, beliau dan Chua sudah bersetuju untuk "bekerjasama sebagai satu pasukan" bagi menyatu dan memperkukuhkan semula MCA - parti komponen kedua terbesar dalam BN - yang sedang dilanda krisis kepimpinan.

Beliau juga mendedahkan bahawa Chua bersetuju untuk bekerjasama dengannya "tanpa sebarang syarat".

"Ini adalah masanya untuk bermaaf-maafan dan melihat pada persekitaran yang lebih luas mengenai apa yang baik untuk parti dan bukannya untuk individu," katanya.

Presiden MCA itu juga mendedahkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah diberi maklumat mengenai pelan damai tersebut dan telah merestuinya.

Walaupun mengakui ada menemui Najib semalam, Ong bagaimanapun menafikan bahawa 'formula damai' itu dicapai ekoran tekanan daripada Najib, yang juga pengerusi BN.


Sumber : Malaysiakini

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda