Popular Today

Selasa, Januari 05, 2010

Bila Sultan Kelantan pun di'temberang' Nik Aziz

Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra mempersoalkan laporan panel kesihatan yang merumuskan tahap kesihatan ayahandanya tanpa melawat dan memeriksa baginda.

Beliau yang menyangkal laporan panel yang dibentuk oleh kerajaan negeri itu, percaya ada motif tertentu di sebalik laporan itu yang diumumkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini.

"Sejak ayahanda dirawat di Hospital Mount Elizabeth di Singapura, mereka tidak pernah melawat dan menjalankan pemeriksaan.

"Bagaimana mereka boleh mengeluarkan laporan yang merumuskan tahap kesihatan terkini ayahanda," katanya kepada pemberita di kediamannya di sini hari ini.

Menurutnya, tahap kesihatan baginda lebih baik berbanding apa yang digambarkan oleh panel berkenaan.

Hari ini, Nik Abdul Aziz mengadakan sidang akhbar di pejabatnya mengenai laporan kesihatan baginda yang dikeluarkan oleh panel berkenaan yang merumuskan bahawa keadaan Sultan Kelantan itu stabil dan boleh dibawa pulang untuk rawatan susulan di tanah air.

Menurut laporan panel itu, baginda masih tidak dapat menggerakkan tangan dan kedua kaki manakala daya penglihatan dan pertuturan baginda masih lemah.

Tambah Nik Abdul Aziz, laporan itu menyebut baginda kini diberi makan melalui tiub yang dimasukkan ke dalam perutnya.

Menurut Tengku Muhammad Fakhry, penubuhan panel perubatan itu tidak pernah dimaklumkan kepada Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Al-Marhum Tengku Abdul Hamid.

"Saya tidak tahu bagaimana panel ini boleh memantau dan menyediakan laporan perubatan. Lebih-lebih lagi memandangkan baginda tidak pernah memperkenankan apa-apa maklumat perubatannya kerana kesemua ini adalah hak peribadi tuanku," katanya.

Pada sidang akhbar berkenaan, Tengku Muhammad Fakhry yang merupakan anakanda ketiga Sultan Kelantan turut membacakan laporan mengenai keadaan kesihatan baginda yang dikeluarkan oleh hospital berkenaan.

Antara isi kandungan yang dibacakan beliau menunjukkan bahawa keadaan baginda adalah lebih baik berbanding laporan perubatan yang dikeluarkan oleh panel yang dilantik kerajaan negeri.

Sehubungan itu, Tengku Muhammad Fakhry berkata, beliau akan berbincang dengan peguamnya dalam tempoh terdekat ini untuk mengambil tindakan.

Beliau mendakwa, Nik Abdul Aziz sendiri tidak pernah mematuhi titah baginda yang dibuat melalui panggilan telefon sebanyak dua kali pada penghujung Disember lalu meminta Menteri Besar itu menghadapnya.

"Saya percaya sekiranya Menteri Besar berbuat demikian, maka beliau boleh melihat sendiri perkembangan kesihatan baginda atau mendengar sendiri titah baginda," jelasnya.

Ps: Dengan Tuhan pun Nik Aziz dah temberang,.. ni apakan lagi dengan Sultan... biasa dah tuh..

Sumber : Utusan Malaysia

3 ulasan:

Tengku Tenggang berkata...

Pelik kan ?

Kenapa Tengku Temenggong yang bising sedangkan Kelantan ada Pemangku Raja pun tak bantah kenyataan Nik Aziz.

Sebenarnya siapa yang temberang siapa nih ?

Kesian Nik Aziz, gajah sama gajah pelanduk mati di tengah tengah ..

matrengganu berkata...

Kalau dengan sultan pun boleh temberang, dengan rakyat jelat apa tah lagi... Contoh terbaik Ulama !

C L J berkata...

Mashaallah !! Macam mana nak panggil Tok Guru kalau berbohong. Lepas tu kalau dah laksana hukum hudud nak jadi saksi pun tak layak. Nak jadi kadhi? .. ... Mashaallah ... ...

Kongsi Link Anda