Popular Today

Selasa, Januari 05, 2010

Hari ini dalam sejarah : NGO Islam sepakat sokong rayuan KDN

Dah tiba masanya untuk umat Islam bersatu dalam isu Kalimah Allah. semalam 22 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam menyokong penuh tindakan kerajaan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Gereja Katolik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan Herald-The Catholic Weekly.

Perkara ini disahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom semasa sesi perbincangan Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama kumpulan NGO itu.

“NGO-NGO Islam juga menyokong semua langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menjaga keharmonian dan keamanan negara serta semua penganut agama tanpa membelakangkan Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi negara,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Hari ini pula, Menteri Dalam Negeri telah secara rasmi mengemukakan permohonan bagi menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi di sini berhubung keputusan Hakim Datuk Lau Bee Lan yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan.

Permohonan tersebut difailkan oleh Peguam Kanan Persekutuan, Andi Razalijaya A. Dadi di kaunter pejabat pendaftaran Rayuan Kuasa-Kuasa Khas pada pukul 12 tengah hari tadi.

Tarikh untuk mendengar permohonan tersebut akan ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar Nik Isfahanie Abd. Rahman pada pukul 2.30 petang ini.

Ini bukan soal UMNO atau PAS.. tetapi ini soal akidah umat Islam. Semoga dengan perpaduan dan kesepakatan ini, kalimah Allah berjaya diselamatkan.. jangan sehingga tergadai... jika tergadai rasanya banyak kejadian tidak diingini akan berlaku.

– Utusan

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda