Popular Today

Rabu, Februari 17, 2010

Edisi Firaun Kecil : Hanya najis politik tinggal dalam Pakatan


Tembelang Pakatan Rakyat kini didedahkan lagi.. bau busuk dan jijik Pakatan Rosak ini semakin mengeluarkan bau yang kuat sekuat agenda jahat dan keji mereka.

Pakatan Rosak kini ditawan sekumpulan ‘firaun kecil’, antara petunjuk kejayaan kumpulan terbabit ialah pengenalan agenda Middle Malaysia dan pembatalan perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang.

Agenda Firaun kecil ini ialah untuk memisahkan negara daripada kerangka Perlembagaan yang kita miliki sekarang. Antaranya kerangka Perlembagaan kita ialah menghormati agama Islam (sebagai agama rasmi) dan kedudukan istimewanya, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan bahasa Melayu.

Kesan kepada agenda Firaun kecil ini adalah, penyokong akar umbi PKR khususnya orang Islam mendapati mereka amat resah dengan agenda kumpulan ini. Seterusnya menyebabkan perpecahan di kalangan ahli Parlimen PKR yang berpunca daripada perasaan tidak puas hati.

Zulkifli berkata “Jika dibiarkan akan lebih ramai ahli dan pemimpin PKR yang keluar parti, yang tinggal ialah mereka yang kita kata sebagai ‘najis-najis politik’.

Najis politik ini yang telah merosakkan keamanan dan keharmonian negara ini. Agenda jahat mereka yang telah merosakkan struktur kaum negara ini menjadi caca marba dan kacau bilau.

Agenda Firaun Kecil ini adalah sama dengan agenda Malaysian Malaysia, yang mahukan keistimewaan Melayu dan Islam dihapuskan. Ini adalah bukti bahawa Pakatan Rakyat tidak berhasrat langsung untuk mempertahankan bangsa Melayu dan Umat Islam dinegara ini.

Oleh itu bukti jelas terbentang, bahawa tindakan mereka PAS, PKR dan DAP adalah untuk menghapuskan keistimewaan Melayu dan Islam. Orang Melayu dan Islam hanya akan melukut ditepi gantang sebagaimana peniaga Melayu di Pulau Pinang.

2 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Salam bro, selama ini PAS melaung-laung dalam kampung-kampung kononnya nak perjuangkan Islam hanya satu retorik sajalah...... penipu-penipu dalam PAS ini patut ditinggalkan oleh Melayu-Melayu Islam yang taksub pda mereka....

Tai berkata...

Sekarang, apa lagi, kena tentang habis-habisan encik. Usah dibiarkan.

Kongsi Link Anda