Popular Today

Sabtu, Februari 06, 2010

Khalid Samad kecewa dengan lembaga Disiplin PAS

Khalid kesal apabila ramai yang mengharapkan Jawatankuasa Disiplin mengenakan tindakan yang sewajarnya terhadap pihak yang mencetuskan kemelut di Selangor melalui tindakan yang jelas bercanggah Pakatan Rakyat (PR) dan menyebabkan sehingga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan diadakan Muktamar Khas (EGM) hanya dikenakan hukuman amaran. [rujuk sini]

Keputusan Jawatankuasa Disiplin mengukuhkan kesangsian ini. Rakyat melihat Pas tidak komited kepada usaha menjayakan PR Selangor kerana yang menimbulkan masalah tidak dikenakan tindakan. Pas terus dianggap mempunyai ‘perancangan rahsia’ dan ‘agenda tertentu’ seolah-olah hanya menunggu masa untuk bersama Barisan Nasional (BN).

Sebagai pemimpin, kita mesti galakkan kritikan yang membina walau datang dari apa saluran dan dari siapa sekalipun. Janganlah diperlihatkan Pas bagaikan ‘kuku besi’,kamu kritik, kamu dikenakan tindakan.

“Saya setuju kata-kata Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Tuan Ibrahim Tuan Man iaitu kalau anda tidak boleh membantu jemaah, jangan menyusahkan jemaah tetapi malangnya bagi saya, keputusan jawatankuasa itu yang banyak menyusahkan Pas berbanding kritikan dan teguran ahli,” katanya.

1 ulasan:

AbgTuah berkata...

BIBIT-BIBIT PERPECAHAN DAN KERUNTUHAN PR TELAH BERLAKU SATU PERSATU..

JIKA SI NUAR SANGKUT DIDALAM KES SODOMI II..PR KEHILANGAN KETUA IBARAT KEHILANGAN NAHODA KAPAL..KAPALNYA AKAN HANYUT TANPA HALUAN..

IBARAT ANAK AYAM KEHILANGAN IBU..

ITULAH HUKUMAN KEPADA MEREKA JUGA KEPADA HAMPAS KERANA TERLALU BONGKAK

Kongsi Link Anda