Popular Today

Isnin, Mei 10, 2010

1700 tinggalkan PKR - Semakin ramai tidak percayakan Aljuburi!!!


Trend keluar PKR masih belum belum berakhir.. PKR perlu mempersiapkan menggali kubur mereka sendiri atau mati tidak berkubur!!!

Seramai 1700 ahli PKR dan penyokong PKR dalam kawasan Parlimen Padang Serai dan Kulim/Bandar Baharu mengisytiharkan keluar parti dan menyertai MIC, malam tadi [rujuk sini].

Diketuai pemimpin PKR Padang Serai, K Letchumanan, mereka menyerahkan borang menyertai MIC kepada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan BN Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Mohd Hanipah di Paya Besar, Lunas, dekat Kulim.

Alasannya sama, sudah bosan dengan PKR yang merupakan parti dan apatah lagi Aljuburi merupakan pemimpin PKR yang cakap tidak serupa bikin atau bikin tak serupa cakap atau cakap sahaja tapi tak bikin-bikin!!!

Katanya mereka yang keluar parti itu ialah dari 10 cawangan iaitu Jalan Kuta Raja (Paya Besar), Taman Saderi, Taman Makmur, Taman Mutiara (Sungai Kob), Taman Sungai Kob, Taman Ria, Pekan Padang Serai dalam Parlimen Padang Serai dan cawangan Padang Buluh dan Dublin Pusat di kawasan Parlimen Kulim/Bandar Baharu.

Cuba lihat perkataan ini..

P K R = Pakat Kelentong Rakyat

Betullah orang kata, kalau orang pandai cakap biasanya tak pandi buat kerja!!! ini persepsi!! jangan kata betul atau salah...

Inilah yang dibuat oleh Pemimpin PKR.. parti kelentong rakyat.. Perjuangan PKR bukan untuk rakyat tetapi untuk kepentingan Anwar dan kroni semata-mata.. bagai mereka rakyat adalah kelas kedua yang tidak perlu diberikan perhatian!!!

2 ulasan:

WARIS PAHANG berkata...

Semasa PRK adalah masa yang paling sesuai keluar dari pembangkang. Bacalah lagi : http://warisanpahang.blogspot.com/2010/05/prk-sibu-02-pakat-keluar-ramai-ramai.html

Shaf Nor berkata...

Melayu bukan lagi kaum majoriti di Malaysia, kata Chua Tee Yong anak Chua Soi Lek pada persidangan Parlimen pada 16 Mac lalu.
Apa aspirasi Aspirasi Bangsa dalam hal ini?
Malu nak komen ke?
Hayatilah kehebatan bakal Presiden MCA ini di www.merdeka-online.net.

Kongsi Link Anda