Popular Today

Khamis, Ogos 19, 2010

Satu lagi Projek Pembohongan ANwar Aljuburi - janji isi rumah RM 4,000



Aku nak tergelak bila terbaca artikel tentang pendapatan RM 4,000 jika kuasai Putrajaya[rujuk sini].. ini pastinya satu projek hebat.. projek pembohongan mega Anwar Eljuburi..

Sebelum termakan janji Anwar.. mari kita lihat sekali lagi janji Anwar Ibrahim kepada Penduduk Kg Buah Pala sebelum Pilihanraya Umum ke-12...

Tak puas hati... Kalau masih tak ingat lagi pembohongan Anwar Ibrahim.. ini satu lagi janji palsu ANwar Aljuburi tentang 16 Sept.



Masih tak cukup lagi... dan pastinya ini satu lagi projek Pembohongan Mega ANwar Ibrahim yang bakal terkubur bersama Pakatan Rakyat pada pilihanraya Umum ke-13 akan datang.

Ini tidak kira berapa banyak janji manifesto Pakatan pada Pilihanraya Umum ke-12 yang masih belum dilaksanakan di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.. mana dia janji tentang Kerajaan Berkebajikan... berapa banyak subsidi yang 4 negeri bagi kepada rakyat berbanding dengan kerajaan Persekutuan... cuba bandingkan...

Apa yang jelas di Kedah dan Kelantan.. hutan semakin botak.. balak dah kena belasah dengan PAS..

Di Selangor... Tanah negeri Selangor dah berlobang-lobang.. habis pasir dikorek di mana-mana... arak pun dijual dimana-mana?..

Pulau Pinang.. habis gerai peniaga Melayu dirobohkan.. peniaga Melayu juga dilarang berniaga di bazar Ramadan Komtar.. mujur ada desakan dari UMNO.. kalau harap PAS memang peniaga Melayu tak dapat berniaga di sana..

Hakikatnya satu lagi janji palsu yang ditabur oleh eljuburi.. ianya berikutan kejayaan Kerajaan BN yang berjaya meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi negara pada suku kedua iaitu pada 9.5%..

Sebenarnya tak perlu Pakatan Rakyat untuk jana pendapatan RM 4000, kerajaan BN mula laksanakan untuk berpendapatan tinggi.. bukan sahaja berpendapatan tingi bahkan menjadikan Malaysia sebuah negara maju.. kiranya dah terlambat dah Pakatan Ni nak berjanji.. ini semuannya setakat mencedok idea BN ..

1 ulasan:

MeteorX berkata...

biasa la ahli politik. menagih populariti :)

jemput follow blog saya

http://ninjabiker.blogspot.com

Kongsi Link Anda