Popular Today

Jumaat, September 24, 2010

Zaid bagi 'lacture' bahasa kepada Azmin

Perang antara bakal Timbalan Presiden PKR, Azmin dan Zaid nampaknya semakin panas. Serangan demi serangan dilepaskan oleh kedua-dua pihak termasuklah serangan peribadi dan sebagainya.

Namun kali ini lain sedikit, Azmin di 'sekolahkan' semula untuk belajar bahasa Melayu ianya berikutan kenyataan Zaid beberapa hari lalu sehingga menyebabkan Azmin menyanggah Zaid Ibrahim dengan mengingatkan supaya tidak sombong [rujuk sini].
"Saya sedih kalau Datuk Zaid Ibrahim meneruskan serangan-serangan peribadi seperti ini," Kata Azmin
Portal berita Free Malaysia Today versi bahasa Malaysia beberapa melaporkan Zaid berkata, Syed Husin, yang tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti itu bulan depan, sudah lupa beberapa perkara sehingga mengeluarkan kenyataan yang tidak betul.

Syed Husin sebelum ini dilaporkan mempertikaikan peranan Zaid sebagai penyelaras Pakatan kerana bekas menteri itu didakwa tidak terlibat secara menyeluruh dalam persiapan draf dasar Pakatan.

Zaid pula bagi membalas kenyataan Azmin, dengan 'menyekolahkan' semula Azmin... pulak dah!!!
"Saya bercakap dengan wartawan berkenaan ketika dalam perjalanan dengan kereta.

"Mungkin wartawan itu salah dengar; tetapi apa yang saya kata, beliau (Syed Husin) mungkin sudah 'nyanyu' dan mungkin lupa beberapa perkara sehingga mengeluarkan kenyataan dalam wawancara dengan Merdeka Review," beliau dipetik sebagai berkata.

"Saya tidak gelar beliau nyayuk."

Dalam bahasa Melayu, nyanyuk bermaksud berkelakuan seperti kanak-kanak (bukan orang yang sudah terlalu tua), tidak berapa betul lagi (bukan fikiran orang yang sangat tua) dan raban.

Manakala nyanyu pula bermaksud bercakap yang bukan-bukan, meraban dan merepek.

Tak sangka pulak, ingatkan Anwar sahaja pakar bahasa, tetapi rupanya zaid juga pakar bahasa.. hehehe.. tapi tak pasti pula Bahasa Melayu dapat berapa ketika 'exam' dulu...

Sebenarnya siapa pun menang jawatan Timbalan Presiden PKR pastinya ianya adalah parti untuk Kroni Anwar dan keluarga, bukan parti untuk orang Melayu bahkan jauh sekali parti untuk umat Islam dan memartabatkan Syariat, Hukum dan negara Islam.

Ianya hanya merosakkan pemikiran rakyat dengan unsur yang bertentangan dengan sejarah bangsa, agama dan perlembagaan negara. Apatah lagi Anwar Aljuburi merupakan ajen Amerika dan Yahudi yang berperanan untuk menyuntik pengaruh Amerika dan Yahudi di bumi Malaysia.

Pemilihan PKR kali ini merupakan paling kotor dalam sejarah PKR perebutan kuasa, politik wang, fitnah dan sebagainya yang terus menjadi trend kempen PKR.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pemilihan Ahli MT PKR Telus - Saifudin Nasution.

Kata Taming Sari:
Uek!!!!! nak muntak aku dengar....

Kongsi Link Anda