Popular Today

Sabtu, Oktober 02, 2010

PRK Galas : PAS cuba halang Tengku Razaliegh bersama UMNO

Kalau dah setan, tetap setan juga.. kalau dah jahat tetap jahat juga.. tak kiralah Nik Aziz atau pemimpin kanan PAS sama sahaja..

Pengumuman TS Muhyidin agar Tengku Razalaeigh terus mendapat reaksi pelbagai Pihak.. Dari pihak UMNO secara keseluruhannya menggambarkan sebagai berita gembira. maklumlah siapa tak kenal tengku sebagai Vateran UMNO dan orang lama Parlimen gua musang.. pastinya tidak perlu diperkenalkan lagi di Galas..

Namun bagi satu pihak lagi, ianya adalah berita menakutkan. didahului dengan reaksi cemas oleh ramai pemimpin PAS dan kini dikuti oleh reaksi lain yang cuba menghalang Tengku bersama dengan jentera UMNO.

Terbaru Nik Ajis mengatakan pelantikan tengku sebagai calon Galas adalah satu penghinaan [rujuk sini]. Selain itu, dengan nada yang sama, Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli juga mengatakan ianya sebagai penghinaan [rujuk sini]

Kata Nik Aziz:
"Saya boleh sebut ini dah melampau. Ku Li (Tengku Razaleigh) bukan taraf dia (bertanding di DUN), dia menteri dah. Dia dah ke Parlimen dan turun ke DUN ini ada benda tak betul.

"Tak jaga lidah betul (cadangan pilih Tengku Razaleigh), jagalah lidah sikit. Ku Li ni berketurunan raja dan (pernah) jadi Menteri Kewangan tiba-tiba nak letak di DUN.
Ianya ibarat tindakan cucuk jarum oleh pempimpin PAS, yang berusaha menimbulkan rasa sangsi pada Ku Li.. dan seterusnya menghalang Ku Li bersama jentera UMNO apatah lagi sejarah PAS Kelantan ketika di Semangat 46.

Namun kalau PAS betul menghormati Tengku Razaleigh bolehlah PAS beri laluan kepada tengku untuk menjadi MB kelantan.. ini barulah sama taraf kepada tengku.. apa salahnya..

PAS Kelantan sangat mengenali Ku Li kerana mereka pernah bersama dahulu.. apatah lagi KU LI di Gua Musang tidak pernah tewas di tangan PAS.. ini pastinya rekod yang hebat yang digeruni oleh PAS..

Namun ini hanyalah permulaan kepada Usaha PAS untuk halang Ku Li.. bayangkan apabila Ku Li bertanding nanti.. pastinya banyak serangan peribadi yang akan dikeluarkan PAS untuk menghadapi UMNO..

Namun kita tunggu dan lihat apakah akan berhasil provokasi PAS ni...


Biodata Tengku Razaleigh

NAMA PENUH : YBM Tengku Razaleigh Hamzah

TARIKH & TEMPAT LAHIR: 13 April, 1937 Kota Bharu, Kelantan

Kelayakkan: Universiti: Queen’s University, Belfast,

AKADEMIK:

Ireland Utara dengan Ijazah B.Sc (Econ) 1959

Melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Lincoln’s Inn, London, hingga 1961, Anugerah Doktor Kehormat Undang-undang

(LLD) oleh Queen’s University, Belfast, Ireland Utara 1982

ANUGERAH:

D.K. (Darjah Kerabat) - Kelantan 1978

S.P.M.K. (Kelantan) - 1967

P.S.M. (Persekutuan) - 1973

S.S.A.P. (Pahang) - 1980

S.P.M.S. (Selangor) - 1982

Terpilih:

Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Melayu Malaysia 1970-1976

Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia 1973 – 1976

Presiden ASEAN Chambers of Commerce 1975-1976

Pengerusi Asian Development Bank 1976 - 1977

Pengerusi Board of Governors, World Bank dan International Monetary Fund 1977-1978

Pengerusi Bank Pembangunan Islam 1978

PENGLIBATAN KORPORAT:

1965 - 70 Pengarah Eksekutif, Bank Bumiputra Malaysia Berhad

1970 - 74 Pengerusi PERNAS (Mengetuai Delegasi Perdagangan yang pertama ke Republik Rakyat China pada tahun 1971)

1974 - 1976 Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Petroliam Nasional Berhad

5.3.76 – 1.8.84 Menteri Kewangan Malaysia

1984 - 87 Menteri Perdagangan dan Perindustrian Malaysia

PENGLIBATAN POLITIK:

1962 – 66 Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan (5 tahun)

1966 – 72 Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan (5 tahun)

1972 - 84 Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan hingga Jun 1984 (12 tahun)

1973 – 81 Naib Presiden UMNO Malaysia

1973 – 84 Bendahari UMNO Malaysia

1978 – 84 Pengerusi Barisan Nasional Negeri Kelantan

1969 - 74 Terpilih jadi Ahli Dewan Undangan Negeri Ulu Kelantan Barat

1987 Bertanding jawatan Presiden UMNO, kalah dengan hanya 43 undi

1988 UMNO diisytiharkan haram oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

1988 Dipilih sebagai Presiden Parti Semangat 46, sebuah parti yang ditubuhkan atas cadangan oleh Y.T.M Tunku Abdul Rahman untuk menyambung aspirasi asal UMNO.

1990 – 96 Ahli Parlimen Gua Musang (sebelum ini dikenali Ulu Kelantan) di bawah tiket Semangat 46. Terpilih semula sebagai Ahli Parlimen Gua Musang pada tahun 1995 dan terpilih sekali lagi sebagai Ahli Parlimen Gua Musang di dalam pilihanraya kecil 29.8.95)

1996 Bubar Parti Melayu Semangat 46

pada 6.10.96 dan menyertai UMNO pada 8.10.96

1999 Dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri

Kelantan – Jun 1999

2004 Terpilih semula sebagai Ahli Parlimen Gua Musang di bawah tiket Barisan Nasional

2008 - Dipilih sekali lagi sebagai Ahli Parlimen Gua Musang di bawah tiket Barisan Nasional.

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda