Popular Today

Jumaat, April 08, 2011

Manifesto Pakatan tidak penting!!!


Kempen Pilihanraya Negeri Sarawak ke-10 sudah masuk hari ke-3.. semalam BN dah mula lancarkan manifesto mereka..

Manifesto yang ringkas, jelas.. dan yang penting ianya adalah untuk rakyat Sarawak..

Manifesto setebal 30 muka surat itu menyenaraikan sembilan elemen yang menjadi teras kepada perjuangan BN pada Pilihan Raya DUN Sarawak Ke-10. Antaranya:

1. Memelihara keamanan, keharmonian, kestabilan dan tadbir urus yang baik untuk Sarawak.
2. Memelihara alam sekitar, budaya, warisan dan kepercayaan semua kaum.
3. Menyediakan peluang pekerjaan untuk semua.
4. Menjana lebih banyak peluang perniagaan untuk semua.
5. Menyediakan peluang pendidikan untuk anak-anak kita.
6. Menjamin hak rakyat ke atas tanah mereka dipelihara.
7. Meningkatkan mutu dan kualiti hidup golongan yang miskin dan kurang bernasib baik.
8. Memastikan mutu jalan raya, bekalan air dan elektrik, khidmat kesihatan dan perumahan sentiasa dipertingkatkan.
9. Mempunyai rancangan jelas untuk memastikan Sarawak berada di landasan ke arah menjadi negeri terkaya di Malaysia.

Sebagai sebuah kerajaan yang berpengalaman, manifesto adalah sebuah janji kepada rakyat yang akan ditunaikan dan bukannya hanya janji manis untuk mendapatkan kuasa sebagaimana yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat.

Tapi di mana MANIFESTO PAKATAN?...

Ceramah dah banyak berjalan, kalau kutuk UMNO dan BN tu dah berbakul-bakul.. tapi apa yang Pakatan mahu berikan kepada rakyat Sarawak?..

Lihat sahajalah sebelum penamaan calon di Sarawak.. bagaimana Pakatan Pembangkang sendiri bergaduh sesama sendiri berebut kerusi sesama mereka.. lihat sahalah nasib parti dari Sarawak < SNAP yang diketepikan begitu sahaja oleh Pakatan Semenanjung.. Adakah ini kerajaan yang mahu diberi kepercayaan untuk tadbir Sarawak.. Lihat sahajalah komitmen BN dalam menunaikan janji dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu.. khasnya program tranformasi kerajaan.. ianya bukanlah gimik politik..

Pertama: Mengurangkan Jenayah
Kedua: Membanteras Rasuah
Ketiga: Memperbaiki Pencapaian Pelajar
Keempat: Meningkatkan Taraf Kehidupan Isirumah Berpendapatan Rendah
Kelima: Mempertingkat Infrastruktur Asas Luar Bandar
Keenam: Mempertingkat Pengangkutan Awam Bandar.

Semua pencapaian BN telah diukur melalui pelaksanaan yang berkesan [rujuk sini]

Bagi Fokus jenayah.. indeks jenayah telah turun 15% dan indeks jenayah jalanan turun 35%..


Bagi meningkatkan mutu kehidupan rakyat, penurunan golongan miskin tegar telah mencapai 99.8%



Begitu juga dengan kemudahan awam yang sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa


Dan tidak lupa juga mengenai masalah pengankutan yang sering melanda kawasan bandar dan luar bandar.


Apatah lagi membasmi rasuah.. saksi kini dilindungi..



Bagi memastikan pembangunan dapat dirasai dengan adil dan saksama, aspek pendidikan terus ditekankan..

Tapi lihat sahajalah janji pembangkang.. apa sahaja yang mereka janjikan hanya lah penipuan semata-mata.. lihatlah baru-baru ini tentang janji mereka untuk selenggara sebuah flat di Pulau Pinang, janji Anwar untuk penduduk Kg Buah Pala, janji kerajaan PAS Kedah untuk jadikan hari Thaipusam sebagai cuti umum..



Jawapan yang klise, iasa didengari ialah kami akan tunaikan janji bila perintah kerajaan persekutuan.. maksudnya ialah bila mereka mentadbir kerajaan negeri mereka hanya makan gaji buta sahaja..

Kepada semua rakyat Malaysia.. apa yang perlu jelas ialah.. tak payah kerajaan pakatan kuasa kerajaan geri kerana mereka dah sah tak nak tunaikan janji.. jadi buat apa nak bagi pemimpin dan wakil rakyat mereka makan gaji buta...

Segala laungan nak ubah kerajaan negeri hanya satu lawak semata-mata dan memperbodohkan rakyat.. kerana bila mereka tidak tunaikan janji mereka memberi alasan bagi mereka kerajaan persekutuan barulah mereka nak tunaikan janji..

Maksudnya tak payah bagi kerajaan negeri ni diperintah kerajaan Pakatan keranan hanya membuang masa sahaja.. lebih baik diberi kepada kerajaan BN.. kerana hanya BN satu-satunya parti yang boleh tunaikan janji samda di peringkat negeri ataupun persekutuan..

Sebenarnya tak penting manifesto Pakatan kerana macam alasan biasa, mereka tidak akan tunaikan janji kepada rakyat... manifesto bagi mereka bertujuan untuk perbodohkan rakyat..


Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda