Popular Today

Rabu, November 16, 2011

Kerajaan Johor naikkan elaun Guru Tadika Agama Johor (TAJ) kepada RM 800 sebulan

Kalau kat Selangor pastinya dah kecoh bab kasi duit ni.. Ibarat tin kosong.. Bising je lebih.. Tapi apa tun tak dak...

Cara Kerajaan BN sentiasa utamakan kebajikan dan pendidikan rakyat... Bn Johor wujud skim bagi tingkat perkhidmatan pendidikan agama

Kerajaan negeri Johor kini dalam proses menyusun semula skim perjawatan guru Tadika Agama Johor (TAJ) selepas menaikkan elaun perkhidmatan mereka kepada RM800 sebulan.

Kenaikan elaun 60 peratus berbanding RM500 sebulan yang dibayar pada 2009, bertujuan meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan kelas pembelajaran yang dikendalikan kira-kira 290 guru TAJ seluruh negeri ketika ini.
Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman, berkata kerajaan negeri sedang melaksanakan pelbagai langkah proaktif bagi memastikan murid TAJ yang diperkenalkan sejak 2001 kekal pada landasan betul.

Beliau berkata, TAJ melangkah setapak di depan menerusi Program Pintar al-Quran yang diperkenalkan kerajaan negeri sejak tahun lalu, berjaya menghasilkan murid yang khatam al-Quran seawal usia enam tahun.

"Bagi meningkatkan mutu pendidikan, kerajaan negeri akan menyusun semula skim perjawatan guru TAJ, seterusnya meningkatkan pendapatan mereka selaras dengan keadaan ekonomi semasa.

"Untuk tujuan itu, kerajaan negeri bersetuju menaikkan elaun guru TAJ kepada RM800 sebulan, berbanding RM300 ketika awal penubuhan TAJ pada 2001 sebelum dinaikkan kepada RM500 sejak 2009," katanya ketika merasmikan Konvokesyen TAJ peringkat daerah Mersing di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini, semalam.
Zainal Abidin berkata, pada awal penubuhannya hanya 100 kelas TAJ dibuka di seluruh negeri, namun berikutan permintaan yang meningkat, TAJ kini beroperasi di 290 sekolah agama negeri.

Katanya, kerajaan memperuntukkan RM2.79 juta untuk membayar elaun tenaga pengajar Tadika berkenaan.

Ketika ini, seramai 5,125 murid mendapatkan pendidikan awal TAJ.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

elaun KAFA biler nak naik kan??

Kongsi Link Anda