Popular Today

Khamis, April 24, 2014

Kontroversi : Bukan Saya Minta Jadi Begini – Fiza Terkilan Dipersalahkan Atas Keretakan Rumahtangga Dengan Adam

Bukan Saya Minta Jadi Begini   Fiza Terkilan Dipersalahkan Atas Keretakan Rumahtangga Dengan Adam
Pergolakan rumahtangga Adam AF dan Fiza Elite bukan lagi topik baru dalam perbualan para pemerhati industri hiburan. Tetapi segalanya dianggap khabar angin tanpa bukti kerana pasangan ini seringkali menafikan hubungan mereka bermasalah.
Sehinggalah semalam, sebuah akhbar tempatan melaporkan kes permohonan cerai yang dibuat oleh Fiza akan disebut di mahkamah pada Isnin depan.
Artikel berkaitan:
Berita itu sekaligus menamatkan spekulasi yang bertebaran walaupun Adam dan Fiza masih kekal mengunci mulut dari memberikan kenyataan.
Bukan Saya Minta Jadi Begini   Fiza Terkilan Dipersalahkan Atas Keretakan Rumahtangga Dengan Adam
Bagaimanapun dalam diam, Fiza meluahkan rasa terkilan terhadap sesetengah masyarakat yang menuding jari menyalahkannya di atas perceraian ini di Instagram.
Menurut Fiza, dia kesal apabila kontroversi terbaru ini dikaitkan dengan kisah lamanya selain risau anak-anak akan mengetahui hal ini di masa hadapan.
Namun dalam masa yang sama, Fiza meminta agar diberi sokongan untuk terus kuat menghadapi dugaan ini demi masa depan anak-anaknya.
Bukan Saya Minta Jadi Begini   Fiza Terkilan Dipersalahkan Atas Keretakan Rumahtangga Dengan Adam
Untuk pengetahuan anda, Adam dan Fiza telah dinikahkan dalam majlis serba sederhana di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor, Shah Alam pada bulan September tahun lalu.
Sebelum berkahwin dengan Adam, Fiza pernah mendirikan rumahtangga dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin dan bercerai pada 4 November 2010. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak perempuan, Ferra Aryanna dan Feeya Adyrra.

sumber : oh bulan 

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda