Popular Today

Khamis, April 24, 2014

Rafizi gagal burukkan DS Najib!!

Menjelang pemilihan PKR yang akan datang, Rafizi Ramli yang mengumumkan akan bertanding jawatan Naib Presiden parti berkenaan kelihatan terdesak berkempen untuk memancing undi perwakilan dan menaikkan imejnya yang sering kali gagal di dalam usaha untuk memburukkan pemimpin dan parti UMNO/Barisan Nasional. 

Cara mudah untuk menjadi popular di dalam kempen pemilihan parti PKR adalah mengaitkan Perdana Menteri, DS Najib Tun Abdul Razak di dalam isu yang cuba diketengahkannya. Bermula 15 April 2014, melalui 4 artikel di blog beliau di sinidi sinidi sini dan di sini, Rafizi Ramli cuba untuk mengaitkan Perdana Menteri di dalam campur tangan di dalam urusan pemberian geran MOSTI berjumlah RM100 juta kepada sebuah syarikat Bumiputera yang mana 25% pegangan saham syarikat berkenaan oleh kerajaan menerusi Malaysia Venture Capital (MAVCAP).

Pendedahan Rafizi Ramli tidak langsung mendatangkan bukti untuk menunjukkan Perdana Menteri 'mengarah' ataupun 'campur tangan' di dalam proses kelulusan geran ini.  Sebaliknya, memo sokongan yang diberikan oleh Perdana Menteri adalah berbentuk umum yang tertakluk kepada pertimbangan dan 'Standard Operating Procedures (SOP)' Kementerian yang berkaitan sebagaimana banyak memo-memo sokongan lain yang dipohon melalui pejabat beliau.


Daripada surat yang dilampirkan oleh Rafizi Ramli seperti di atas, tidak ada langsung ayat yang berbaur 'arahan' yang dicatatkan.  Minit yang dicatatkan oleh Perdana Menteri di atas surat berkenaan kepada Menteri MOSTI berbunyi:
"Y.B. Dato’ Dr. Ewon Ebin, Untuk pertimbangan. Saya tiada halangan jika projek ini sesuai."
Jelasnya, Perdana Menteri tidak 'campurtangan' atau 'memberi arahan' untuk kelulusan geran ini, sebaliknya sokongan yang diberikan lebih cenderung berdasarkan minat dan kesungguhan beliau untuk menjayakan 'Bioeconomy Transformation Programme (BTP)' dan mengupayakan syarikat-syarikat yang layak berkaitan teknologi hijau.

Geran 'Research & Development (R&D)' yang diberikan adalah bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan teknologi, dan bukannya satu projek komersil yang melibatkan dana ratusan juta. Geran yang dipertimbangkan oleh Kerajaan kepada syarikat NSE Resource Corporation (M) Sdn Bhd juga bukanlah daripada skim geran R&D yang disebut oleh  Rafizi Ramli di dalam blog beliau. 

NSE Resource Corporation (M) Sdn Bhd dikhabarkan akan mengemukakan saman berjumlah RM200 juta kepada Rafizi Ramli ekoran pembohongan dan manipulasi fakta, yang bertujuan mencemarkan imej syarikat berkenaan dan menimbulkan kemarahan dan prasangka buruk golongan akademik.

Penerangan lanjut berserta fakta dan ulasan terperinci mengenai kes ini boleh dibaca melalui blog sahabat CTS, blogger Sanggah Tok Janggut, di sini.

Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2014/04/cubaan-burukkan-ds-najibrazak-isu-geran.html#QIqPToykQg1JMwOT.99

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak malu agaknya budak ni,,,kerajaan yang dituduh tak telus boleh membuat tindakan kepada ketua wanita akibat terpalit sedikit kekeliruan tuduhan tetapi bosnya yang telah terbukti di seluruh dunia dengan vidio sulitnya, dengan nafsu serakahnya masih kemaruk mencari pengaruh dan kuasa untuk diri sendiri dan keluarga.. Baik awak siasat bos awak dulu dan nasihati dia bebanyak suruh kurangkan nafsu gila kuasa dan mohon kepada Allah kerana Allah Maha Berkuasa dari manusia. Allah boleh memuliakan siapo yang dikehendaki dan menhinakan siapa yg dikehendaki..

Tanpa Nama berkata...

rafizi pondan ajing kurap anwar yg celaka dan bangsat patut mampos kena langgar lori balak

Pitam Sink berkata...

BILA SI MUKA BAPOK BERSUARA!!

Kongsi Link Anda