Popular Today

Jumaat, April 04, 2014

Shila Amzah Berjaya Jadi Finalis 'I Am Singer' Di China

shila amzah 2

PETALING JAYA: Penyanyi Shila Amzah berjaya menjadi finalis pertandingan I Am Singer yang akan berlangsung di Hunan, Changsha, China pada Jumaat (hari ini).

Ia merupakan satu sejarah kerana Shila, 24, merupakan artis Melayu pertama yang menyertai acara itu sejak diperkenalkan pada tahun lalu.

Dalam pertandingan tersebut, tiga peserta dari China berjaya mara ke peringkat akhir manakala Shila bersama Gary Chaw mewakili Malaysia.

Hong Kong dan Taiwan masing-masing seorang peseta.

“Saya telah melakukan persiapan yang secukupnya untuk persembahan saya pada malam final ini. Saya berharap rakyat Malaysia dapat mendoakan kejayaan saya  dan saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang tidak henti menyokong saya sejak saya bergelar sebagai seorang penyanyi,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Khamis.

Pertandingan itu akan berlangsung pada pukul 8 malam (8 malam waktu Malaysia).

Kata Shila, dia  diberi arahan untuk bersedia dengan dua buah lagu di mana pada pusingan pertama dia akan berduet bersama seorang penyanyi luar.

Jika berjaya mendapat tempat antara lima tertinggi, dia akan mara ke pusingan kedua dan akan membuat persembahan secara solo sebelum peminat diberi ‘kuasa’ untuk membuat undian bagi memilih juara.

Shila turut mencipta kebolehan luar biasa apabila terpilih ke peringkat akhir I Am Singer sedangkan beliau menyertai acara berkenaan ketika minggu ketujuh iaitu  pada Februari lalu.

Pada persembahan pertamanya,  dia telah mendendangkan lagu Xiang Ni De Ye yang bermaksud Di Kala Malam, Ku Merindui Mu di mana lagu tersebut telah melonjakkan namanya dalam pertandingan itu sehingga membolehkan dia mendapat tempat kedua.

Lebih membanggakan pada minggu kesebelas popularitinya melonjak dan dia berjaya meraih tempat pertama selepas mempersembahkan lagu Rolling In The Deep nyanyian Adele.

Pada pertandingan itu tahun lalu, peserta dari China iaitu Yu Quan dipilih sebagai juara.

Orang ramai boleh mengundi Shila dengan melayari  http://vote.weibo.com/vid=2578278

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda