Popular Today

Selasa, Mei 27, 2014

Jom ke hari terbuka Pelan suara hati johor

Rakyat Johor di jemput hadir memberi  maklum balas di makmal pameran hari terbuka Pelan suara hati johor di Medini Mall Nusajaya pada 31  Mei 2014 yang akan dilancarkan oleh  YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin pada hari Sabtu, bermula jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Ikuti peluang ini untuk mengetahui lebih lanjut lagi maklumat dan pelan strategik ke arah memacu transformasi pentadbiran kerajaan negeri Johor.

Pelan Suara hati Johor inisiatif menteri besar Johor adalah bagi merakyatkan Kerajaan , melestarikan pembangunan Pro Rakyat dan memperkasa muafakat Johor bertemakan kerajaan berteras pencapaian

Ayuh bersama melakar masa depan Johor

Aktiviti

1. Pameran Pelan Suara Hati Johor
1000 - 1800

i)Pameran Pelan Suara Hati Johor memaparkan inisiatif-inisiatif pro-rakyat yang dilaksanakan oleh kerajaan Negeri Johor.

Memberi peluang kepada orang ramai  mengemukakan maklum balas ke atas langkah-langkah yang diambil oleh pentadbiran Negeri Johor disamping membangkitkan isu-isu utama rakyat untuk perhatian kerajaan negeri.

2. Pendaftaran secara online Rumah Mampu Milik Johor
1000 - 1800

3. Pendaftaran kerja secara online melalui Jobs Malaysia

Memberi peluang kepada pengunjung untuk membuat pendaftaran online dan penyesuaian kerja.

4. Pendaftaran Duta Muafakat Johor

5.Sembang bersama EXCO

Sesi sembang DJ bersama setiap EXCO untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan.

6. EXCO bersama rakyat
1200 - 1400

EXCO berada di kawasan pameran bagi mendengar masalah dan mendapatkan cadangan rakyat.Pengunjung berpeluang bertemu dan barbincang bersama EXCO secara bersemuka.

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda