Popular Today

Jumaat, September 12, 2014

#PRKpengkalanKubur : PAS vs PR??

Pengkalan Kubor: Ketiadaan pemimpin PAS dan PR pada majlis pengumuman calon timbulkan persoalan


Adakah ini yang sedang berlaku.. pertandingan sebenar bukan berlaku antara UMNO dan juga PAS tetapi antara PAS dan juga PR..

Perkara ini berlaku dengan jelas malam tadi apabila ketidakhadiran pimpinan PAS pusat termasuk presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden, Mohamed Sabu, Naib Presiden, Salahuddin Ayob, Mahfuz Omar dan Datuk Husam Musa menimbulkan tanda tanya.

Selain itu tiada kelibat wakil pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam majlis pengumuman calon yang mewakili Pakatan Rakyat (PR) malam tadi juga menimbulkan persoalan.

Walaupun kerusi tersebut secara rasminya diberi laluan oleh PKR melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail baru-baru ini untuk ditandingi PAS, namun ketiadaan pimpinan tertinggi PR dilihat kurang menceriakan suasana malam tadi.

Perpecahan dalam PAS semakin jelas akibat tindakan Anwarinas dalam PAS.. ianya adalah petanda malapetaka untuk PAS yang bertanding disini.

Begitu juga dengan ketidakhadiran pemimpin PR seperti Wan Azizah memberi isyarat bahawa mereka boikot membantu PR di sini..

Laluan PAS semakin goyah.. inilah akibatnya bila pemimpin PR gila kuasa..

Pesanan Nik Aziz kepada PKR yang dianggap budak manja perlu dijadikan pedoman.. PAS kini hanya membuli PKR sahaja.. dah le jawatan MB Selangor mereka rampas daripada PKR kini kerusi DUN Pengkalan Kubur pula yang sebelum ini adalah milik PKR.





Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda