Popular Today

Isnin, Disember 15, 2014

Faktor gagal PR ke Putrajaya ialah HUDUD - LENSA

Pilihanraya lebih penting daripada Hudud
Maksudnya
Hukum British lebih penting dari Hukum Islam

Dulu PAS yang terkedek2 melaungkan bahawa sistem pilihanraya ialah sistem tinggalan penjajah. Dalam Islam tiada demokrasi.. namun kali ini berbeza.. PAS sanggup tinggalkan Islam demi hukum penjajah!!

Cadangan PAS membawa rang undang-undang persendirian hudud ke Parlimen hanya akan meranapkan harapan parti pembangkang itu menawan Putrajaya, kata badan bukan kerajaan (NGO) Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa).
Lensa yang pro Pakatan Rakyat (PR) itu berkata, ketika majoriti rakyat memberikan undi popular kepada PR semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, PAS seharusnya menumpukan kepada usaha memulihkan hubungan dalam gabungan parti pembangkang itu.
"Kita risau (akan) kelam kabut jika hudud dibuat sekarang. Impaknya lagi besar. Kita boleh kehilangan masa emas ketika PR berada pada ambang kemenangan di mana 52% rakyat memberi undi popular.
Beliau berkata, sebelum PRU13, hudud tidak diperkenalkan PR dalam Buku Jingga, sekali gus berjaya mendapat kepercayaan rakyat.

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda