Popular Today

Rabu, Disember 03, 2014

Panas!! indeks rasuah Malaysia semakin merosot..

Malaysia dilihat kurang rasuah tahun ini berbanding tahun lepas, bergerak 3 slot ke atas daripada kedudukan sebelumnya dalam indeks persepsi rasuah Transparency International (TI) 2014.

Malaysia kini berada di tangga ke-50 di kalangan 175 negara yang mengambil bahagian dalam kajian itu. Tahun lepas, ia berada di kedudukan 53 daripada jumlah negara yang sama.

Daripada segi markah, Malaysia naik 2 mata kepada 52 daripada 50 tahun lepas. Berdasarkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI), skor 0 bermakna "sangat rasuah" manakala 100 dianggap sangat bersih.

Indeks itu meletakkan ranking kepada negara berdasarkan tahap persepsi rasuah dalam sektor awam.
Ia berasaskan gabungan tinjauan dan penilaian rasuah, dikutip pelbagai institusi bereputasi, menurut TI dalam satu kenyataan media hari ini. – 3 Disember, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/malaysia-naik-3-anak-tangga-dilihat-kurang-rasuah-tahun-ini#sthash.6paKD8ld.dpuf

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda