Popular Today

Memaparkan catatan dengan label #Mh370. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #Mh370. Papar semua catatan

Ahad, April 06, 2014

MH370: Dua isyarat dan harapan - JACC

0 Komen!!!
MH370: Dua isyarat yang dikesan beri sedikit harapan - Ketua JACC
 
Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston (kiri) pada taklimat media. --AFP 
\
PHOTO / Greg WOOD
 
PERTH: Kapal peronda China, Haixun mengesan dua isyarat ekuastik dalam 36 jam lalu, kata ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston.

"Kapal tersebut mengesan dua isyarat dan memberikan sedikit harapan," katanya pada sidang media, di sini, sebentar tadi.

Houston berkata, selain kapal Haixun, kapal perang Austarlia Ocean Shield turut mengesan isyarat kira-kira 300 batu dari kapal China.

Katanya, dengan pekembangan tersebut, kapal HMS Echo sudah dikerah ke lokasi kapal China Haixun 01 untuk mengesahkan sama ada isyarat itu ada kaitan dengan MH370.

Pada sabtu, agensi berita Xinhua melaporkan kapal peronda China, Haixun mengesan isyarat getaran dengan frekuensi 37.5 kHz di kawasan carian pesawat penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi.

Pesawat Boeing 777-200ER itu membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam 8 Mac lepas dan sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Namun penerbangan MH370 itu hilang daripada radar kira-kira sejam kemudian ketika di ruang udara Laut China Selatan.

Operasi mencari dan menyelamat dilancar di Laut China Selatan dengan membabitkan pelbagai negara sebelum diperluaskan ke bahagian barat Semenanjung Malaysia termasuk ke Laut Andaman dan Lautan Hindi selepas terdapat penemuan menunjukkan MH370 mengubah haluan jauh daripada laluan asal.

Pada 24 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi" berdasarkan analisis data satelit Inmarsat dan siasatan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom. 
 
sumber : astro awani 

Sabtu, Mac 22, 2014

#MH370 : Terkini!! Satelit China kesan objek terapung sebesar 22x30 meter di koridor selatan (22/3/2014)

0 Komen!!!

Tiada laporan penemuan dalam radar mengenai pesawat MH370 di negara sebelah koridor utara setakat ini, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengesahkan transkrip komunikasi pesawat MH370 yang didedah akhbar The Telegraph hari ini adalah tidak tepat.

Operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 di koridor selatan Lautan Hindi semakin mencabar dengan ombak kuat dan terdedah kepada ancaman taufan.


Satelit China kesan objek terapung sebesar 22x30 meter di koridor selatan, demikian diumumkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

"Berita yang baru saya terima daripada Duta Besar China bahawa satelit negara itu kesan objek terapung di koridor selatan dan aset mereka sedang bergerak ke sana".



Sabtu, Mac 15, 2014

Sidang media terkini #Mh370 dari KLIA oleh Perdana Menteri

0 Komen!!!
Antara intipati PC
1) Alat komunikasi kapal terbang telah ditutup
2) "believed but not comfirms" kapal terbang dirampas oleh seseorang dalam kapal tersebut
3) Kawasan pencarian semakin diperbesarkan
4) Kawasan spesific di mana kapal terbang tersebut masih di cari.
Ini bermaksud beberapa persoalan dan misteri telah terjawab.
Marilah sama2 kita doakan keselamatan #MH370

Khamis, Mac 13, 2014

#PrayForMH370 : Tun Mahathir bidas pihak perkecilkan usaha operasi MAS #MH370

0 Komen!!!

)

Tun Mahathir  membidas mana-mana pihak yang cuba memperkecilkan usaha Mas untuk mencar pesawat yang hilang. Kata beliau apa yang MAS buat adalah yang terbaik. Apa yang berlaku ialah sesuatu keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Usaha pihak tertentu membidas usaha MAS ini perlu mengumpamakan pihak-pihak lain juga gagal seperti Amerika, Singapura dan lain-lain.

Tahniah kepada Tun Mahathir yang sentiasa tegas terhadap sesuatu perkara. Terdapat suara-suara sumbang sebelum ini yang terlalu banyak memperkecilkan dan mempertikaikan apa yang dilakukan oleh MAS.

Kepada rakyat Malaysia teruskan berdoa untuk keselamatan mereka.

#PrayForMh370 

Kongsi Link Anda