Popular Today

Rabu, Ogos 20, 2008

TABIK SPRING!!!!! BUAT KOH TSU KOON

Hebat dan bergaya....dan tahniah!!!!

Itulah kesimpulan yang boleh dibuat selepas melihat debat antara Tan Sri Koh Tsu Koon dan Lim Guan Eng....

Semua persoalan dapat dijawab oleh Sri Koh Tsu Koon dengan tenang dan tersenyum... Hakikatnya tuduhan yang dibuat oleh Lim Guan Eng tidaklah mempunyai asas yang kukuh.

Lim Guan Eng boleh dikatakan gagal mengemukakan hujah yang kukuh bersama fakta dan bukti. Seperti pembangkang cabuk, hanya mahu menempelak pihak lain atas kegagalan kerajaan negeri yang ditadbirnya.

Ketiadaan fakta bila berbahas. Semasa berdebat, tiada satu fakta yang jelas dan tepat. Semuanya bersifat umum dan tidak spesifik dan seolah-olah hanya cuba memanipulasikan isu.

Sikap perkaumannya jelas apabila dia dengan sengaja menggunakan kerajaan UMNO apabila cuba menuduh “skandal tanah” itu. Semua orang tahu bahawa Pulau Pinang dipimpin oleh Gerakan di bawah BN. Jelas dia cuba untuk memburukkan nama baik orang Melayu dengan tuduhan tidak berasas itu.

Dalam isu tanah tersebut, kata Lim Guan Eng (LGE), beliau telah menukarkan pegawai yang dikatakan terlibat dengan kes tanah tersebut ke pejabat lain. Tiadalah tindakan disiplin yang diambil. Dan menuduh bahawa kerajaan BN sebelum itu tidak mengambil apa-apa tindakan.

Tan Sri Koh Tsu Koon menjawab bahawa pada zaman beliau, BPR telah 2 kali membuat siasatan namun hasilnya... dakwaan itu tiada asas yang kukuh. Seterusnya beliau mempersoalkan dan mencabar, bahawa tindakan LGE hanya menukar pegawai tersebut bukanlah mengenakan tindakan disiplin dan beliau juga mencabar agar LGE membuat siasatan BPR semula. Dan inilah yang tidak dibuat oleh LGE sepanjang hampir 6 bulan memerintah..

Lim Guan Eng nampaknya macam bodoh atau buat-buat bodoh, kerana masih tidak memahami yang di sampaikan oleh Koh Tsu Koon...

Sebagai orang biasa seperti saya melihat bahawa Tan Sri Koh Tsu Koon menang dalam debat ini..

Rasanya selepas ni ramai rakyat akan yakin Tan Sri Koh Tsu Koon akan kekal dalam BN.


Keputusan Debat (Markah)

Tan Sri Koh Tsu Koon - 75%
Lim Guan Eng - 25%



TABIK SPRING!!!!! BUAT KOH TSU KOON

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah tan Sri...

Memang hebat,... Lim Guan Eng gugup..

Macamana pengundi Pulau Pinang boleh pilih pemimpin lembap macam ni....

Boleh jadi Ketua Menteri pulak tu.... cakap pun x berapa nak reti..

Unfiltered-Madness berkata...

wah baik ulasan ini... saya harap awak benarkan saya post di blog saya...

TQ

Tanpa Nama berkata...

orang lombap jadi ketua menteri

Aspirasi berkata...

Terima Kasih anakmalaysia

Bersamalah kita menentang kebatilan....dan menyerlahkan kebenaran...

Pembangkang ni pun bukan betul sangat... kalau sesuatu berpihak pada dia, dia anggap betullah...Kalau sebaliknya dia akan salahkan orang lain...

Pakatan Rakyat hanya hipokrit.. Kalau tak percaya kita lihat sahajalah kalau diaorang yang kena macam kes rasuah EXCO Perak dia akan tuduh macam-macam pada orang lain...

Bila Lim guan eng kalah... dia hanya akan senyap je....

Akhir kata... bersamalah menentang kebatilan dan kepalsuan

Generasi Pejuang Bangsa berkata...

Tahniah Tan Sri

Lim ketaq terus dan memang kaki pusing ini orang bila cakap.

pengundi cina harap buka mata siapa yang bolej jd pemimpin

Kongsi Link Anda