Popular Today

Memaparkan catatan dengan label MH370. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MH370. Papar semua catatan

Rabu, April 09, 2014

#mh370 pencarian semakin hampir

0 Komen!!!
Nampaknya pencarian MH370 semakin hampir. Marilah kita berdoa agar Mh370 dapat ditemui segera.. Amin..

Check out @mykamarul's Tweet: https://twitter.com/mykamarul/status/453848478217551873

Jumaat, Mac 28, 2014

PR sahkan mampu temui MH370

1 Komen!!!

BgAda berita gembira kepada rakyat Malaysia apabila Ahli Parlimen PR berkata beliau mampu mencari Mh370.

Beberapa jam selepas mendakwa Pakatan Rakyat mampu mencari kehilangan pesawat MH370 sekiranya mempunyai sumber, MP Segambut Lim Lip Eng menarik balik kenyataan beliau itu.

"Saya mahu menarik balik kenyataan saya (iaitu): 'Ia cukup senang. Jadikan seorang pemimpin DAP sebagai komander tentera udara atau laut, kemudian kami akan mencari MH370'," kata Lim.

Namun selepas beliau menyatakan kenyataan tersebut.. tiba2 beliau buat kornar baring... tiba2 minta maaf.. pulak..

"Harap dapat menerima kekesalan saya yang mendalam kerana membuat komen tersebut."

Lim dipetik sebagai berkata demikian oleh Malaymail Online ketika sidang media pagi ini.

Ketika dihubungi, Lim berkata beliau membuat kenyataan itu atas kapasiti peribadi dan ia tiada kena mengena dengan partinya.

"Saya mengulas soalan yang ditanya tetapi saya menarik balik keseluruhannya dan kesal dengan perkara itu," katanya.

Patutnya beliau tetap dengan pendirian beliau.. mudah rakyat Malaysia tak payah hentam kerajaan lagi..

Sebelum ini pembangkang banyak menghentam kepimpinan Najib kerana dikatakan gagal mengurus mh370 dengan baik.

Inilah masanya untuk PR buktikan mereka mampu cari mh370..

Tak gitu??

Sumber : Mkini

Selasa, Mac 25, 2014

YAB PM membawa usul takziah #MH370 di Parlimen

0 Komen!!!



YAB PERDANA MENTERI telah membentangkan Usul di Parlimen pada waktu ini :

"BAHAWA Dewan yang mulia ini menzahirkan perasaan yang amat sedih, dukacita dan pilu terhadap tragedi malang, yang menimpa penumpang-penumpang dan anak-anak kapal Pesawat MH370, Syarikat Penerbangan Malaysia atau MAS.

BAHAWASANYA Dewan yang mulia ini, merakamkan ucapan takziah yang amat sangat, kepada seluruh keluarga, rakan dan kenalan penumpang dan anak-anak kapal Pesawat MH370 tersebut.

BAHAWASANYA Dewan yang mulia ini juga menyatakan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam memberikan kerjasama dan bantuan dalam operasi mencari dan menyelamat atau SAR, khususnya kepada negara-negara luar yang telah banyak memberikan bantuan dalam operasi tersebut.

DAN BAHAWASANYA Dewan yang mulia ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala komitmen dan pengorbanan yang tinggi oleh semua petugas serta anggota yang terbabit dalam operasi SAR ini "




Jumaat, Mac 21, 2014

Rakan Kapt Zaharie dedah perbualan akhir mereka!!

0 Komen!!!

Perbualan email yang didedahkan

KUALA LUMPUR: Rakan juruterbang MH 370, Thanos Kontogiannis mendedahkan perbualannya dengan Kapten Zaharie Ahmad Shah bagi menjawab fitnah terhadap rakannya itu.
Kontogiannis juga tidak puas hati ada pihak yang memburukkan imej Kapten Zaharie semata-mata dia memiliki sebuah simulator penerbangan di rumahnya.

Di laman blognya, Kontogiannis yang merupakan moderator X Sim DE berkongsi mesej perbualan mereka menerusi email.

Dalam perbualan itu mereka berkongsi maklumat dan idea untuk membina simulator yang lebih baik.

Kontogiannis seorang jurutera di Qualcomm membekalkan komponen Motion Controller bagi menaik taraf simulator Kapten Zaharie dan juruterbang lain.

Dalam blog itu juga, Kontogiannis menjelaskan hampir semua juruterbang berminat memiliki simulator penerbangan.

Dalam hal ini, Kapten zaharie mempunyai minat yang mendalam sehingga membina simulator penerbangan sendiri.

Bagi Kontogiannis segala tuduhan dan fitnah terhadap Kapten Zaharie adalah tidak berasas. _ASTRO AWANI



Isnin, Mac 17, 2014

#PRKKajang : Press Statement PKR menunjukkan kebodohan politik mereka

1 Komen!!!

Semalam PKR membuat Kenyataan Akhbar mengenai pilot MH370 yang di kaitkan dengan PKR. Dalam PC tersebut, PKR menggunakan taktik biasa menyalahkan UMNO dan kerajaan yang mengaitkan pilot tersebut dengan PKR.

Sesungguhnya kenyataan dalam PC itu sebenarnya menunjukkan kebodohan PKR yang bertingkat-tingkat.

Tuduhan UMNO atau kerajaan Malaysia yang mengaitkan pilot dengan PKR adalah tidak berasas kerana tuduhan tersebut adalah bermula dari kenyataan akhbar kawan2 anwar iaitu akhbar antarabangsa The Mail dan Mirror yang berpengkalan di UK.

Sedangkan isu MH370 ini menjadi modal utama PKR salahkan UMNO dan BN semasa kempen di Kajang. Pada mula isu ini keluar ada di antara pemimpin PKR sendiri cakap isu MH370 ini adalah kerana hukuman Liwat terhadap Anwar Ibrahim. Begitu hebat Anwar Ibrahim ini sehingga menyebabkan kejadian buruk yang berlaku di dalam keadaan ini ada kaitan dengan dia.





Adakah kenyataan yang dibuat oleh akhbar tersebut salah UMNO juga..  tapi apa yang jelas, pilot tersebut adalah AHli seumur hidup PKR dan aktif mengikuti program PKR.


Teringat dahulu bila kes liwat antara Saiful Bukhari.. bila terdapat gambar Saiful Bukhari dengan Ds Najib. Bagaimana puak-puak PR spin cerita kes liwat adalah perancangan Najib dan UMNO. Sedangkan kes tersebut antara Anwar dengan Saiful Bukhari.


Lihatlah betapa akrabnya pilot tersebut dengan Ahli Parlimen PKR.



Perkara mengejutkan juga ialah.. PKR ialah parti yang suka saman Akhbar jika sesuatu dianggap tidak betul.. tapi dalam kes tuduhan akhbar asing ini, PKR ambil keputusan tidak akan menyaman akhbar tersebut.. ini juga perkara misteri.. kenapakah PKR tidak mahu menyaman akhbar ini yang secara terang-terang mengaitkan pilot tersebut dengan isu Anwar..


Tapi apabila gambar pilot tersebut dengan pemimpin PKR terkeluar.. PKR jadi lintang pukang pula. Kenapa?? sebab mereka dahulu yang jahat sangat suka kaitkan sesuatu isu dengan orang lain dan kali ini mereka terasa kaitan itu?


Apa yang hendak ditonjolkan bukan hendak mengaitkan pilot tersebut dengan perampasan Mh370. Tapi hanya nak sebut betapa akrabnya hubungan pilot tersebut dengan PKR ini.

Jumaat, Mac 14, 2014

#prkKajang : Siapa Raja Bomoh di KLIA?

0 Komen!!!

Banyak persoalan yang mengundang tentang raja Bomoh ini.. Pakatan sewenang-wenangnya menuduh BN yang membawa raja bomoh.. tapi ada bukti kukuh menunjukkan hubungan Pakatan dan Raja Bomoh ini.

 Satu lagi persoalan ialah bagaimana Wartawan Antarabanga boleh dipanggil sekali sebagaimana didakwa oleh Malaysiakini. Sebab biasanya yang rapat dengan wartawan antarabangsa ini ialah Anwar Ibrahim kerana beliau suka.


Cubaan mangaitkan Menteri di jabatan Perdana Menteri, Dato' Jamil Khir Baharom yang benarkan membawa bomoh adalah satu dakwaan jahat dan tidak berdasarkan maksud yang dicakap oleh Menteri Berkenaan, kerana beliau hanya cakap kita perlu berusaha dan berikhtiar tetapi dia tidak sebutkan secara spesifik bomoh.

Jika dilihat dari kebodohan bomoh-bomoh ini sebenarnya dengan jelas kita boleh lihat ianya adalah satu manipulasi terancang yang sengaja yang mahu memalukan negara dan BN. Dan diikuti program solat hajat yang dilakukan oleh PAS.. kita lihat bagaimana skrip ini dibuat.. Siapakah mastermind di belakang ini semua!!

Rabu, Mac 12, 2014

#MasihMisteri : terkini dari KLIA

2 Komen!!!



 Ps : tak tau nak cakap macam ne.. macam2 cara orang nak popular ni.. 

apapun #PRAYFORMH370

#MasihMisteri : orang ramai boleh teliti imej satelit untuk mencari #MH370

1 Komen!!!

Nampaknya  kini semua orang boleh membantu untuk mencari imej kapal terbang MH307 melalui imej satelite.

 Menuurut DigitalGlobe Inc, kira-kira 600,000 orang memeriksa dan meneliti imej-imej satelit yang dikeluarkan oleh syarikat DigitalGlobe Inc.


Dalam usaha membantu mencari petunjuk kehilangan pesawat Malaysia Airlines. DigitalGlobe Inc. berkata, pengguna laman web syarikat itu boleh menanda imej-imej tersebut jika mereka dapat melihat bangkai, bot penyelamat, tompokan minyak atau petunjuk lain.


Syarikat itu merancang membuat kemas kini harian ke atas imej-imej tersebut dalam laman web carian http://splashurl.com/qfcl765

Kepada rakyat Malaysia yang hendak membantu itu memang dialu-alukan, namun diingatkan jika hendak sebarkan sesuatu berita pastikan berita itu sahih dari sumber yang sahih dan bukan dari tok bomoh. 


Isnin, Mac 10, 2014

Masih misteri.. KENAPA CAPTAIN ZAHARIE BINA SIMULASI DI RUMAH? #PrayForMh370

2 Komen!!!

Masih misteri...

Aku agak pelik dengan apa yang disiarkan tentang Zaharie yang menjadi pilot MH370 yang hilang hingga kini. Apa kata korang baca dulu petikan ini:

Gambar (diatas) dari akaun Facebook Zaharie Shah menunjukkan set simulasi Boeing 777 yang dibina sendiri di kediamannya:-

SHAH ALAM – Juruterbang pesawat Boeing 777 MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah merupakan seorang juruterbang berpengalaman yang bukan sahaja mampu menerbangkan Boeing 777 di udara, malah pesawat itu turut ‘diterbangkan’ di rumahnya.

Minatnya terhadap penerbangan amat mendalam, hinggakan ketika masa lapang Zaharie sering menghabiskan masa menerbangkan koleksi pesawat kawalan jauh beliau.

Beliau juga membina sendiri set simulasi penerbangan Boeing 777 untuk terus mempertajamkan kemahiran menerbangkan pesawat Boeing 777 yang sebenar.

Dalam sebuah bilik khas, beliau menempatkan tiga skrin LCD 32 inci dan tiga skrin sesentuh 21 inci yang mewakili alat navigasi dan fungsi yang berbeza seperti di dalam pesawat Boeing 777 yang sebenar.

Memetik catatan blog Sharelor.net, Zaharie juga gemar memasak dan sering memuat naik gambar hidangan yang dimasaknya.

Beliau juga sering berkongsi pengetahuan mengenai cara-cara melakukan sendiri penjimatan elektrik di laman YouTube.

Berdasarkan rekod MAS, bekas penuntut di Penang Free School ini telah mencatatkan 18, 365 jam penerbangan sejak menyertai Malaysia Airlines pada 1981.

Namun kita pasti dengan adanya program simulasi di rumah, beliau telah menerbangkan Boeing 777 melebihi rekod rasmi yang dicatatkan.

Dalam pada itu, tinjauan Sinar Harian Online mendapati satu akaun Facebook atas nama “Kapten Zaharie Ahmad Shah” telah diwujudkan hari ini dan telah meraih perhatian 1,772 pengguna internet sehingga jam 11 malam tadi.

Sumber: Klik Sini

Semoga Allah selamatkan kesemua mereka didalam MH370 dan apa pandangan korang tentang pendedahan ini?

catatan : HousePK

Kongsi Link Anda