Popular Today

Khamis, Mei 22, 2008

Ezam to rejoin Umno

0 Komen!!!
Exclusive: By JOCELINE TAN
newsdesk@thestar.com.my

PETALING JAYA: Former PKR Youth leader Ezam Mohd Nor will be rejoining Umno after receiving the green light from the top Umno leadership.

He will also cease to head the anti-corruption NGO, Gerak, from June 1 in preparation for his return to Umno. Mohd Nazree Yunus has been named to take over as chairman of Gerak.

Ezam: Speculation on future role
Sources said he has met both the Umno president as well as deputy president for discussions in connection with his move.

His return to Umno is expected to be announced soon and will be seen as a blow to PKR.

Ezam, 40, was a rising star in Umno when he chose to follow Datuk Seri Anwar Irahim out of Umno after the latter’s sacking in 1998.

He was then Anwar’s political secretary and had also gone to jail under the ISA and OSA.

He resigned from PKR last year after an internal power struggle with PKR vice-president Azmin Ali. At the time of his resignation, he criticised Anwar for his “dictatorial politics” and accused Azmin of being “a schemer who dominates Anwar.”

Ezam has since concentrated on Gerak which is aimed at promoting a corruption-free culture, free media and independent judiciary.

There is some speculation about his future role in Umno including the possibility of appointing him a Senator. But the source said that he was content to be an ordinary member for a start.

Sources said the timing for his rejoining Umno could not be better given the Government’s initiative to strengthen judicial independence and the anti-corruption legislation.

Harga lepasi AS$130 setong

0 Komen!!!
LONDON 21 Mei - Harga minyak dunia melonjak melepasi paras AS$130 (RM418.79) setong buat kali pertama berikutan terdapat kebimbangan terhadap bekalan yang berkurang dan kelemahan mata wang dolar Amerika Syarikat (AS), kata para penganalisis.

Harga minyak mentah berkualiti tinggi, Light Sweet bagi kontrak hantaran hadapan bulan Julai mencapai paras rekod apabila diniagakan pada AS$130.47 (420.26) setong di pasaran New York. Harganya kemudiannya jatuh sedikit kepada AS$138.98 (RM415.52) setong, meningkat sebanyak AS$1.40 berbanding penutup pada hari Selasa.

Para penganalisis berkata, pasaran sedang menunggu laporan mingguan simpanan bahan api AS yang merupakan pengguna minyak terbesar dunia, dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

Penganalisis minyak dengan syarikat antarabangsa Mitsubishi Corp., Tony Nunan berkata, kebimbangan terhadap bekalan minyak tidak selari dengan keperluan telah mengakibatkan harga bahan bakar itu terus meningkat.

Beliau berkata, pelabur bertindak melabur dalam pasaran hadapan minyak mentah untuk meraih pulangan yang tinggi.

Pakar strategi komoditi dengan Commonwealth Bank of Australia , David Moore pula berkata, kelemahan mata wang AS dan aliran terbaru penganalisis membuat semakan menaik terhadap ramalan harga minyak mereka juga membantu meningkatkan harga minyak.

''Harga minyak diesel menjadi pemancu harga bahanapi,'' kata seorang penganalisis dengan MF Global Ed Mier ketika terdapat laporan China memerlukan penjana kuasa menggunakan diesel untuk kegunaan di kawasan yang terjejas akibat gempa bumi di China.

Sementara itu, Menteri Minyak Venezuala menyalahkan spekulator pasaran terhadap kenaikan mendadak harga minyak mentah dan menolak untuk menaikkan pengeluaran sebagai cara menstabilkan pasaran.

''Harga meningkat tinggi disebabkan oleh spekulasi kerana kejatuhan dolar AS dan inflasi dunia,'' kata Menterinya Rafeal Ramirez semalam selepas mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), Abdullah el-Badri.

Ramirez berkata, peningkatan pengeluaran akan memberikan kesan buruk kepada harga komoditi itu kerana masalah bukan berkait dengan permintaan dan penawaran. ''Terdapat cukup bekalan minyak di pasaran,'' tambah beliau.

Kebanyakan para penganalisis berkata, keputusan Arab Saudi meningkatkan pengeluaran minyak tidak membantu mengurangkan harga minyak.

Menurut penganalisis dengan Wachovia Securities, Eric Wittenauer berkata, pasaran bimbang terhadap laporan menyatakan Presiden AS George W. Bush merancang untuk menyerang Iran sebelum penggal pemerintahannya berakhir.

Di Washingston, Dewan Perwakilan AS juga telah meluluskan rang undang-undang untuk membenarkan Kerajaan Persekutuan menyaman OPEC atas dakwaan mengatur harga minyak yang melonjak tinggi.

Kebanyakan pegawai OPEC, sebelum ini menyifatkan harga minyak mencapai paras rekod kerana kegiatan spekulator ekoran krisis di Nigeria dan Afrika, pengeksport terbesar minyak mentah di rantau Afrika.

- AFP

Rabu, Mei 21, 2008

Pakatan Rakyat semakin hampir kuasai Persekutuan � Nik Aziz

1 Komen!!!
Salmah Mat Husain
Wed | May 21, 08 | 6:28:25 pm MYT
KOTA BHARU, 21 Mei (Hrkh) � Sudah menjadi cita-cita setiap parti politik di dunia ini mahu mentadbir kerajaan di peringkat persekutuan seperti yang berlaku di Amerika Syarikat atau negara lain.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tidak ada sebuah parti politik pun yang hanya ingin memerintah atau mentadbir di peringkat kampung saja.

�Mana ada macam itu.. begitu juga dengan hasrat Pakatan Rakyat untuk mentadbir peringkat pusat,� katanya kepada pemberita menerima kunjung hormat Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Mohammad Fairus Khairuddin di pejabatnya hari ini.

Hadir sama Bendahari Angkatan Muda KeADILan Pusat, Zamakhsari Ibrahim, ketua-ketua bahagian KeADIlan di Kelantan.

Ahad lepas rombongan kerajaan negeri Perak yang diketuai Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin turut mengunjungi Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Kota Darulnaim.

Sebelum ini Ketua Umum KeADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan perubahan kepemimpin kerajaan Persekutuan berlaku selewat-lewatnya 16 September depan.

Pakatan Rakyat memerlukan 30 lagi anggota parlimen bagi membolehkan kerajaan baru dibentuk. Sekarang Barisan Nasional (BN) menguasai 140 kerusi dan Pakatan Rakyat - 82 kerusi.

Sekiranya 30 anggota parlimen menyertai Pakatan Rakyat bermakna jumlah kerusi di parlimen meningkat kepada 112, sebaliknya BN akan susut menjadi 110.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkeyakinan dalam situasi sekarang Pakatan Rakyat semakin hampir dapat mengambil alih pentadbiran negara.

�Hal ini berlaku memandangkan Umno telah hilang halatuju perjuangan sebenar. Tindakan itu menyebabkan masyarakat semakin sedar Umno gagal kerana mengasingkan agama dan politik dalam pentadbirannya.

�Kerana itu kita nak ambil alih pucuk pimpinan negara mengikut ajaran Islam sebenar dan insya-Allah Pakatan Rakyat akan mengambil alih kuasa apabila tiba waktunya nanti,� ujarnya lagi.

Menurutnya bayangan ke arah itu semakin jelas apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed meninggalkan Umno yang pernah diketuainya.

Beliau juga turut melahirkan rasa kesal di atas tindakan pihak tertentu yang menghantar peluru hidup kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh.

�Perkara itu tidak seharusnya berlaku memandangkan negara ini mengamalkan sistem demokrasi, sedangkan menggunakan peluru hidup itu hanyalah ajaran Amerika,� katanya.

Beliau juga berkata, kerajaan Pakatan Rakyat di lima negeri sekarang semakin utuh kerana persefahaman di antara tiga parti utama bertambah jitu.

�Walaupun pertemuan di antara kami di sini tidak lama, namun demi untuk permuafakatan yang lebih kuat dalam Pakatan Rakyat ia akan diperkemaskan lagi dalam pertemuan selepas saya pulang dari Makkah nanti.

�Insya-Allah, sama-samalah kita berdoa semoga usaha ini akan berhasil kerana apa yang kita ingin laksanakan ini adalah untuk rakyat di seluruh negara,� tambahnya.

Sementara itu, Fairus berkata, kunjungannya ke Kelantan untuk menziarah mutiara ilmu yang terdapat di negeri ini, hasil usaha yang dilakukan kerajaan PAS Kelantan sejak lebih 18 tahun lalu.

Katanya, Kelantan telah membuktikan kejayaannya dalam pentadbiran terutama dalam aspek kebajikan dan kesederhanaan kehidupan pemimpinnya.

�Konsep kesederhanaan dan pembangunan insan yang dilaksanakan kerajaan PAS telah diterima masyarakat umum. Tiada ertinya pembangunan pencakar langit sekiranya jiwa manusia itu gersang,� katanya.

Pada akhir April lalu Fairus telah mengadakan lawatan tidak rasmi ke Pejabat Tabung Amanah Tok Kenali dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan. - mj

P.s: Pemimpin Pakatan Rakyat semakin yakin menerajui negara, Pemimpin BN khasnya UMNO pulak macam mana? Rasa-rasanya rakyat pun semakin yakin juga..

UMNO dahulu pernah diharamkan, adakah sejarah akan berulang.?

0 Komen!!!
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pengumuman Tun Dr mahathir serta isterinya keluar dari UMNO. Banyak sebab yang disebutkan khasnya berkaitan dengan pentadbiran kerajaan Abdullah Badawi.

Nampaknya isu ini tidak selesai-selesai antara TDM dan Pak Lah. Agaknya inilah nasib menjadi bekas perdana menteri, nasihat dan pandangan tidak didengar lagi maklumlah tidak ada kuasa lagi. Tidak tahulah Pak Lah selepas ini macam mana?. Sebab orang kata kita hidup ini umpama roda, apa yang berlaku pada orang mungkin berlaku pada kita langsung atau tidak langsung.

Pesanan kepada pemimpin-pemimpin kita, bawa-bawalah berbincang. Seronok tengok Lee Kuan Yew walaupun telah lama meninggalkan pemerintahan singapura tetapi masih dihargai dinegara sendiri.

Agaknya Pak Lah akan jumpa TDM ke untuk berbincang dari hati ke hati?. Kalau adakan pertemuan.. baguslah. Kalau tidak semakin parah agaknya negara kita akan datang.

UMNO dahulu pernah diharamkan, adakah sejarah akan berulang.?

Pengiktirafan buat mufti

0 Komen!!!
Satu pengiktirafan buat mufti-mufti di negara ini apabila Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin memperkenankan agar mufti dan timbalan mufti menyertai setiap persidangan Majlis Raja-raja serta semua mesyuarat kerajaan negeri dan pusat.

Inilah bukti sebenarnya Raja sebagai lambang kepada Ketua Agama dan Mufti sebagai penasihat. Selepas ini jangan ada pihak pula yang mempertikaikan kuasa Raja-raja lagi khasnya yang berkaitan tentang istitusi agama, ketuanan Melayu dan lain-lain lagi.

Jumaat, Mei 16, 2008

boikot utusan usaha terdesak Pakatan Pembangkang

0 Komen!!!
Salah seorang ahli majlis, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berpendapat akhbar itu bersikap keterlaluan dan tidak profesional serta tidak adil, kerana terus memburuk-burukkan serta memutar-belit berita tentang pentadbiran negeri dan juga gabungan Pakatan Rakyat.

Nampaknya apa yang Utusan laporkan menggugat MB terbabit. Walaupun pakatan pembangkang terlalu berbangga dengan media alternatif seperti Internet dan Blog. Nampaknya kali ini sudah semakin serius, sehingga terpaksa memboikot utusan. Kalau ikut logik mereka sebenarnya tidak perlu takut pada utusan jika laporan Utusan tidak benar.

Syabas Utusan kerana berani bersuara demi bangsa Melayu..

Isu lompat parti - macam mana kalau...?

0 Komen!!!
Kebelakangan ini isu lompat parti hangat diperkatakan. ada yang bersetuju sebagi hak kebebasan individu, negara ini negara demokrasi dan ada juga yang tidak bersetuju sehingga ada yang mengumpamakan sebagai pelacur, tiada moral dan prinsip.

Tetapi rakyat secara umunya tahu dan sebagaimana orang politik biasa berkata 'dalam politik hari ini kawan, esok musuh, tulat kawan semula dan begitu sebaliknya'jadi jangan la percaya sangat dengan orang politik ni. Jadi hanya mebuang masa memperbincangkan soal prinsip dan kuasa ataupun kononnya demi kepentingan rakyat.

Banyak contoh yang kita lihat umpamanya Tengku Razaliegh Hamzah dari UMNO, tubuh S46 lepas tu masuk UMNO semula. Anwar Ibrahim, sebelumnya menentang kerajaan dan UMNO sebagai pemimpin pelajar kemudian dapat tawaran baik dari kerajaan maka masuk kerajaan. Dan ramai lagi pemimpin-pemimpin yang lain.

Secara peribadinya, saya tidak setuju melarang untuk YB hendak lompat parti secara mutlak memang ikut sejarah banyak kes lompat parti berlaku. Kalau boleh sekalipun dengan undang-undang yang ketat demi keadilan kepada rakyat yang memilih calon dan simbol.

Pertama: Jika seseorang YB itu melompat parti, saya mencadangkan agar pilihanraya kecil diadakan. Barulah adil kepada rakyat sejauh mana rakyat menerima dan bersetuju di atas tindakan pemimpin tersebut.

Kedua: YB yang melompat juga perlu dikenakan bayaran ganti rugi kepada SPR kerana terpaksa mengadakan pilihanraya kecil.

Jadi pemimpin ini boleh lompat tetapi dengan tanggungjawab ke atas rakyat yang memilihnya.

Khamis, Mei 15, 2008

ANWAR YANG LULUSKAN

0 Komen!!!
Oleh Agenda Daily

Tuduhan wujudnya unsur rasuah dalam pemberian kontrak kapal peronda Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kepada PSC Naval Dockyard oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datin Seri Dr, Wan Azizah Wan Ismail mengundang padah apabila Dewan Rakyat diberitahu Menteri Kewangan yang meluluskan penswastaan projek berkenaan kepada syarikat itu ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Setahu saya Menteri Kewangan pada masa itu ialah penasihat Parti Keadilan Rakyat. Saya tidak mahu menyalahkannya, tetapi mungkin ada sesuatu yang luar dari jangkaannya. Maknanya janganlah salah semua orang. Kita juga sedikit sebanyak ada kelemahan juga,” kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong hari Rabu bagi pihak Kementerian Pertahanan berhubung dengan dakwaan wujudnya amalan rasuah dalam kontrak perolehan 27 buah kapal peronda TLDM oleh Dr. Wan Azizah.

Berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh Najib, kontrak perolehan 27 buah kapal itu diberikan kepada PSC Naval Dockyard pada 11 Disember 1995 untuk tempoh 15 tahun.

Menurut perjanjian, syarikat berkenaan diberi kontrak penyelenggaraan kapal dan perkakasan TLDM di samping mereka bentuk dan membina 27 buah kapal ronda generasi baru.

Di bawah kontrak awal, kerajaan membuat tempahan enam buah kapal pronda dengan nilai kontrak sebanyak RM5.35 bilion tetapi kontrak dengan PSC dibatalkan pada tahun 2006 apabila gagal memenuhi syarat kontrak dan hanya dua buah kapal sahaja yang hampir disiapkan pada tahun 2006.

Kesannya bagi memastikan enam buah kapal tersebut dapat diteruskan pembinaannya, kerajaan telah melantik Lembaga tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengambil alih syarikat PSC dan nilai kontrak terpaksa dinaikkan kepada RM6.75 bilion ekoran peningkatan kos.

Pada tahap ini, Dr. Wan Azizah bangun bertanya apakah kriteria untuk memilih syarikat yang hendak diberikan kontrak itu pada awalnya.

Bingkas bangun sebelum Najib menjawab Ahli Palrimen Pontian, Ahmad Maslan yang menyatakan soalan Dr. Wan Azizah tidak ada kaitan.

“Tadi yang Amat Berhormat menyatakan bahawa penswastaan PSC Naval Dockyard diluluskan pada 11 Disember 1995. Kita tahu bahawa tidak ada satu penswastaan pun di Malaysia ini tanpa kelulusan daripada Perbendaharaan dan Kementerian Kewangan, Saya ingin tanya soalan pendek sahaja, siapakah Menteri Kewangan pada ketika itu,” tanyanya.

Ekoran soalan itu beberapa Ahli Parlimen BN kedengaran berkata “jawab…jawab”.

Maka, Najib menjawab “Setahu saya Menteri Kewangan pada ketika itu ialah penasihat Parti Keadilan Rakyat”.

Dalam penggulunggannya juga Najib menjelaskan semua tuduhan yang dikaitkan dengan amalam rasuah dalam pembelian kapal selam oleh TLDM dan jet pejuang Sukhoi oleh TUDM.

Najib juga pada kesempatan itu turut menyentuh mengenai cubaan mengaitkan dirinya dengan kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shariibu.

“Alhamdulillah saya masih dapat bertahan dengan segala tohmahan dan fitnah yang cuba dilemparkan, dengan niat untuk mencemarkan nama saya.

“Sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab dan demi menegakkan keadilan dan kebenaran, maka saya ingin sekali lagi menegaskan bahawa saya tidak pernah mengenali apatah lagi berjumpa dengan wanita yang dimaksudkan dalam kes ini,” tegasnya. – AGENDA DAILY/ 14/5/2008

Kongsi Link Anda