Popular Today

Selasa, Jun 16, 2009

Terima Kasih Us Nasharudin

0 Komen!!!


Dalam menjawab respon Najib mengenai PAS ikhlas mengenai kerajaan perpaduan, us Nasha menerima baik respon Najib mengenai kerajaan perpaduan.

Inilah sepatutnya pemimpin Islam bertindak dari dahulu lagi sentiasa berjiwa besar dan bukan berfikiran sempit. Inilah pemimpin yang melihat agama Islam di hadapan dan parti politik di belakang. Beliau berkata respon ini saya terima dengan hati terbuka dan akan memberitahu presiden pas. Beliau berkata PAS menyambut baik kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga presiden BN, begitu terbuka untuk menerima perbincangan kerajaan perpaduan.

“Respon (kali ini) yang saya rasa pertama kali agak serius daripada Perdana Menteri, dan saya sendiri bawa balik ke Presiden parti sendiri. Saya tidak boleh cakap bagi konteks parti.

“Kita tidak boleh buat keputusan secara individu. Muktamar merupakan pihak berkuasa tertinggi,” katanya.

Sebelum itu Najib mengulas hasrat PAS, beliau melihat PAS ikhlas dalam cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang disuarakan oleh presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Perdana menteri berkata beliau tidak menolak sebarang kerjasama yang boleh memberi kebaikan untuk negara.

Namun berita sambut baik dari Najib dan Nasharudin ini menggelikan telinga ramai penyokong Erdogan yang berasa tidak senang dengan respon ini. Antaranya sebagaimana respon dari blog Pinktutle menulis

Adakah bermoral dan tidak berdosa kalau ada pemimpin tertinggi PAS yang mengkhianatinya?

Saya tidak tarik balik maki hamun saya kepada pengkhianat kepercayaan rakyat. Apabila orang Cina atau Hindu mempercayakan wang ringgit mereka kepada kita misalnya, kita wajib menjaganya dengan amanah. Jika kita pecah amanah, tok-tok guru yang saya tumpang mendengar orang belajar dari mereka menegaskan, kita berdosa. Tidur malam payah nak lena. Memohon maaf berkali-kali pun tidak meredakan rasa berdosa.

Begitulah panas punggung setan-setan anti perpaduan Islam ini. Tahniah dan terima kasih Us. Nasha..


Najib sambut kerajaan Perpaduan

0 Komen!!!
Istilah popular dalam politik, tak de kawan selamanya dan tak de musuh untuk selamanya.. apakah ini akan benar-benar berlaku antara PAS dan UMNO. Menurut Datuk Seri Najib Razak berkata beliau melihat PAS ikhlas dalam cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang disuarakan oleh presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata "Umno sentiasa bersikap terbuka dan bersedia untuk mendengar dan menimbang apa-apa cadangan yang dikemukakan oleh PAS," Ditanya sama ada beliau yakin dengan cadangan itu, Najib berkata ini adalah satu titik permulaan tetapi beliau perlu juga melihat terlebih dahulu bentuk kerjasama yang sesuai antara kedua-dua parti itu.

"Kita kena risik-risik dulu. Macam kita nak kahwinlah, kena risik-risik dulu. Jadi tak jadi, kita tengoklah. Takdir menentukan, apa bentuk kita tak tahu lagilah. "Kita tengok pada bentuk kerjasama yang sesuai. Selepas itu, kita boleh bincang. Tak ada masalah," katanya. Cadangan Abdul Hadi untuk mewujudkan kerajaan perpaduan itu disifatkan mampu untuk menyelesaikan pelbagai isu termasuk masalah politik negara secara menyeluruh.

Kalau dah ikhlas apalagi... segeralah buat... benda yang baik tak patut ditangguh-tangguh..

Debat hala tuju PAS - perangkap DAP dan PKR

1 Komen!!!
Program Sembang Kopitiam anjuran Angkatan Muda PKR (AMK) Selangor dan Shah Alam - yang dijadualkan berlangusng di Dewan MBSA, Seksyen 11, Shah Alam malam ini, telah ditangguhkan.

Alasannya program ditangguhkan atas beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan pada saat-saat akhir. Tapi aku sangsi dengan alasan ni, dengan kecanggihan unit IT Pas dan Pkr mana mungkin ada msalah teknikal. Ataupun ada pihak yang tidak bersetuju program debat tersebut ibarat membuka seluar dikhalayak ramai.

Mananya tak buka seluar sendiri... hanya hala tuju PAS yang dipersoalkan, banyak tu yang hendak dipersoalkan, isu hudud, negara Islam, kerajaan perpaduan, kemenangan ulama, kekalahan erdogan dan banyak lagi..

Antara panel debat ialah Ketua Pemuda Sosialis DAP yang juga ahli parlimen Rasah, Anthony Loke dan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin. Manakala Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan Tantawi menolak jemputan tersebut.

Mungkin PAS sedar ini sebenarnya usaha untuk perangkap PAS oleh DAP dan PKR.... sebab itu PAS menolak perlawaan tersebut.

Monyet DAP

3 Komen!!!

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

AMAT memalukan! Itulah kesimpulan Awang terhadap apa yang berlaku di Dewan Rakyat semalam, sejurus anggota Parlimen Bukit Gantang yang baru, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengangkat sumpah.

Biasanya Speaker Dewan akan mengalu-alukan kehadiran anggota Dewan yang baru sebaik sahaja selesai upacara angkat sumpah. Namun, lain jadinya semalam apabila Nizar diarah keluar Dewan kerana memakai lilitan pada songkoknya yang melanggar etika berpakaian.

Bagi Awang, beliau gagal membezakan dirinya sebagai ADUN dan anggota Dewan Rakyat apabila mengenakan lilitan kepala terbabit dan melaungkan ‘Hidup Rakyat, Bubar DUN’.

Kalaupun benar Nizar berbuat demikian untuk menarik perhatian terhadap tuntutan pembangkang supaya DUN Perak dibubarkan bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri itu, ternyata platform yang digunakannya tidak sesuai langsung.

Beliau sepatutnya berfungsi sebagai ahli Parlimen semasa di Dewan Rakyat, bukan sebagai ADUN dan bekas Menteri Besar Perak.

Setidak-tidaknya perjalanan sidang Dewan Rakyat semalam terganggu ekoran gelagat Nizar itu yang turut disambut oleh sebilangan lagi anggota Parlimen daripada pakatan pembangkang.

Awang – Perhati gelagat orang.

Isnin, Jun 15, 2009

Sivakumar.. memang gila kuasa

3 Komen!!!
Memang patutpun Sivakumar disingkir sebagai Speaker Perak, mangkuk ayun, buta tentang perlembagaan dan undang-undang, Gila kuasa dan berlagak pandai... umpama tin kosong, isi tak de bising sahaja.

Akhirnya kebenaran teserlah, Mahkamah Persekutuan memutuskan bidang tugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan bukannya speaker Dewan Undangan Negeri Perak, untuk mengisytiharkan sama ada berlaku kekosongan kerusi atau pun tidak, demikian diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan. Seksyen 12(3) Akta Pilihan Raya 1958, SPR akan memastikan wujud kekosongan kerusi sebelum mengeluarkan writ pilihan raya kecil. Oleh itu, speaker tidak boleh campur tangan dengan tugas perlembagaan SPR untuk memastikan sama ada berlaku kekosongan biasa.

“Mengikut Perkara 36(5) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, dibaca bersama dengan Seksyen 12(3) Akta Pilihan Raya, SPR yang mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan berlaku kekosongan biasa, kata Hakim Nik Hashim dalam penghakiman bertarikh 8 Jun, penghakiman terakhirnya sebelum beliau bersara pada 1 Julai.

“Oleh yang demikian, kami sebulat suara memutuskan bahawa keputusan speaker yang mengisytiharkan kekosongan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah tidak mengikut undang-undang dan dengan itu tidak sah dan batal kerana keputusan itu bercanggah dengan Perkara 36(5) Undang-undang Tubuh Negeri Perak,” katanya.

Allah sentiasa bersama orang benar dan ikhlas berjuang di jalan Allah. Kalau mereka ni dibenarkan memerintah Malaysia hancur negara jadinya... Alhamdulillah Allah masih memelihara keamanan negara ini.

Lakonan murahan Nizar... bertaraf sampah!

10 Komen!!!
Nizar Jamaluddin mencetuskan lakonan murahan bertaraf sampah jalanan lagi sejurus selepas mengangkat sumpah sebagai anggota baru parlimen bagi Bukit Gantang pagi ini - melaungkan "hidup rakyat, bubar DUN". Akibatnya, menteri besar Pakatan Rakyat itu diperintah meninggalkan Dewan Rakyat bersama enam lagi ahli parlimen pembangkang.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan berbuat demikian atas dakwaan :

1. Berkelakuan kasar

2. Melanggar etika berpakaian" apabila mengenakan kain lilitan kepala berwarna hitam dengan tulisan putih "Bubar DUN" di ruang persidangan.

selain Mohammad Nizar, mereka yang mengalami nasib yang sama: Datuk Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Dr Hatta Ramali (PAS-Kuala Krai), Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai).

Inilah semua MP mangkuk ayun lakonan murah bertaraf sampah... dey orang sibuk nak perbaiki ekonomi rakyat dan membantu rakyat miskin... muka pun dah macam komunis!

'Demand' pertama Kelab Penyokong PAS Kelantan : Adakah alat Husam larang golongan ulama berkempen PRK Manek Urai?

0 Komen!!!
Aku teringat bila KJ menang dalam pemilihan ketua pemuda dulu ada yang desak beliau jangan datang Bukit Gantang. Kali ini pulak, Kelab Penyokong PAS (KPP) Kelantan meminta pemimpin PAS yang menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan, supaya tidak menyertai kempen parti itu dalam pilihanraya kecil DUN Manik Urai pada 14 Julai ini.

Tapi kita dah nampak peranan KPP ni dalam PAS.. mereka ni alat orang PAS Kelantan... Husam mungkin yang tidak mahu golongan ulama' yang dah menang dalam pemilihan PAS yang lalu datang. Istilah Kerajaan Perpaduan hanyalah helah sahaja sebenarnya ianya ialah pertentangan yang berterusan antara golongan Erdogan dan Ulama di dalam PAS! Inilah sebenarnya dendam Husam terhadap Ulama'.

Timbalan Presidennya, Yap Kok Seng berkata ini kerana penglibatan sesetengah pemimpin itu hanya akan mengelirukan pengundi dan penyokong PAS di kawasan itu berhubung isu berkenaan, lapor Bernama.

"Kami Kelab Penyokong PAS tidak mahu pemimpin yang bersetuju dengan pembentukan kerajaan perpaduan itu turut berkempen dalam pilihanraya DUN Manik Urai kerana ia boleh mengelirukan rakyat, khasnya pengundi PAS kawasan itu jika mereka memperkatakan isu itu.

"Jadi, lebih baik mereka jangan datang berkempen dalam masa kempen pilihanraya DUN Manik Urai kali ini," katanya.

Sepatutnya cadangan ni bukan setakat nak larang penyokong kerajaan perpaduan tetapi cadang juga kenalah larang Presiden PAS, Timbalan Presiden, S/U Agung PAS tak payahlah datang. Kalau kira susah sangat PAS tak payahlah bertanding jadi mereka ni tak perlu datang ke Manik Urai.. ataupun penyokong ulama ni tak payahlah keluar mengundi...

Ahad, Jun 14, 2009

Siapa Sebenar Rosmanuddin Mansor

11 Komen!!!
Siapa Sebenar Rosmanuddin Mansor Yang Membuat Pendedahan Palsu Dan Mengaku Adik Kepada Isteri Perdana Menteri.. Pendedahan yang berkepentingan???

(Betul ke anda adalah adik sebenar Datin Rosmah???)

Satu Klip Video telah dipaparkan di Youtube yang melibatkan pendedahan yang kononnya mengemparkan seluruh negara yang dilakukan oleh seorang lelaki yang mengaku dirinya adalah adik dan keturunan kepada Isteri Perdana Menteri kini iaitu Datin Seri Rosmah Mansor. Betul ke???

Betul ke adik sebenar atau adik angkat?? Nama bapak sama bukan bermakna dia ni adik kandung rosmah??? Shahboy terdetik untuk membongkar rahsia ini kerana sebenarnya pasti ada sesuatu yang tidak dinyatakan oleh lelaki yang bernama Rosmanuddin ini.Apa sebenarnya tujuan dia mendedahkan perkara yang sememangnya tidak ada bukti!!! Pasti ada udang di sebalik batu ni???

Ada satu petikan dalam video ini menyatakan yang Datin Rosmah tidak membantu langsung adik angkatnya ini. Datin Rosmah dikatakan tidak mahu membantu adik beradiknya itu. Betul ker??

Shahboy terdengar dari rakan-rakan dan kini inginkan kepastian!!! Shahboy nak tanye rumah yang dia duduk tu hadiah dari siapa???? Masa dia belajar dulu di universiti siapa yang tanggung??? Kerja yang dia dapat skarang ni siapa yang bagi??? Siapa yang sara anak beranak dia masa belum dapat kerja..???

Jawab lah semua tu dan beritahu rakyat yang semua itu bukan pemberian kakak angkatnya. Betul atau Tidak???.. Shahboy juga terdengar dari rakan-rakan seperjuangan yang menyatakan semasa ibu dan ayah Datin Rosmah masih ada dia tidak pernah mengambil tahu akan makan dan pakaian. Semuanya telah diberikan oleh Datin Rosmah.


(Kenapa akan Che Mah ni duk sebok-sebok buat kononnya ada pendedahan ni.. Ke masih ade hajat yang tak sampai.. Kisah percintaan ker???)

Kenapa video ini sekarang baru hendak terbitkan??? Kenapa tidak dikeluarkan semasa arwah Ayah dan Bonda masih ada?? Masihkah anda ingat lagi sebelum anda di bin nama Mansor????

Jangan hanya pandai meminta tetapi tidak pandai berterima kasih!!!!!

dipetik dari:

Shahboy
Naib Presiden 1 Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Kongsi Link Anda