Popular Today

Rabu, Jun 24, 2009

Pembelit Rakyat (PR) putar belit fakta

2 Komen!!!
Oleh ZULKIFLEE BAKAR


Barisan Nasional perlu memberi tumpuan untuk membangunkan negara dan membantu rakyat termasuk mendirikan lebih banyak projek perumahan rakyat (PPR) untuk golongan miskin daripada membuang masa melayan kerenah pembangkang yang suka memutarbelitkan fakta.

BEBERAPA bulan lalu, berikutan kemelut politik yang berpanjangan biarpun pilihan raya umum sudah berakhir, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tampil mengemukakan idea kerajaan perpaduan.

Melalui idea berkenaan, beliau mahu semua parti politik tanpa mengira ideologi, berada dalam satu pasukan bagi menangani segala krisis - politik mahupun ekonomi.

Bagaimanapun cadangan itu mendapat tentangan termasuk di kalangan sesetengah pemimpin dan ahli Pas sendiri. Namun Abdul Hadi tetap mempertahankan idea tersebut termasuklah ketika di Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-55 di Shah Alam baru-baru ini.

Malah idea Abdul Hadi dikatakan mendapat sokongan padu golongan ulama dalam Pas. Satu kumpulan pemikir parti itu dikatakan telah menghasilkan penjelasan panjang lebar mengenai idea itu. Ia disiarkan dalam blog-blog yang dikendalikan oleh pemimpin atau ahli Pas yang menyokong cadangan kerajaan perpaduan tersebut.

Jelaslah, fakta yang tidak boleh dinafikan atau diputarbelitkan ialah idea kerajaan perpaduan itu dicetuskan oleh Abdul Hadi sendiri. Beliau pula ialah Presiden Pas iaitu sebuah parti yang berada dalam gabungan pembangkang bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Maka apabila pakatan pembangkang menolak cadangan itu, bermakna mereka menolak idea di kalangan mereka sendiri bukannya menolak idea Barisan Nasional (BN) atau UMNO.

Tetapi malangnya, pakatan pembangkang kini cuba menggambarkan seolah-olah idea tersebut datang daripada UMNO. Malah sehingga sanggup melemparkan tohmahan bahawa ia adalah fitnah daripada UMNO dan merupakan usaha untuk menggugat kekuatan pembangkang.

Ternyata sekali kejayaan yang dicapai dalam pilihan raya umum lalu telah menyebabkan pakatan pembangkang menjadi angkuh sehingga fakta berhubung siapa sebenarnya yang mencetuskan idea kerajaan perpaduan berkenaan pun sanggup diputarbelitkan.

Bagi pembangkang, biarpun apa yang didakwa itu sebenarnya fitnah tetapi mereka yakin rakyat akan mempercayai apa yang mereka kata. Lanjutan itu, apabila mereka membuat kenyataan menolak idea itu, mereka tidak kata ia idea Pas tetapi datang daripada UMNO.

Kesudahannya Abdul Hadi sendiri turut menandatangani kenyataan bersama menolak cadangan kerajaan perpaduan - yang beliau sendiri cetuskan. Tidak cukup dengan itu, mereka juga menuduh idea penubuhan kerajaan perpaduan itu adalah tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan pembangkang.

Persoalannya, siapakah sebenarnya yang terdesak? Selama ini biarpun terpaksa memerintah tanpa majoriti dua pertiga di Parlimen dan kehilangan kuasa di Kedah, Perak (selama 11 bulan) dan Selangor serta terus gagal menawan kembali Kelantan, BN tidak pernah berperangai "hemoi" - loghat utara bermaksud tebal muka - untuk berpakat dengan pembangkang.

Malah BN terus tabah memperbaiki kelemahan sendiri dan berusaha melaksanakan amanat yang diberikan oleh rakyat sebaik mungkin dengan UMNO terus kekal sebagai parti terkuat di negara ini apabila mempunyai 78 kerusi di Parlimen.

Tetapi UMNO bersikap terbuka apabila Abdul Hadi melontar idea kerajaan perpaduan kerana seperti mana kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak: "Kita tetap dengan pendirian bahawa apabila sesuatu yang baik itu untuk negara, ia mesti diusahakan bersama walaupun idea itu datang daripada pembangkang."

Oleh itu pembangkang termasuk Pas tidak harus mengamalkan sikap "membutakan mata dan hati" terhadap isu sebenar. Dalam hal ini, jangan secara tiba-tiba menuding jari mempersalahkan UMNO apabila idea Abdul Hadi itu ditolak oleh pakatan sendiri.

Kalau pun hendak bermain politik atau merasakan diri "sudah besar" berikutan kejayaan pada pilihan raya umum lalu, jangan sampai mengambil tindakan yang hanya memperbodohkan diri sendiri.

Budak sekolah rendah pun tahu bahawa idea kerajaan perpaduan adalah idea Abdul Hadi bukan idea UMNO dan bukan idea BN. Jadi tidak perlulah melakukan tohmahan kepada UMNO.

Berdasarkan kepada perkembangan itu, penulis merasakan UMNO dan BN juga tidak perlu lagi melayan sebarang pelawaan atau hasrat pembangkang untuk membincangkan apa juga perkara berkaitan dengan kepentingan rakyat dan negara. Kalau itu dilakukan juga, tidak mustahil sekali lagi pembangkang akan melemparkan tuduhan tidak berasas kepada UMNO.

Kerajaan Malaysia ditadbir oleh BN yang diterajui oleh UMNO. Biarlah BN memerintah walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran dan dugaan. Jika selama ini BN sudah berniat baik apabila sikap terbuka terhadap idea Abdul Hadi, masanya sudah tiba untuk BN menutup apa juga pintu rundingan dengan pembangkang termasuk Pas.

Tidak usah terpedaya dengan "madah berhelah" Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan kesediaan bertemu dengan BN bagi membincangkan isu-isu melibatkan kepentingan rakyat dan negara.

Kalau pembangkang sudah merasakan mereka hebat, maka BN juga perlu mempunyai perasaan yang sama.

Memang benar sebagai orang Melayu, kita mahu melihat sekurang-kurangnya UMNO dan Pas duduk semeja tetapi ternyata dalam hal seumpama ini Pas tidak ikhlas. Pas lebih menitikberatkan soal hubungannya dengan pakatan pembangkang walaupun pertemuan dengan UMNO ialah untuk berbincang mengenai kepentingan Melayu dan umat Islam.

Maka biarlah Pas hanya menjadi anak kapal di atas bahtera pembangkang yang nakhodanya adalah PKR dan DAP. Tiada gunanya BN dan UMNO berniat baik kepada mereka, kalau akhirnya UMNO sendiri yang dipersalahkan.

Isu kerajaan perpaduan ini sudah jelas menampakkan bahawa pembangkang lebih mementingkan permainan politik daripada kesejahteraan rakyat. Segala-galanya mahu dipolitikkan dan akibat terlalu yakin bahawa mereka kini kuat, pembangkang tidak mahu berkompromi dalam apa juga perkara biarpun ia demi kebaikan negara apatah lagi untuk kepentingan bangsa Melayu.

Dalam soal ini, BN dan UMNO tidak rugi apa-apa. Kuasa pemerintahan tetap berada dalam genggaman. Penolakan pembangkang terhadap idea oleh rakan mereka sendiri sama sekali tidak menjejaskan kemampuan BN. Sebaliknya, ia menonjolkan wajah sebenar pakatan itu terutamanya Pas yang jelas hanyalah pengikut PKR dan DAP.

Pas seolah-olah tidak ada suara, hatta untuk mempertahankan idea Presiden sendiri.

Oleh itu, tidak perlulah UMNO hendak bekerjasama atau berbincang dengan manamana juga parti yang dilihat tidak mempunyai prinsip yang tegas.

BN seperti mana kata Perdana Menteri, tetap berupaya mentadbir negara ini dan ia sudah dibuktikan sejak selepas pilihan raya umum lalu. Pentadbiran negara berjalan dengan lancar dan setiap krisis berjaya ditangani dengan bijaksana. Semua kejayaan itu tidak melibatkan pembangkang.

Apa yang pembangkang tahu sepanjang tempoh tersebut hanyalah merancang menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang berdasarkan "Perancangan 16 September" yang gagal.

Pembangkang juga dengan sewenang-wenangnya menuduh apa sahaja masalah di negara ini sebagai kelemahan BN hatta dalam krisis ekonomi yang turut melanda dunia.

Malaysia bernasib malang kerana mempunyai pembangkang seumpama ini yang hanya tahu melihat segala-galanya dari sudut politik semata-mata.

Idea kerajaan perpaduan adalah sesuatu yang baik dan setiap usaha yang baik itu sudah tentu akan diberkati Allah. Tetapi ia tidak akan sampai ke mana kalau manusia sendiri awal-awal lagi sudah "menjatuhkan hukuman" dengan menyifatkan ia sebagai niat jahat bagi menggugat kekuatan mana-mana kelompok.

Kini idea berkenaan hanya akan menjadi catatan dalam lipatan sejarah politik tanah air. Biarlah ia berlalu begitu sahaja kerana sejak awal lagi banyak pihak sudah menjangka ia tidak akan menjadi kenyataan. Ramai yang sudah memahami di mana kedudukan sebenar Pas dalam pakatan pembangkang dan betapa hebatnya kekuatan DAP dan PKR. Kita pasti Pas selama-lamanya akan menjadi pak turut jika tidak berani mempertahankan pendirian.

PENULIS ialah Pengarang Rencana Mingguan Malaysia.

Selasa, Jun 23, 2009

Kerajaan Perpaduan : jangan terbawa-bawa propaganda Perosak Rakyat!

1 Komen!!!
Memanglah ini cara pakatan rakyat, hendak melihat peminpin dan penyokong BN melatah sehingga merayu-rayu kepada PAS untuk kerajaan Perpaduan.

Mujurlan BN tidak terbawa-bawa, kalau dilihat sebenarnya tak ramai pemimpin BN yang bercakap tentang kerajaan perpaduan. Itupun dah memadai DS Najib dan TS Muhyidin cucuk isu kerajaan perpaduan sehingga tidak senang penyokong PAS apatah lagi PAS Erdogan yang menyokong kuat ANwar Ibrahim.

Kalau dilihat seriusnya isu kerajaan perpaduan ini sehingga 'three stooges' ini (Hadi, Anwar dan Kit Siang) terpaksa tandatangan MoU untuk menjawab isu kerajaan perpaduan ini kerana hakikatnya PAS memang berpecah tetapi isu kerajaan perpaduan ialah isu kecil, tetapi isu Erdogan dan Ulama sehingga Husam tersingkir.

Saya dari dahulu berpendapat isu kerajaan perpduan ini adalah helah untuk kurangkan isu antara Erdogan dan Ulama dalam PAS. Kerana dengan isu kerajaan Perpaduan ini mereka boleh mengaitkan UMNO dan dituduh sebagai boneka UMNo walaupun isu ini bukanlah UMNO yang timbulkan.

Walaubagaimana pun kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO ianya adalah hati nurani ramai orang Melayu khasnya mereka yang atas pagar dan tidak berparti. Kini mereka boleh melihat sejauh mana keikhlasan PAS terhadap perpaduan Melayu dan Islam di negara ini.. mungkin ini sedikit sebanyak boleh memberi kesedaran mengenai politik sempit PAS ini.

Walau apapun UMNO perlu terus memperjuangkan hak Melayu dan Islam walaupun bersendirian dan terus melakukan reformasi dalaman dan luaran dengan lebih drastik lagi. Tugas dakwah UMNO belum terhenti, dakwah kepada kesatuan dan perpaduan, dakwah berpegang kepada tali Allah, dakwah membangunkan umat Melayu dan Islam, Dakwah menjadikan negara ini 'baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur' dan 'khairun nas' serta khaira ummah'. Islam ialah agama yang universal yang UMNO boleh bersama menjadi alat bagi menyebarkan dakwah Islam. Islam yang sebenar dan bukan Islam yang bertopengkan politik sempit dan berkepentingan.

UMNO ialah reformis kepada Melayu dan Islam di negara ini sehingga Malaysia menjadi sebuah negara Islam contoh dan merubah sosio ekonomi orang Melayu pada hari ini.. berapa ramai orang Melayu yang berjaya pada hari ini kerana dasar kepentingan orang Melayu, walaupun sebenarnya mereka tidaklah layak dari segi merit namun disebabkan kouta iaitu hak istimewa mereka, maka mereka berpeluang untuk melanjutkan pelajaran dan berjaya pada hari ini sebagai doktor, guru, jurutera dan sebagainya. kerana inilah tujuan utama perjuangan UMNO..

Isnin, Jun 22, 2009

PEROSAK RAKYAT : PERPADUAN MELAYU DAN ISLAM DITOLAK!

6 Komen!!!
Pemimpin-pemimpin Perosak Rakyat sepakat menolak perbincangan kerajaan perpaduan dengan Umno atau Barisan Nasional, demikian diputuskan dalam suatu mesyuarat petang ini.

Pemimpin tiga parti tersebut PKR, DAP dan PAS mengulangi pendirian mereka untuk meneguhkan kerjasama dalam gabungan pembangkang dengan hasrat mengambil alih kerajaan persekutuan suatu masa nanti.

Kenyataan bersama mereka ditandatangani oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh utama DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Siap tandangan... sekali macam MoU la pulak... lepas ni siapa buat kenyataan tentang kerajaan perpaduan akan disaman gamaknya... Paling aku kelakor ni kenyataan haji hadi, dah dia yang cakap dulu tentang kerajaan Perpaduan... lepas tu dia kata UMNO dan BN yang mulakan isu ini... ku kui kui... sampai si nasharudin dihalau oleh Nik Aziz dari PAS... kui...kui...kui..

Sebenar keputusan ini telah diketahui sebagaimana yang dimaklumkan dari dahulu PAS takutkan DAP dan PKR!... tak de telor!

sekarang siapa sebenarnya tidak ikhlas!....

memang jelas..

UMNO dan PAS saling bermaafan?

2 Komen!!!
Nik Aziz kata minta UMNO minta maaf atas peritiwa 40 tahun lalu... dia kata bukan mudah untuk melupakan kisah silam... Itulah yang Islam minta jika kita buat salah maka mohonlah ampun dan kemaafan.

Tapi bagaimana pula PASm adakah PAS akan juga mohon maaf kepada UMNO, jika istilah buat silap digunakan Nik Aziz, kesilapan mengkafirkan UMNO, kesilapan berlakunya dua imam, kesilapan fitnah, kesilapan demonstrasi jalanan, kesilapan mengaitkan najib dengan Attantuya, kesilapan umpat, keji dan sebagainya.

mmmmmm.... jikalau gunakan formula nik aziz ni aman malaysia. Maklumlah manusia manakan terlepas dari sebarang kesilapan...

Tengok Poster Nik Aziz Dapat Pahala - Kata Imam Manek Murai

3 Komen!!!


Penasihat Jentera Operasi Pilihan Raya Dun Manek Urai, Dato' Wan Rahim Wan Abdullah menegaskan poster Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mempunyai nilai komersil yang tinggi bagi menarik pengundi. Misalnya di Manek Urai, Wan Rahim terkejut apabila ada seorang imam di masjid Mukim Manek Urai menganggap seolah-olah mendapat pahala apabila memandang poster Tuan Guru Nik Aziz.

Sumber: Haprakdaily.
Inilah sebabnya Islam mengharamkan potret, gambar atau lukisan Rasullullah S.A.W, ahli keluarga dan para sahabat. Tujuannya ialah untuk mengelakkan gambar-gambar berkenaan dipuja dan diagung-agungkan. Alim-alim ulama di dalam Pas hendaklah membetulkan konsep pemujaan ini. Kalau seorang imam boleh berkata sedemikian, kalau betul, bagaimana agaknya rakyat marhaen yang lain. Janganlah sampai Rukun Iman dan Islam kita tidak tinggal tetapi masuk neraka kerana mensyirikkan Allah. Nauzubillah himinzalik.

dipetik dari : cucu tok selampit

Ahad, Jun 21, 2009

Penyakit demokrasi di Malaysia berjangkit di Iran

2 Komen!!!
DEmonstarsi Haram dan Rusuhan di Malaysia





DEmonstarsi Haram dan Rusuhan di Iran





KEPUTUSAN pilihan raya Presiden Iran minggu lepas yang memihak kepada Mahmoud Ahmadinejad telah mencetuskan konflik politik dan keadaan huru hara. Sehingga kini keadaan dilaporkan masih lagi tegang dan pihak media Barat seperti biasa melaporkan berita yang berat sebelah terutama dalam memburukkan Ahmadinejad.

Pilihan raya ini turut ditandingi bekas Perdana Menteri, Mir Hossein Moussavi yang dikatakan mendapat sokongan kuat daripada tokoh berpengaruh Iran, Mohammed Khatami selain dua lagi calon iaitu Mohseen Rezae dan Mehdi Karroubi

Empat calon ini membentuk dua blok aliran pemikiran politik dengan Ahmadinejad dan Mohsen mewakili kumpulan konservatif manakala Moussavi dan Karroubi mengetuai kumpulan reformis. Bagaimanapun keputusan pilihan raya ini jelas menunjukkan rakyat Iran masih memerlukan kepimpinan Ahmadinejad yang dilihat satu-satunya pemimpin yang berani mengkritik barat secara terbuka dan konsisten.

Sentimen kebanyakan rakyat Iran masih mahukan pemimpin yang lantang dan berani mengkritik barat khususnya Amerika Syarikat dan sekutunya Israel. Namun di mata Barat beliau dianggap musuh utama kerana keengganan untuk bekerjasama dengan mereka.

“Sudah tidak menjadi rahsia lagi Amerika Syarikat (AS) dan Israel adalah pihak yang paling mempunyai kepentingan untuk memastikan Ahmadinejad disingkirkan,” katanya.

Di Malaysia sebagaimana diketahui Anwar adalah proksi dan anjing belaan Amerika di Malaysia. Kita melihat bagaimana media barat selalu menemubual Anwar adalah bukti kukuh beliau digunakan demi kepentingan barat. Jikalau tidak masakan barat akan memberi peluang kepada tokoh tertentu jika bertentangan dengan agenda tamak kapitalis zionis ini.

Jangkitan ini jelas, muncul apabila terdapat tokoh yang tidak bersependapat dengan amerika akan cuba dijatuhkan dari ancaman dalaman negara itu sendiri. Apa yang terjadi di Malaysia kini terjadi di Iran.

Jumaat, Jun 19, 2009

Muhyidin kepada PAS : apa yang dah lepas tu dahlah

2 Komen!!!

Muhyiddin urges PAS to let bygones be bygones

By SYED AZHAR

KOTA BARU: Deputy UMNO president Tan Sri Muhyiddin Yassin urged PAS to let bygones be bygones, forget conflict and revenge, and get down to unity talks for the betterment of Malays"

We will not impose any conditions and we accept whatever terms set by PAS. As far as I'm concerned, we have to be open," Muhyiddin, who is also Education Minister, told reporters after a special meeting with educationists at Sekolah Kebangsaan Sungai Sok here.

He urged PAS spiritual leader Nik Abdul Aziz Nik Mat to forget about the conflicts between PAS and Umno in the 70s when both parties cooperated to form the Kelantan state government. But PAS later pulled out because of internal problems.

"As Muslims we are encouraged to forgive. That was in the past," he said.

Ni dipetik dari laporan the star... maklumlah hari ni hari Jumaat, penghulu segala hari. Jadi kembalilah kepada Kitabullah, Al-Quran dan berpeganglah kepada tali Allah.. bersatulah demi Islam..

Boleh ke Pas?

Tazkirah Jummat

0 Komen!!!

Damaikan pertelingkahan sesama Islam

KEHIDUPAN yang aman dan damai menjadi cita-cita setiap orang. Oleh itu usaha mewujudkan perdamaian harus dilakukan oleh semua.

Ia bersesuaian dengan firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya mukmin itu bersaudara, maka ciptakanlah perdamaian di antara saudaramu. (Surah Al-Hujuraat ayat 10).

Masyarakat akan menjadi haru-biru sekiranya pemimpin tidak mempunyai hati yang sejahtera, beremosi dan masih menaruh dendam kesumat terhadap saudara seislam.

Perdamaian atau damai dalam bahasa al-Quran, biasanya ditunjuk dengan kata salam. Ia terulang dalam al-Quran sebanyak 42 kali, dalam pelbagai konteks. Di luar al-Quran, kata ini sangat popular, bukan sahaja di kalangan agamawan tetapi juga di kalangan ahli politik.

Bahkan di seluruh dunia seruan untuk damai sering dilaungkan. Namun entah kenapa kata tersebut hanya mudah ditemui dalam ucapan dan tulisan tetapi amat sukar untuk dilihat dalam kenyataan.

Kita lupa doa yang sering kita baca setiap selesai solat yang bermaksud: Ya Allah Engkaulah yang Maha Damai, daripada Mu bersumber kedamaian dan kepada Mu kembali kedamaian. Hidupkanlah kami dalam kedamaian dan masukkanlah kami ke syurga negeri yang penuh kedamaian.

Namun itu semua belum cukup kuat untuk mendorong terciptanya perdamaian di bumi ini.

Konsep mengenai 'salam' atau 'damai' memang sangat penting dan utama dalam Islam. Perkataan Islam sendiri bermakna "orang yang berdamai dengan Tuhan". Dan Tuhan pun berdamai dengan orang tersebut. Maka orang tersebut akan memperolehi jalan selamat iaitu keadaan yang sejahtera bahawa kita mencapai qalb-un salim (hati yang sejahtera). Ada suatu gambaran nanti di akhirat bahawa tidak ada orang yang merasa tenteram kecuali mereka yang mempunyai hati yang utuh dan sejahtera.

Damai menjadi tujuan hidup setiap Muslim kerana Allah mengajak ke Dar Al-Salam (lihat Al-Quran Surah Yunus ayat 10). Tanpa Al-Salam, iaitu Allah SWT atau tanpa salam yang bererti "damai" dalam jiwa manusia serta dalam interaksinya maka segalanya akan rosak, bahkan tiada lagi kehidupan itu.

Kedamaian tidak mungkin tercipta dalam masyarakat sebelum ia disemai dalam diri individu itu sendiri. Bagaimana kita dapat memberi damai kalau kita sendiri tidak memilikinya?

Damai yang dikehendaki Islam bukan hanya yang bersifat lahiriah, tetapi juga batiniah, termasuk menghindarkan hati daripada segala aib dan kekurangan, dengki atau hasad, menghasut serta segala macam kehendak negatif terhadap pihak lain.

Demikian juga menurut Al-Ghazali: "Siapa yang selamat hatinya daripada hal-hal tersebut, maka akan selamat pula anggota badannya daripada segala kejahatan dan selamat pula hatinya daripada kesesatan dan dengan demikian dia akan datang menghadap Allah dengan hati yang selamat".

Membaca, menghayati dan mengamalkan petunjuk-petunjuk al-Quran adalah jalan memperolehi kedamaian. Ini kerana al-Quran adalah petunjuk yang diturunkan oleh Allah SWT yang menyatakan diri-Nya sebagai: Mengajak ke negeri yang damai (lihat al-Quran Surah Yunus ayat 10).

Sesungguhnya Allah SWT telah mensyariatkan perkara-perkara yang menjadikan umat ini bersatu dan saling mencintai. Antara sifat yang dilarang oleh Allah adalah prasangka buruk kepada mukmin.

Pada hakikat perbezaan aliran dalam politik tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak memaafkan kesalahan orang lain terhadap dirinya. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Tidaklah Allah SWT menambahkan kepada seorang hamba dengan sebab maaf (yang dia berikan kepada orang yang menzalimi) kecuali kemuliaan."

Sebagai panduan kita pada hari ini, Allah SWT mengajar hamba-Nya yang beriman apabila berhadapan dengan golongan kuffar dalam suasana peperangan. Antaranya firman-Nya yang bermaksud: Kiranya mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka kamu juga hendaklah cenderung kepadanya (terima) cadangan itu. (Surah al-Anfal ayat 81).

Apatah lagi dalam keadaan perpecahan orang Melayu yang semakin kritikal, pelawaan untuk bersatu di antara sesama mereka seharusnya tidak menimbulkan pelbagai masalah malah menerimanya secara rasional.

Keikhlasan serta sikap keterbukaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam usaha merealisasikan "kerajaan perpaduan" perlulah dilihat secara positif khususnya oleh umat Islam pada masa kini.

Sehubungan itu, Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya: Sifat yang baik tidak sama dengan sifat yang buruk. Balaslah perlakuan yang tidak baik yang datang dari pihak lawan dengan perlakuan yang lebih baik. Perlakuan seperti itu akan membuat orang yang bermusuhan denganmu seolah-olah menjadi seorang teman yang setia. Perlakuan seperti itu (membalas kejahatan dengan kebaikan) hanya diberikan kepada orang yang mempunyai sifat sabar dan orang yang mempunyai banyak kebaikan dan kesempurnaan jiwa. (Surah Fusilat ayat 34-35)

PENULIS ialah Pengurus Penyelidikan,

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)

Kongsi Link Anda