Popular Today
Ahad, Jun 28, 2009
TPM - Pas tidak payah minta maaf kepada UMNO, dia kena minta ampun kepada Tuhan
KAMIL MASLIH
pengarang@utusan.com.my
PAGOH 27 Jun - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak perlu memohon maaf kepada UMNO tetapi meminta ampun kepada Tuhan atas kenyataannya menyamakan parti itu seperti komunis dan ajaran sesat.
Timbalan Perdana Menteri berkata, Menteri Besar Kelantan itu tidak perlu meminta maaf kepada UMNO walaupun ada pemimpin UMNO yang mendesak pemimpin Pas tersebut berbuat demikian.
"UMNO ini parti politik, walaupun ada kawan-kawan yang minta beliau minta maaf kepada UMNO tetapi bagi saya, dia tidak payah minta maaf kepada UMNO, dia kena minta ampun kepada Tuhan.
"Itu adalah tuduhan daripada seorang Islam kepada Islam yang lain dan ia adalah amat berdosa. Sama ada berdosa kecil atau berdosa besar, itu kita serah kepada Nik Aziz sendiri menilainya. Sebagai seorang ulama, mesti dia lebih tahu," ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Bersama Pewaris Muda Negara (Pewaris) 2009 di Kampung Jayor dekat sini hari ini.
Mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang menyamakan UMNO seperti komunis dan ajaran sesat, beliau berkata, UMNO adalah parti yang jauh lebih Islam daripada Pas dan telah lama memperjuangkan syiar Islam di negara ini.
"Dalam perlembagaan UMNO pun, kita letak syiar Islam dalam negara kita. Bila dia kata UMNO macam Ayah Pin, parti komunis, ini adalah tuduhan berat.
"Jangan hukum kita. Pas pun pernah kata UMNO ini kafir, tapi tak tahulah siapa yang kafir, siapa yang Islam. Bagi saya, dia bukan merapu tetapi lebih daripada merapu dan agaknya Pas sudah lari daripada perjuangan Islam yang diperkatakan diperjuangkan parti itu," katanya.
Menurutnya, mungkin kini adalah masa yang sesuai bagi golongan ulama yang tidak ada kepentingan politik bersuara dan membuat teguran untuk menyatupadukan orang Islam di negara ini.
"Ulama seperti Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menegur kepincangan dalam parti politik tidak harus dianggap mencampuri urusan politik.
"Baru-baru ini saya berpeluang duduk dengan Harussani dan beliau menyampaikan pandangannya, ini mungkin masa paling sesuai bagi golongan ulama yang tidak mempunyai kepentingan politik membantu menyumbang kepada perpaduan Melayu," katanya
Jumaat, Jun 26, 2009
PAS KATA HARUSSANI TIDAK CERDIK POLITIK ISLAM
manek urai:HARUSSANI TIDAK CERDIK POLITIK ISLAM:umno pas
Tuan Guru Haji Nik Aziz Nik Mat menyatakan Mufti Perak mungkin tidak terdedah kepada sistem politik Islam.Saya menyokong kenyataan Tuan Guru Nik Aziz di atas kerana terbukti Mufti Perak masih tidak faham akan kemungkaran politik yang dilakukan BN yang akhirnya menyebabkan rakyat menderita.Apa lagi yang BN tidak buat bunuh rakyat (memali), menindas rakyat (roboh rumah, masjid, surau), dera rakyat dengan tarik royalti minyak di Terengganu, mengamalkan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan macam-macam lagi.Menurut Tuan Guru Kalau betullah PAS menjadi punca perbalahan, maka Nabi Muhammad saw juga menjadi punca masyarakat Arab ketika itu berbalah.Ini kerana PAS katanya, meniru apa yang dilakukan Nabi Muhammad saw. Apakah Nabi Muhammad saw menjadi punca perbalahan. Sedangkan apa yang berlaku punca pecah belah datang daripada orang yang lawan Islam (Umno).Sepatutnya Harussani datang bermuzakarah dan berbincang dengan pemimpin PAS kalau beliau kurang arif tentang politik. Sudah acap kali kita melihat Harussani diperkudakan oleh BN Perak untuk kepentingan politik BN/Umno.
PAS juga membandingkan diri mereka sebagai Nabi Muhammad SAW, Nauzubillah min Zalik, sedangkan jauh sifat nabi SAW dengan PAS ini. Inilah kekelirauan yang dari dahulu PAS sengaja menimbulkannnya,
PAS hanya menimbulkan cerita lama yang sebenarnya kebenarannya telah diketahui. PAS wajar sebutkan rakyat mana yang derita di bawah BN sedangkan rakyat dibawah BN sentiasa dipelihara dan diberikan kemakmuran yang secukupnya. Istilah Rakyat menderita yang digunakan PAS adalah tidak tepat sama sekali.
Berapa ramai orang PAS yang mewah kini, bekerja dengan kerajaan, mendapat kontrak dengan kerajaan, gaji yang diberi kepada YB PAS, anak ahli PAS juga menerima biasiswa pendidikan, bersekolah-di sekolah kerajaan dan tidak pernah kerajaan BN melarang. Hanya PAS sahaja yang melatih anak mereka melalui PASTI dengan menanam sifat kebencian kepada kerajaan.
hakikatnya politik PAS tiada kena mengena dengan politik Islam... tetapi politikl PAS ialah politik kepentingan perut pemimpin mereka.
PAS telah banyak berbohong kepada rakyat, PAS perlu bertaubat!..
Sumber : KBO Online
Akhbar Cina - sentimen kebencian kaum perlu dihentikan dalam akhbar
Menjadi sasaran kritikan, adalah lumrah untuk akhbar-akhbar Cina bangkit mempertahankan laporan mereka. Namun, saya berpendapat reaksi yang diberikan agak keterlaluan dan terbawa-bawa dengan emosi berlebihan.
Pada saya, apa yang dibentangkan oleh akhbar ini menerusi artikel itu hanyalah fakta semata-mata. Kandungannya juga menjawab segala isu yang dibangkitkan oleh akhbar-akhbar Cina sebelumnya, terutama mengenai polemik sekolah Cina.
Dalam salah satu artikel yang disiarkan oleh sebuah akhbar Cina, penulisnya menempelak Utusan Malaysia kerana beranggapan hak mereka untuk bersuara seolah-
olah diketepikan. Ada yang lebih berani mencadangkan akhbar ini menerbitkan akhbar Cina sendiri supaya dapat ditentukan arah tuju akhbar Cina seterusnya memperbetulkan ‘pandangan sempit’ kaum Cina.
Memandangkan akhbar-akhbar ini mewakili dua kaum utama, perbezaan pendapat yang didorong oleh emosi berlebihan sebegini tidak seharusnya dibiarkan berpanjangan. Pada saya, semua pihak perlu menilai laporan kedua-dua akhbar itu secara rasional dan mengelak daripada mengaitkannya dengan sebarang sentimen perkauman.
Apa yang diperdebatkan meskipun secara langsung menyentuh mengenai kaum tertentu, namun perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas. Iaitu demi membela kepentingan semua kaum di negara ini seterusnya mempertahankan perpaduan di kalangan seluruh rakyat Malaysia.
Ia juga sejajar dengan semangat gagasan Satu Malaysia yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Maka, seluruh akhbar di negara ini perlu seiring dengan semangat Satu Malaysia iaitu untuk memupuk semangat patriotisme semua bangsa tanpa meniup sentimen yang sensitif.
Perlu untuk difahami, penulisan di dalam akhbar-akhbar di negara ini masing-masing memainkan peranan yang tersendiri. Agenda-agenda yang diperjuangkan juga sangat jelas, meskipun sering dicanangkan bergerak bebas.
Dalam memainkan peranan membela kepentingan tertentu, akhbar seharusnya tidak melangkaui kepentingan kebangsaan. Iaitu menjadi ejen kepada perpaduan dan keharmonian terutamanya di negara berbilang bangsa seperti Malaysia. Sebagai wadah kepada pemikiran dan suara rakyat, akhbar berkuasa menentukan, mencorak dan mempengaruhi fikiran.
Justeru, adalah menjadi harapan sentimen yang menjurus kepada kebencian tidak wujud dalam mana-mana akhbar di negara ini. Waima secara tersirat atau tersurat.
Tidak dinafikan sebagai rakyat Malaysia, kita berhak menyuarakan pandangan menggunakan saluran media yang ada. Bagaimanapun, kita juga perlu bersedia menerima penjelasan daripada apa yang disuarakan. Apatah lagi apabila ia dijawab bersandarkan fakta.
Bercakap tentang fakta, suka untuk saya berkongsi sedikit maklumat yang dipetik daripada buku Ketuanan Politik Melayu: Pandangan Kaum Cina 2007.
Buku yang ditulis oleh Thock Ker Pong ada menyentuh mengenai sejarah sekolah Cina, iaitu antara isu yang dibangkitkan oleh kedua-dua akhbar.
Menurut Ker Pong, penubuhan sekolah Cina pada peringkat awal dipersetujui tidak dibiayai oleh kerajaan Tanah Melayu. Sebaliknya guru-guru Cina dibawa masuk dari Tanah Besar China.
Sekolah-sekolah Cina dan pergerakan masyarakat Cina ketika itu banyak dipengaruhi oleh pertubuhan Cina yang dikuasai oleh ahli perniagaan yang kaya. Salah sebuah pertubuhan itu ialah Huatuan.
Huatuan banyak memainkan peranan dalam dua isu utama masyarakat Cina iaitu kerakyatan dan pendidikan (Wong Yoke Nyen, 1981). Malah, Yoke Nyen turut menyorot penentangan Huatuan terhadap laporan dan akta yang mencengkam pendidikan Cina menjelang kemerdekaan. Antaranya ialah Laporan Barnes, Ordinan Pelajaran 1952, Kertas Putih 1954, Laporan Razak dan Ordinan Pelajaran 1957. Ia bertujuan untuk mengekalkan identiti kecinaan mereka di Malaysia.
Era pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) menyaksikan dilema pendidikan Cina mencapai kemuncaknya. Dengan pengenalan sistem kuota dan Bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa pengantar, kaum Cina mula merasa kepentingan pendidikan mereka semakin terhakis.
Kemarahan orang Cina memuncak pada 1978 apabila kerajaan menolak permohonan untuk menubuhkan Universiti Merdeka. Ini mendesak Barisan Nasional (BN) menetapkan kuota bagi pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera di universiti tempatan pada nisbah 55:45 peratus.
Kuota ini bukan hanya dilakukan oleh sebelah pihak sahaja tetapi melalui perbincangan dan permuafakatan UMNO dan MCA pada 28 Jun 1979.
Banyak tuntutan yang dibuat oleh masyarakat Cina menjelang Pilihan Raya Umum 1999. Tetapi yang penting adalah tuntutan menyingkirkan dasar pendidikan satu bahasa, agar dapat merealisasikan semangat dan kepelbagaian yang ditekankan dalam Prinsip Toleransi (Dongzong 1999: 3-4).
Sedikit maklumat yang dipetik daripada buku Ketuanan Politik Melayu: Pandangan Kaum Cina 2007 itu dibentangkan untuk kita sama-sama renung dan fikirkan.
Sumber - Utusan Malaysia
Khamis, Jun 25, 2009
Anwar sembunyi bukti air mani?
Kenapa Anwar sembunyikan fakta laporan hospital tentang kesan air mani ?
Dinilai 5.0 oleh 3 orang [?] |
Oleh The Unspinners
Malam Isnin Anwar berada di Manek Urai untuk kempen bagi persediaan pilihanraya kecil di situ. Dalam ceramah, dia dok cerita kat orang kampung pasal tuduhan liwat terhadapnya.
Dia beritahu orang ramai Saiful telah diperiksa pada pukul 3 petang di Pusrawai dan tidak ada kesan tembus dan luka. Kemudian dibawa terus ke Hospital Kuala Lumpur, diperiksa pula oleh tiga pakar dan keputusan yang sama. Ini juga alasan yang dia dok guna untuk memohon pada mahkamah agar pertuduhan digugurkan.
Cuba kita pikiaq skit. Kalau Anwar guna KY Jelly, kemungkinan perbuatan liwat itu tidak meninggalkan kesan fizikal. Pasal kita bukan buat dan guna benda-benda macam ini, kita carilah maklumat.
Menurut Wikipedia, KY Jelly adalah alat pelicin peribadi bagi kegunaan antara lain, seks anal atau liwat. Articlesbase sini pula beritahu kaedah penggunaan yang betul boleh mengelakkan berlaku luka dan koyak pada kulit.
Anwar ni kata dia sendiri prihatin terhadap rakyat. Katalah dia guna KY Jelly supaya pasangannya tidak cedera. Pastilah tidak ada kesan. Tetapi adakah bermakna perbuatan liwat tidak berlaku?
Sedaq tak hangpa Anwar tidak sebut langsung laporan perubatan tidak terjumpa kesan air mani? Mungkinkah ada terjumpa kesan air mani dari punggung Saiful tapi Anwar malu nak khabaq kat kita? Kalau ada, ia bermakna perbuatan liwat berlaku. Cuma siapa empunya air mani itu?
Anwar enggan beri sample DNA terbaru semasa pemeriksaan doktor. Alasan dia takut dianiaya dan fitnah. Jangan lupa polis masih ada rekod DNA Anwar dari perbicaraan dulu. Mungkinkah DNA dari air mani yang diperolehi dari punggung Saiful sama dengan rekod DNA dalam simpanan polis?
Betoi betoi ... kita tau rekod DNA yang ada pada polis tak boleh guna untuk mahkamah. Walaupun tak boleh guna, persamaan DNA cukup untuk meyakinkan polis bahawa mereka tak salah tuduh. Mereka kena berjaga pasai nanti orang tuduh polis nak kenakan Anwar.
Bila dah yakin, tidak mustahil untuk polis perolehi bukti-bukti lain. Itu pasai mahkamah yakin dengan affidavit dari pendakwa untuk kes dibicara. Kalaulah ini semua teka-teka dan tak betul, takpe. Anwar boleh pi ke mahkamah dan hujah. Dah yakin menang, tak payahlah nak lari dan main wayang untuk tangguh-tangguh.
Orang kampung Manek Urai bolehlah hang auta, Anwar. Itu pun belum tentu mereka nak caya buta-buta.
sumber - the unspinners
Ahli Pas Bukan Islam bakal ancam perjuangan PAS

Lawan Umno : Ni apa Siasah mengarut pulak ni?
Aku bila baca ja berita ni terus terlintas kat kepala pasai idea Kerajaan Perpaduan. Seingat aku sebelum ni Siasah la yang mula² sekali menimbulkan idea kerajaan perpaduan. Lepas pada tu macam² perkara besar jadi kat PAS.
Punya teruk PAS kena tanggung sampai tahap ada yang mengaku sebagai ahli PAS sanggup menghina Hj Hadi, Presiden parti dia sendiri. Yang aku lebih tak tahan bila ada yang sampai sanggup hina TG Nik Aziz, Mursyidul Am PAS yang bukan takat orang PAS hormat tapi orang yang bukan Islam pun hormat sebagau Tok Guru.
Puya la kronik bahana idea kerajaan perpaduan yang siasah mula sekali juai walaupun 'belum masak', sampai institusi ulama' pun diheret sekali dan dilabel dengan makian yang cukup buruk.
Nak bagi reda kontroversi ni sampai TG Nik Aziz, Mursyidul Am PAS terpaksa mintak maaf dan tarik balik gesaan dia supaya Timbalan Presiden PAs letak jawatan.
Tambah-tambah lagi cara Siasah bawak cerita ni manpak sangat saja nak timbulkan kontroversi.
Kononnya ada 'sumber' yang bagi tau.
Menurut sumber, sebagai ahli penuh, mereka berhak memilih dan dipilih untuk semua jawatan dalam organisasi parti itu. Sebelum ini, orang bukan Islam dicadangkan menjadi ahli bersekutu sahaja bukan ahli penuh.
Namun, kebanyakan pemimpin PAS dikatakan bersetuju agar mereka diberikan status ahli penuh.
Aku harap 'sumber' tu bukan sumber yang sama yang 'cerita' kat Siasah pasai idea Kerajaan Perpaduan.
Setahu aku sebelum ni masa retreat pimpinan PAS Pusat kat Pulau Langkawi tahun lepas dah ada satu ketetapan untuk ujudkan satu dewan khas untuk orang bukan Islan jadi ahli, semacam dewan ulama, pemuda dan muslimat dan Dr. Mujahid dah diarahkan buat satu kertaskerja lengkap pasai idea tu.
Tapi cara Siasah bawak cerita ni macam orang bukan Islam boleh jadi ahli sama macam ahli PAS yang Islam, takdak beza langsung. Saja ja ditulis sebagai ahli penuh, mereka berhak memilih dan dipilih untuk semua jawatan dalam organisasi parti itu. Sebelum ini, orang bukan Islam dicadangkan menjadi ahli bersekutu sahaja bukan ahli penuh.
*****************
Katanya 'PAS untuk semua'... mahu tipu lagi ke.... kalau dah untuk semua mana boleh ada diskriminasi dari segi hak ahli.... kata UMNO perkauman... jadi ni jenis apa pulak diskriminasi ni? kira-kira yang Melayu Islam sahaja yang boleh yang bukan Melayu dan bukan Islam tidak boleh?...
Sumber: Cenangau
5 Kelemahan PAS yang akan mengundang bala
1.SLOGAN YANG KURANG TEPAT
Apabila kita menyebut konsep negara Islam, akan timbul penentangan dari bukan Islam kerana salah faham mereka terhadap konsep tersebut. Ini ialah hasil dakyah UMNO yang selama ini memburuk-burukkan konsep negara Islam dan sentiasa menakut-nakutkan bukan-Islam.
SEBENARNYA, konsep Negara Islam tidak perlu digeruni oleh mana-mana bukan Islam kerana perundangan Islam hanya dikenakan ke atas orang Islam sahaja. Perundangan Islam juga sangat adil sebenarnya. Untuk menarik sokongan semua, PAS harus menggunakan slogan yang betul seperti PAS untuk semua dan "Perjuangan menegakkan keadilan Islam untuk semua".
Ini tidak bererti perjuangan menegakkan negara Islam dihentikan.
Jawapan : PAS hakikatnya memang takut untuk tonjolkan imej negara Islam...takut tidak dapat undi bukan Melayu. PAS hakikatnya memang gagal menjadikan Islam sebagai slogan kepada bukan Melayu... jika gunakan slogan pun PAs takut, jadi bagaimana hendak menjelaskan Islam... jangan asyik salahkan UMNO kerana kegagalan PAS menerangkan Islam .. kerana Islam PAS ialah Islam yang telah dipesongkan oleh politik sempit PAS bukan Islam tulen!
2. PAS harus ubah mentaliti
Mentaliti PAS dalam banyak hal masih mentaliti pembangkang dan masih belum jelas kematangan PAS dalam pemerintahan, khususnya dalam beberapa aspek. Contohnya, harakah dan harakahdaily. Kebanyakan artikel, (HAMPIR SEMUA KADANG-KADANG), hanya berkisar tentang keburukan dan kerosakan UMNO. Sewajarnya PAS memperuntukkan beberapa mukasurat, sekitar 5-10 sekurangnya, untuk menjelaskan pelan, perancangan dan pelaksanaan ekonomi yang diusahakan oleh PAS.
Jawapan : PAS memang tidak matang, dulu kini dan selamanya... PAS tidak bebas berfikir dan selalu hanya menjadi pengikut dan penakut. PAS tidak pernah memimpin pakatan pembangkang... dan bsegitulah PAS selama-lamanya. jadi memang betul PAS tidak layak memimpin!
3. PAS kurang mendekati golongan muda
Ini satu kelemahan besar PAS. Kebanyakan sasaran PAS sekarang ialah golongan tua kaki masjid. KJ pun sekurang-kurangnya cuba mendekati golongan mat rempit dan golongan remaja. PAS bagaikan selesa berdakwah dalam 'comfort zone' dengan hanya focus pada ceramah agama di kalangan yang memang minat agama. Sepatutnya PAS mengadakan lebih banyak aktiviti kemasyarakat seperti sukan dan sebagainya untuk menarik golongan muda. PAS juga sewajarnya mengumpulkan profesional seperti doktor dan peguam dari PAS dan mengadakan program khidmat percuma dari masa ke masa dan publisiti perlulah ada. Barulah masyarakat lebih tertarik.
Jawapan: PAS mempunyai jentera muda yang hebat dan sedia berjuang untuk PAS. Namun ianya hanya menggunakan naluri memberontak golongan yang disasarkan untuk anti kerajaan. Bukanlah mereka memahami sangat perjuangan PAS tetapi terdorong dengan jiwa memberontak!
3. PAS TIADA STRATEGI DALAM PERUNDANGAN ISLAM
Terus terang saya katakan, strategi PAS dalam isu perundangan Islam cukup menyedihkan. Perjuangan yang ikhlas tetapi tidak sistematik dan tidak terancang ini kadangkala memualkan. Sebagai contoh, terdapat beberapa pendapat mazhab berhubung tanggapan zina ke atas perempuan mengandung yang belum berkahwin. PAS sewaktu mengemukakan usul undang2 Islam sikit wajtu dahulu memilih undang-undang yang pendapat bahawa wujud tanggapan zina. Ini tentulah akan dipergunakan oleh SIS dan pihak-pihak lain untuk menyerang usul tersebut kerana wanita boleh mengandung akibat dirogol dan sebagainya..
Sewajarnya PAS menghantar usul undang2 hudud dan sebagainya itu kepada majlis fatwa, majlis agama, dan pakar-pakar agama Islam dari seluruh dunia untuk mendapatkan nasihat dan kemaskini dari semua.
Jawapan : PAS memang tiada niat untuk memperjuangkan Islam, apatah lagi strategi khusus untuk memperkembangkan syiar Islam. Ini kerana jika dilihat dari sahabat PAs dalam Pakatan Rakyat, PAS memang tiada ruang untuk menjadikan Islam sebagai agenda pakatan.. cuba terangkan manakah negeri yang telah menjadikan Islam dalam Pakatan... berdiri sebagai Pakatan... negeri yang diperintah pakatan... hanya mengikut parti mana yang banyak kerusi sahaja... samada dap, PAS dan PKR... tiada agenda yang sama setiap negeri pakatan... mustahil Islam boleh dihidupkan jika PAS bersama Pakatan.
4. PAS lemah dari segi publisiti dan strategi
Sebagai contoh, PAS boleh membuat pengumuman bahawa PAS akan mengadakan sidang ekonomi untuk negeri-negeri Pakatan Rakyat dan menjemput semua cendikiawan dan cerdik pandai dari seluruh negara untuk hadir ke persidangan tersebut dan memberikan kertas kerja atau pandangan masing-masing berhubung langkah terbaik untuk memajukan ekonomi negari-negeri tersebut.
Jawapan : sebagaimana yang diketahui PAS memang tiada kemahiran dalam bidang ekonomi, tiada satupun model ekonomi PAS yang boleh menjadi rujukan apatah lagi di kelantan. Pas hanya hidup dalam kelompoknya yang berwajah bengis sentiasa bersikap anti kepada media perdana. PAS wajar di tolak kerana imej garang dan bengis.
5. PAS terlampau bermusuh dengan ahli UMNO
Rasulullah mengingatkan kita bahawa jika kamu keras dengan masyarakat, mereka akan lari dari Islam. PAS wajarlah cuba menarik ahli-ahli UMNO agar mereka mendekati dan masuk PAS. Sebagai contoh, PAS boleh mengusulkan agar setiap cawangan PAS perlu menghantar sedikit buahtangan atau makanan seperti sate kepada cawangan UMNO untuk cuba berbaik dan menarik mereka kepada PAS. Amalkan pendekatan berhikmah..
Jawapan : PAS dari dahulu memang melatih ahlinya hidup di bawah tempurung dengan mengelakkan ahlinya membaca media arus perdana, TV atau akhbar. Ahli PAS hanya terdedah dengan majalah Haprak.online dan ceramah-ceramah mereka. PAS lbih bimbang ahlinya berfikiran rasional yang mampu membuat perbandingan antara PAS dan UMNO.. kerana itu akan menyebabkab ahli mereka lebih mudah terpengaruh kepada UMNO.
Dipetik dari : tranungkitebengong.
Pas lebih utamakan kepentingan politik berbanding nasib Melayu
Umum mengetahui pakatan itu ibarat 'kahwin paksa' dalam usaha menumbangkan BN pada pilihan raya umum lalu dan disebabkan prinsip serta pendekatan yang sering berbeza-beza, kerjasama di antara mereka ada kalanya kelihatan goyah. Sepatutnya, Pas membincang terlebih dulu dan memperhalusi cadangan berkenaan pada peringkat pemimpin tertinggi parti bagi mendapat maklum balas dan kemudian mengambil pendirian sebelum mengadakan pertemuan pada peringkat tertinggi dengan pemimpin PKR dan DAP.
Keputusan mesyuarat Pakatan Rakyat yang dihadiri Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Hadi yang menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno yang mereka sifatkan sebagai suatu fitnah dan tindakan untuk menggugat kekuatan mereka, boleh dianggap sebagai tergesa-gesa. Mereka melihat idea itu sebagai tindakan terdesak Umno untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat, sedangkan idea itu datangnya daripada pemimpin mereka sendiri. Pas sewajarnya mempunyai pendirian tersendiri untuk berbincang dengan Umno kerana parti itu mempunyai kekuatan dengan memiliki 23 kerusi di Parlimen serta menerajui Kelantan dan Kedah.
Apapun, kerjasama Umno-Pas sebenarnya bukan perkara baru. Oleh itu, tidak hairanlah jika pemimpin Umno sebelum ini menerima cadangan kerajaan perpaduan itu dengan tangan terbuka kerana hal perpaduan bukan hanya menguntungkan orang Melayu, tetapi juga memberi manfaat kepada seluruh rakyat negara ini.
Malah, perubahan sikap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mula memberikan reaksi positif, membuka ruang kerjasama lebih mantap. Keterbukaan sikap seperti itulah juga yang membuka ruang kerjasama Pas dan Umno pada 1970. Pada era kepemimpinan Tun Abdul Razak Hussein, kerjasama Umno dan Pas tercapai atas keperluan perpaduan nasional dan keselamatan negara, terutama selepas berlaku tragedi 13 Mei 1969. Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak sendiri secara peribadi pastinya mahu mengulangi kejayaan ayahandanya itu yang berjaya merapatkan Pas dan Umno ketika menjadi Perdana Menteri.
Pada era Pas diterajui Allahyarham Fadzil Nor, muzakarah antara kedua-dua parti itu pernah diadakan. Kita berpendapat, pemimpin Umno dan Pas masih boleh berbincang soal perpaduan. Berdebatlah di meja rundingan dan jika semuanya berjalan lancar, baru diumumkan atau diberitahu kepada pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat atau BN.
Jika suatu hari ini perpaduan seperti yang diharapkan itu menjadi kenyataan, sekurang-kurangnya Najib dan Abdul Hadi akan dikenang sebagai penyelamat bangsa Melayu dan Islam. Buat masa ini, pemimpin dan penyokong Umno serta Pas harus merenung sejenak bagaimana nasib orang mereka selepas Pilihan Raya Umum Mac tahun lalu dan bagaimana ada pihak yang begitu berani memperlekehkan umat Islam dan institusi raja Melayu. Ketepikan soal politik buat sejenak dan bersama-sama merenungkan masa depan, tanpa terlalu memikirkan siapa boleh berkuasa atau menjadi perdana menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Rabu, Jun 24, 2009
Eksklusif - Ketua Dewan Ulama Pas, Perlis Didakwa Mendera Isterinya.

Macam-macam dah cerita tentang Pakatan Pembangkang kita dengar hari ini. Shahboy yang baru balik dari kampung ni pun dibuatnya tak senang duduk. Hari ini kalau rakan-rakan membaca Surat Khabar Berita Harian m/s 12 tentu akan jumpa artikel ni. Seorang ustazah yang merupakan Isteri orang kenamaan PAS mendakwa hanya menerima nafkah RM300 daripada suaminya, Abdul Rashid Rahman, 59, yang juga Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, sepanjang 10 tahun mendirikan rumah tangga. Apa dah jadi dengan Orang-orang PAS ni.. Cakap mengenai ISLAM cukup gah.. tetapi perangai macam orang yang tidak ada akal!!!
Dakwaan itu dibuat Siti Rosmala Mohamed, 37, di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Kangar, Mohd Zaidi Abdullah, pada hari pertama perbicaraan kes tuntutan fasakh yang difailkannya, semalam. Menurut Siti Rosmala lagi, nafkah RM300 itu diterima pada bulan pertama iaitu September 1999 dan tiada lagi nafkah sehingga hari ini. Tidak cukup dengan itu Abdul Rashid juga dituduh mendera Isterinya juga.Siti Rosmala turut mendedahkan suaminya juga bertindak kejam dengan memukulnya termasuk di kepala, selain dirotan hanya kerana kesalahan kecil.
"Dari luar dia memang kelihatan baik dan warak, tetapi sebenarnya dia lelaki yang kejam dan panas baran," katanya.
Menjawab soalan peguamnya, Shazril Khairy Mustafa mengenai nafkah batin, Siti Rosmala berkata suaminya tidak pernah lupa menunaikannya.
"Dari segi batin dia tidak pernah lupa. Kalau boleh setiap hari dia mahu sehingga kadangkala dia tetap memintanya walaupun saya dalam pantang," katanya.
Hakim menangguhkan perbicaraan dan menetapkan 24 Ogos sambung bicara. Siti Rosmala, ustazah di Sekolah Menengah Tunku Bendahara di Kodiang, memfailkan tuntutan fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Kangar bagi menuntut perceraian daripada suaminya selepas mengakui tidak tahan lagi dipukul dan didera.
Permohonan itu difailkan melalui Shazril dengan menamakan suaminya yang juga calon Pas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Santan pada Pilihan Raya Umum ke-12 sebagai defendan. Bagaimanapun, defendan tidak hadir dan diwakili peguamnya, Zulmi Sabry. Terdahulu, Siti Rosmala menghadiri prosiding dua lagi kes berjalan serentak di Mahkamah Tinggi Syariah berhubung hak penjagaan tiga anak berusia dua setengah tahun dan sembilan tahun. Ia membabitkan sebutan semula kes yang difailkan Siti Rosmala pada 10 April tahun lalu. Mahkamah Tinggi Syariah Kangar pada 14 April 2008 memutuskan hak penjagaan sementara diberikan kepadanya.
Sementara satu lagi kes membabitkan permohonan difailkan Abdul Rashid pada 25 Julai 2008 untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kangar pada 14 April tahun lalu.
Naib Presiden 1 Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
dipetik dari : blog brokenthecode.