Popular Today

Sabtu, November 14, 2009

Kantoi.... PKR Selangor agihkan projek kepada kontraktor Pakatan Rakyat!!

0 Komen!!!
Selangor, negeri yang dikatakan telus dalam pentadbirannya telah terkantoi.. akibat keceluparan blogger mereka... Blogger ini mengakui bahawa memang terdapat kouta tertentu untuk kontraktor politik Pakatan Rakyat bagi projek di Selangor.

Nampak gaya penulisannya.. beliau macam antara kontraktor yag kecewa tak dapat projek dari DHA....

Walaupun dia menuduh Hassan ALi (DHA) adalah boneka Umno yang dihantar ke dalam Pas... namun kerana kebodohan beliau telah membocorka rahsia Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.. yang biasanya menganggap diri mereka suci dan telus... konon je la.



Beliau berkata "Sepatutnya Pas lebih melalui DHA. 18% kuota pas telah diperolehi oleh kontraktor-kontraktor umno." (klik disini).

Jika ada kouta PAS untuk projek di Selangor pastinya ada kouta yang lain untuk PKR dan DAP... sebagai kerajaan Negeri semestinya kouta PKR pasti akan lebih besar....

Cuma bingainya blogger ni dalam mempersoalkan kontraktor UMNO namun otak dia guna di lutut... di bawah niadalah reaksi komen kepada posting blgger tersebut:-

kalau buat tender terbuka, sape2 pon boleh dapat bingai

org pas tak kecoh pon, tak kebulur pon tak dapat projek, yg kau sibuk sgt ni nape? org pkr suruh?

aku sebagai pembayar cukai, peduli apa aku sape yg dapat kontrak atau projek. yg aku nak projek tu siap, masalah aku selesai. bg kat bapak sendiri un tp projek terbengkalai pon buat pe

lu ni napeeee la bingai sgt

ANUwar AlJuburi hanya layak orang no. 2

6 Komen!!!

NTV7 hari ini membuat 2 kali poll berkenaan SIAPAKAH YANG PALING LAYAK TERAJUI PAKATAN RAKYAT.

Polls pada berita jam 7 petang tadi dan 8malam. Berita jam 7 dalam bahasa Melayu, kebanyakan orang melayu. Jam 8 dalam bahasa Inggeris terdiri dari semua kaum..(Baca di sini).

Tajuk polls.

SIAPAKAH YANG PALING LAYAK TERAJUI PAKATAN RAKYAT.

Berita jam 7 (Bahasa Melayu)

1. TGNA 50%
2. Anwar 30%
3. Lim Kit Siang 9%
4. Hadi Awang 9%

 Berita jam 8 (Bahasa Inggeris)

1. TGNA 44%
2. Anwar 33%
3. Lim Kit Siang - lupa
4. Hadi Awang - lupa

Dalam hidup ANuwr ni memang dah ditulis... beliau hanya layak jadi orang no 2.. jadi janganlah bemimpi nak jadi orang no.1... Begitu;ah yang berlaku kepada ANuwar ketika dalam UMNO dahlu... kini dalam Pakatan Rakyat pun sama... hang tu taklah popular sangat berbanding Nik Aziz...

Jadi jika orang kanan PKR pun tak cadangkan bos mereka bahkan mencadangkan agar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi ketua atau pengerusi Pakatan Rakyat pertama.

Jika orang dalam PKR pun tak yakin dengan Anuwar.... memanglah paut ANuwar jadi orang no.2 je....

Apatah lagi idea tersebut mendapat sokongan dari Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang memang terkenal dengan pro-hadi...

Mustafa mengakui bahawa Nik Aziz adalah antara ikon penting yang mengikat parti-parti dalam Pakatan Rakyat dan jika cadangan Zaid itu boleh diterima oleh lain-lain pimpinan Pakatan, beliau menyokong cadangan itu.

Sebab orang no.1 dalam Pakatan Rakyat boleh lah dianggap automatik akan jadi PM... itulah yang sepatutnya berlaku... Jadi bila Anuwar nak jadi PM..... Maka Nik Aziz pula terkenal pula kalau dah pegang sesuatu jawatan memang susah nak bagi kepada orang lain... lihat sahaja di Kelantan berapa lama Nik Aziz nak pegang menjadi MB.. sampai ada jolokan kepada Nik Aziz... sebagai Maha Firaun alaf baru.... sindrom nak pakai jawatan sampai mati akronim yang lain kepada Firaun..

Tapi kalau Anuwar tak sabar sangat jadi orang No.1.... apa lagi buat je rampasan kuasa... macam biasa yang beliau buat macam biasa... macam yag hang buat ketika dalam UMNO dan yang sekarang yang hang masuk campur tangan (tangan ajaib) dalam krisis PAS... Sekarang nampak ada usaha pula orang Pro Anuwar dalam PAS nak serang keluarga Nik Aziz.... Sebelum ni tak pernah berlaku apa pun dengan keluarga Nik Aziz... tiba-tiba ada mahluk Kickdefella iaitu orang kesayangan HUsam dan ANuwar menyerang keluarga Nik Aziz.... timbul cerita SPRM dalam pjabat MB Kelantan dan timbul juga cerita tajaan RM 65,000 kepada Nik Aziz nak gi ke Mekah...

Siapa lagi yang timbulkan cerita ni kalau bukan orang dalam...

Berhati-hatilah dengan Anwar Aljuburi ni.... semua yang dijaganya pasti akan lingkup,..

Pendedahan : Azmin dan kroni didakwa beli saham bernilai RM 8.5 Juta

1 Komen!!!
SHAH ALAM 13 Nov. – Pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia, S.A. Vickneswaran mendakwa memiliki dokumen berkaitan pembelian saham melibatkan tiga individu termasuk Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang mencecah RM8 juta pada awal 1990-an.

Dua lagi individu yang terbabit seperti didakwa dalam dokumen itu ialah isteri Azmin, Shamshida Tahrin dan iparnya, Jamal Tahrin.

Vickneswaran mendakwa, dokumen itu diterima daripada seorang lelaki tidak dikenali yang menyerahkannya kepada pengawal keselamatan di rumahnya di Kota Kemuning pada pukul 3 pagi, semalam.

Katanya, kesemua dokumen itu hanya dibuka di sebelah pagi iaitu semasa bersarapan.

“Setelah diteliti saya mendapati dokumen itu melibatkan urusan peruntukan unit-unit saham, pembelian saham dan jumlah kemasukan wang dalam akaun-akaun yang melibatkan tiga individu.

“Mengikut dokumen ini dalam tempoh tiga tahun mulai 1992, seorang daripadanya telah membelanjakan kira-kira RM800,000 untuk membeli saham, manakala jumlah saham yang dibeli seorang lagi mencecah RM8.5 juta,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Bagaimanapun Azmin gagal dihubungi bagi mengulas dakwaan itu.RM8j?

Sumber : Utusan Malaysia

ANUwar.. Ppttuihh!!!! : Gaji RM 1 atas meja, Komisyen RM 1,000,000 bawah meja

0 Komen!!!

Semua ni trick je.... kalau dah nama penipu tu memang penipu... mana ada satupun dakwaan ANuwar tu betul sehingga sekarang... cuba buktikan!!!

Dakwaan hendak ke Putrajaya, Kerajaan 16 September.... apatah lagi nak jadi PM... semua tak berjaya...

Jika hendak jaga PKR sendiri huru hara inikan lagi nak jaga Malaysia... ada yang letak jawatan, ada yang jadi ahli  bebas. Yang dipilih hanya kroni sahaja, Kalau bukan kroni akan disingkir....

Ini yang hendak dijadikan pemimpin... kau ni memang buat lawak la ANUwar..

Hari ni dikatakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik penasihat ekonomi Selangor, dengan gaji serendah RM1 sebulan, umum Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.

Menteri Besar berkata perlantikan Anwar akan membantu menjana ekonomi dan memacu pembangunan Selangor.

Gaji je dikatakan RM 1.. (entah betul entah tidak.. tapi memang tak betul... PKR ni kata mana ada yang betul semua penipu sahaja.... ) Tapi komisyen RM 1Juta... tu tidak termasuk duit sulit dari CIA, Amerika... yang mengupah ANUwar untuk menjahanamkan negara...

Rakyat dah muak dengan drama murahan ANuwar ALjuburi nii.... pppttuih!!!

Forensik UK dilantik untuk bedah semula Beng Hock

0 Komen!!!
SHAH ALAM 13 Nov. — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melantik seorang pakar forensik bebas Prof. Dr. Peter Vanezis dari United Kingdom, untuk menjadi pemerhati dalam bedah siasat kedua terhadap mayat Teoh Beng Hock pada 22 November ini.

Datuk Abdul Razak Musa, peguam pemerhati SPRM pada inkues bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock, berkata demikian kepada media selepas prosiding inkues ditangguhkan hari ini.

Abdul Razak berkata, Dr. Vanezis merupakan pengarah bagi Cameron Centre for Forensic Medical Sciences, London, dan telah mengendalikan sebanyak 2,000 autopsi kes kematian mengejut, yang 1,500 daripadanya membabitkan homisid.

Mayat Teoh akan digali semula pada 21 November atas permintaan keluarganya untuk bedah siasat kedua yang juga akan dihadiri pakar patologi Thailand, Dr. Porntip Rojanasunan, bagi pihak kerajaan negeri Selangor.

Prosiding inkues hari ini ditangguhkan sehingga 9 Disember untuk mendengar keterangan ahli majlis perbandaran Kajang, Tan Boon Wah, yang terlibat dalam kes saman sivil terhadap SPRM yang akan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi minggu depan.

- BERNAMA

Jumaat, November 13, 2009

Tiada arahan pemimpin UMNO demo kepala lembu : MB Selangor

0 Komen!!!
Menteri besar Selangor berkata penyokong Umno mungkin terlibat dalam perarakan membawa kepala lembu bagi membantah pembinaan kuil di Shah Alam, akhir Ogos lalu, tetapi mendakwa ia bukanlah atas arahan pemimpin parti berkenaan.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau selaku menteri besar harus mengambil sikap profesional dan tidak boleh menyalahkan keseluruhan parti Umno atas kesilapan yang mungkin dilakukan oleh segelintir anggota parti berkenaan.

"Bukan saya kata Umno tidak terlibat. Mungkin ahli parti itu ada buat tapi tidak ada arahan atau resolusi (untuk berarak membawa kepala lembu) daripada Umno.

"Kita kena bezakan antara parti dengan penyokong parti," katanya, mengulas kritikan yang dilemparkan seorang ADUN Pakatan Rakyat di persidangan DUN semalam.

Wakil rakyat Kota Alam Shah, M Manoharan melahirkan rasa kecewa terhadap Khalid yang didakwa membersihkan nama Umno berhubung demonstrasi kontroversi itu di depan bangunan SUK Selangor, 28 Ogos lalu.

Pemimpin DAP itu juga berkata menteri besar tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan tersebut kerana beliau sendiri "mengetahui Umno memang terlibat dalam perarakan tersebut."

Dalam sidang media selepas menghadiri sidang DUN tengah hari ini, Khalid menjelaskan beliau perlu bersikap profesional dan tidak membuat kenyataan politik yang melulu.

"Saya sebagai menteri besar tidak boleh keluarkan kenyataan seperti itu (kata Umno terlibat), saya kena profesional walaupun kenyataan saya itu tidak 100% politically correct," katanya lagi.

Sumber : Malaysiakini

Zalimnya pemimpin PAS : Khalid diberi peringat lisan berhubung isu bai’ah

0 Komen!!!


Amalan bai'ah talak tiga yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Pas Shah Alam Khalid Samad tidak dipersetujui dan direstui oleh pucuk pimpinan Pas kerana ia merendah-rendahkan kaum wanita.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya telah memberi peringatan secara lisan kepada Khalid berhubung tindakannya itu.

Beliau berkata, ini adalah kes yang pertama dan tidak pernah berlaku sejak Pas bertanding dalam pilihan raya di negara ini.

Pengakuan Khalid Samat ni hanya dilihat sebagai 'scapegoat' atau kambing hitam sahaja bagi meredakan amarah rakyat Melaysia kepada pemimpin PAS..

Tapi biar rakyat melihat bagaimana Pemimpin PAS bertindak zalim ke atas anak isteri mereka....

Jika anak isteri pun mereka boleh zalimi apatah lagi rakyat... mudah sahaja untuk mereka zalimi rakyat... semuanya buat-buat bodoh..

Sumber :- Utusan

Kelantan Serambi Rasuah : Nik Aziz batal hasrat ke Mekah

0 Komen!!!
P1010795


Nik Aziz dituduh menerima rasuah untuk pergi ke Mekah bersama keluarga RM 65,000






Dalam kuliah jumaat di Dataran Ilmu sekejap tadi TGNA telah membatalkan hasratnya untuk menunaikan Haji ke Mekah pada 18 Nov nanti. TGNA tidak nyatakan secara jelas sebab-sebab pembatalannya itu, cuma TGNA ada menyatakan bahawa beliau dan menantunya telah difitnah dan dikhianat.

Namun pemergiannya ke Mekah baru-baru ini dikaitkan dengan isu rasuah Syarikat Iklan yang bakal menaja sebanyak RM 65,000.

Kelantan kini dilanda keadaan kelam kabut, apabila PMBK dilanda isu Rasuah manakala MB Kelantan dituduh menerima rasuah..

Adakah ini tindak balas kumpulan Anti-Erdogan yang mendedahkan 'tajaan @ rasuah' MB Kelantan untuk ke Mekah..

Kelantan Serambi Rasuah..


Sumber : Pinkturtle

Kongsi Link Anda