Nik Aziz hari ini membuat kunjungan balas kepada Lee Kuan Yew sempena ziarah mendiang Isteri Lee Kuan Yew [rujuk sini].Namun peliknya semasa Tuanku Sultan Kelantan gering di Singapura, Nik Aziz dan kepimpinan PAS negeri Kelantan langsung tidak melawat pun [rujuk sini]. Nampaknya Lee Kuan Yew lebih penting dari Sultan Kelantan dari pandangan Nik Aziz. Malangnya rakyat Kelantan dapat MB macam ni..
Lee Kuan Yew adalah Menteri Mentor Singapura yang bertanggungjawab terhadap penghapusan etnik Melayu di sana.
Etnik Melayu di sana bukan sahaja dipinggirkan bahkan ditindas akibat dasar yang dibuat Lee Kuan Yew. Akibatnya Melayu Singapura menjadi Melayu hina yang diberi jawatan tidak penting dalam kabinet Singapura dan lebih-lebih lagi tiada orang Melayu yang memegang jawatan penting dalam kerajaan Singapura akibat dasar diskriminasi ala aparteid yang diamalkan Lee Kuan Yew. Apatah lagi mengenai gerakan Islam Singapura yang terus mati akibat dasar Lee Kuan Yew.
Pada tahun lepas Lee Kuan Yew telah melawat beberapa negeri di Malaysia termasuklah negeri 'protege'nya Pulau Pinang dan Kelantan.
Pemergian Nik Aziz ke Singapura adalah satu pengiktirafan Nik Aziz terhadap segala tindakan jahat Lee Kuan Yew terhadap Melayu dan Islam... namun apa peduli bagi PAS.. apa yang penting bagi mereka ialah sokongan dan undi kaum Cina... pemergian Nik Aziz ini pastinya ada signifikan terhadap sokongan kaum Cina terhadap PAS.
Nik Aziz nampaknya kini semakin tunduk kepada Lee Kuan Yew dan Singapura..
Begitulah malangnya umat Islam di Malaysia ini apabila Tok Guru pun mengiktiraf tindakan jahat Lee Kuan Yew itu.







