Popular Today

Isnin, September 15, 2014

Hadi bersendirian.. PKR dan DAP tinggalkan ceramah PAS!!

3 Komen!!!

Biasanya mana-mana Pilihanraya Kecil puak pimpinan PR sedia menampilkan  barisan penceramah dan tiada sebelum ini hanya pemimpin satu-satu parti sahaja yang berceramah.

Sebelum ini di Kajang, Kuala Besut, Sg Limau peceramah PAS, PKR dan DAP semua akan duduk dalam satu pentas untuk menghentam UMNO..

Tetapi berbeza dengan Pilihanraya Kecil N.01 Pengkalan Kubor.. PAS bersendirian atas pentas ceramah mereka.. tiada kelibat pemimpin PKR dan DAP yang turut sama berceramah dan ini adalah malam kedua.

Di PRK Pengkalan Kubor ini adalah medan rakyat untuk melihat sejauh mana kerjasama PAS dan PKR serta DAP semakin kukuh ataupun longgar.

Disini tiada nampak pun jentera PKR dan DAP dilihat membantu jentera PR.. Jentera PAS kali ini juga dilihat bersendirian tanpa bantuan kawan PR yang lain.. kalau tidak di PRK yang lalu jentera PAS lah sebenarnya yang berhempas pulas membantu kemenangan calon PR yang lain..

Akhirnya PAS ditinggalkan bersendirian..  

PAS mula takut!! Penceramah PAS hentam calon BN #PengkalanKubor

4 Komen!!!



Sangat menyedihkan.. apabila penceramah PAS kelihatan ketandusan isu. Sasaran ceramah mereka sekarang ialah calon BN, Cikgu Mat Razi Mat Ail yang di hentam sebagai Ustaz Jadian..

Ceramah PAS mlm ni di Telaga Bata menghentam Ustaz Sekolah Pondok sebab dia calon BN.. ianya menimbulkan persoalan?? apa salahnya dia nak mengasas dan mengajar sekolah pondok?? .. kan mendidik sesuatu yang mulia apatah lg mengajar sekolah pondok?? lagipun dia tak de pun minta sesen pun duit dari pemimpin PAS.. yang PAS marah tak tentu pasal kenapa??

Rasanya penceramah PAS dah tak de isu hentam calon BN sehingga Pondok ni dihina oleh mereka. Semua isu yang dimainkan adalah menghentam dan memperkecilkan calon BN.. perlekeh dia mengajar Qiraati kat pondok... sampai us Lah terpaksa cerita tntg definisi sekolah pondok.. sbnrnya itu tidak isu pun.. apa salahnya dia ajar sekolah pondok.. kenapa perlu perlekeh pula.?? pelik??

Tidak perlu dinafikan lagi.. ini adalah tindakan desprate pemimpin PAS untuk burukkan calon BN kerana beliau dari sekolah pondok?? adakah Pas takut dengan calon ini?? kalau tidak takut kenapa perlu menghentam!!

Ahad, September 14, 2014

Undilah Cikgu Mat Razi #PengkalanKubor #OreKito

0 Komen!!!


Ceramah Hj Hadi tidak mendapat sambutan di Simpangan #PrkPengkalanKubor

0 Komen!!!



Semalam program PAS mendapat tamparan apabila kehadiran terlalu sedikit bagi kehadiran Pemimpin utama PAS seperti Hj Hadi, Mat Sabu, Tn Ibrahim dan  Dato' Nasarudin Daud.

Program ceramah yang diadakan di UPU PAS Simpangan pada malam tersebut hanya mendapat kehadiran seramai 50 orang.  Nampaknya seperti tiada sambutan diberikan penduduk tempatan kepada penceramah PAS di sini.

Mungkin penduduk di sini telah "masak" dengan fitnah yang disampaikan oleh penceramah PAS ini.

PAS kini masih mengalami krisis perpecahan dalaman antara mereka antara golongan Ulama dan Anwarisme dalam PAS.



 

Sabtu, September 13, 2014

Jadi calon boleh takkan bayar sama tak boleh!!

0 Komen!!!

Sebelum ini, bekas calon PAS di PRK Kuala Besut, Che Long yang merupakan seorang kontraktor kelas A telah didedahkan dengan  11 saman polis yang tidak berbayar yang berjumlah hampir RM4000.

Kini, calon PAS di PRK Pengkalan Kubor pula yang juga merupakan seorang kontraktor binaan lepasan Institut Kemahiran MARA telah didapati mempunyai saman polis yang tidak berbayar


Apabila KLXpress meminta pendapat penduduk kawasan setempat mengenai isu ini, rata-rata menyatakan bahawa Wan Rosdi seharusnya menjelaskan saman sebelum berniat untuk bertanding. Pihak kepimpinan PAS pula perlulah peka terhadap calon mereka supaya tidak mempunyai sebarang kesalahan yang boleh menjejaskan kredibiliti calon apabila bertanding kelak.

“Selesaikan saman dahulu sebelum bertanding!” ujar seorang pengundi di DUN tersebut.

Kecenderungan PAS memilih calon yang merupakan latar belakang kontraktor juga menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan pengundi.

Seorang penyokong PAS berasa kecewa apabila golongan bukan Ulama dipilih sebagai calon PAS.

“Tak serik lagi ke kalah di Kuala Besut dulu? Masalah di Selangor pun sudah jelas menunjukkan kita kena ada ramai golongan ulama sebagai wakil rakyat. Kalau tidak, kena pijak saja lah!” ujar beliau yang namanya tidak mahu dikenali.

sumber : klxpress

Cara Wan Azizah persenda calon PAS Pengkalan Kubor

0 Komen!!!


Pada penamaan calon td tidak kelihatan langsung kelibat presiden PKR, Wan Azizah dan ketua Umum mereka Anwar Ibrahim.

Mereka dilaporkan pada masa tersebut ada program bersama Tadika di Kelana Jaya, Selangor..

Bagi orang politik secara sedar mereka faham dengan tindakan Presiden PKR ini hanya mempersenda calon PAS Pengkalan Kubor.. bagi rakyat perkara tadika ini terlalu kecil berbanding pilihanraya.

Sebenarnya pilihanraya ini adalah medan untuk rakyat melihat sejauh mana hubungan PAS dengan rakan PR mereka iaitu PKR dengan DAP..

Terbukti pada penamaan calon tadi terbukti hubungan PAS dan juga yang masih lagi dingin. Semua gara-gara kes pelantikan MB Selangor baru-baru ini yang masih belum selesai kemelut PR.

Dendam Anwar dan Azizah pada masih lagi membara dan tindakan mereka tanya hanya cara untuk memperlekehkan PAS..

DAP boikot Penamaan Calon PAS PRK Pengkalan Kubur

6 Komen!!!

Ketiadaan tokoh DAp pusat mahupun negeri mengiringi calon PAS Pengkalan Kubur..

Begitu juga PKR.. tiada pemimpin utama mereka yg ikut penamaan calon PAS..

Suasana penamaan calon PAS kali ini adalah berbeza.. PAS dilihat bersendirian tidak diiringi rakan PR mereka.. kalau tidak dalam suasana begini mesti ramai apek2 cina yg bawa bendera PAS.. tp kali ini tidak..

Dengan kata lain PAS telah diboikot oleh rakan PR mereka..

Selepas naikkan VEP, Singapura naikkan kadar tol pada 1 Oktober

1 Komen!!!

Kadar VEP Singapura..


Sebelum
Selepas 1 Ogos
Tempoh
VEP/ HARI
KERETA
S$20
(RM 51.40)
S$35
(RM 90.00)
Isnin-Jumaat
(2.00 pg - 5.00 ptg)
MOTORSIKAL
S$4
(RM 10.30)
S$4
(RM 10.30)
GVP/ BULAN

S$10
(RM 25.72)
S$40
RM 102.88)
Tempoh tiada VEP :
Isnin - Jumaat (5.00 ptg - 2.00 pg)
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum Singapura
Kenaikan Kadar VEP Songapura pada 1 Ogos 2014


Tol Malaysia
Tol Singapura
Sebelum
selepas 1 Ogos
Sekarang
selepas 1 Oktober
Kereta
RM 2.83
RM 16.50
RM 3.10
RM 16.50
Bas
RM 2.30
RM 13.40
RM 2.60
RM 13.50
Van/ Kenderaan Muatan Ringan
RM 4.63
RM 25.00
RM 4.90
RM 25.00
Kenderaan Muatan Berat
RM 6.18
RM 33.50
RM 6.70
RM 33.00
Teksi
RM 1.30
RM 8.20
RM 8.20
RM 8.40
*Angka diatas dalam ringgit berdasarkan kadar pertukaran 12 Sep 2014
* Motosikal dikecualikan daripada tol

Mulai 1 Oktober ini, kadar tol untuk semua kenderaan (kecuali motosikal) yang meninggalkan Singapura melalui Tambak Johor akan dinaikkan.
Kenyataan Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) menyebut ini kerana menjadi amalan Singapura untuk memadankan kadar tol di Tambak Johor dan Link Kedua dengan apa yang ditetapkan oleh Malaysia.
Menurut kenyataan itu, kadar baharu tol akan turut dikenakan ke atas semua kenderaan (kecuali motosikal) yang memasuki Singapura menerusi Tambak Johor.
Bagaimanapun, LTA menyebut tiada perubahan dalam kadar yang dikenakan di tol Link Kedua.
Kadar tol sedia ada bagi kereta yang meninggalkan Singapura akan meningkat kepada S$3.80 (dari S$1.20) manakala van dan lori serta bas kecil S$5.80 (dari S$1.90), Kenderaan berat pula S$7.70.
Kadar tol bagi teksi serta bas pula akan meningkat kepada S$1.90 dan S$3.10 berbanding S$0.60 dan S$1 sebelum ini.
LTA akan mengenakan bayaran sebanyak $2.70 untuk kereta, $4 (van/lori serta bas kecil), $5.30 (kenderaan berat), $1.40 (teksi) dan $2.20 (bas) yang memasuki Singapura.
Bagi kereta dengan nombor pendaftaran asing, LTA berkata kadar bayaran akan direkod dalam sistem tol dan dipamer kepada pemandu ketika memasuki Singapura.
Pembayaran akan ditolak hanya selepas meninggalkan Singapura (sama ada melalui Tambak Johor atau Link Kedua) bersama-sama kadar tol keluar, bayaran Permit Masuk Kenderaan (VEP) dan caj Jalan Berbayar Elektronik (ERP) (jika ada).
Perkara sama juga akan dilakukan di tol Link Kedua.
– Bernama, 12 September, 2014.

Kongsi Link Anda