Popular Today

Sabtu, Jun 13, 2009

Karpal : Presiden PAS memalukan Pakatan Rakyat

1 Komen!!!
Tindakan menyelar presiden parti ISlam sebagai memalukan oleh Krpal Singh ini sepatutnya dilihat sebagai menjatuhkan maruah PAS. Tindakan seorang kafir yang menolak hudud dan negara Islam ini sepatutnya mencabar maruah PAS, itupun jika PAS ada maruah dan harga diri.

Tapi nampaknya jika ahli PAS sendiri dah menyelar presiden parti mereka apatah lagi orang lain. Inilah budaya baru yang berada di dalam PAS apatah lagi dengan kecanggihan teknologi maklumat semakin mudah budaya fitnah, keji, hina yang memang dalam PAS ini tersebar. Inilah gambaran jelas dengan apa yang berlaku dalam PAS

Pengerusi DAP, Karpal Singh ini menyelar Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan menyifatkan Presiden Pas itu sebagai memalukan pakatan pembangkang berikutan cadangan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan bersama UMNO.

Karpal juga meminta Abdul Hadi memohon maaf kepada bukan sahaja DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai rakan dalam pakatan pembangkang tetapi juga kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

''Abdul Hadi perlu meminta maaf kepada DAP dan PKR serta Nik Aziz kerana mencetuskan cadangan untuk berunding dengan UMNO yang merupakan satu pelanggaran jelas terhadap keikhlasan beliau bekerjasama dengan DAP dan PKR.

''Diharapkan pada masa depan Abdul Hadi perlu berfikir dua kali sebelum membuka mulut. Beliau sekarang sudah memalukan pakatan pembangkang,"

Najib : 1Malaysia tidak akan sentuh perlembagaan walaupun seinci!

0 Komen!!!
Penegasan ini banyak memberi kelegaan kepada bangsa Melayu, dalam keadaan parti pebangkang yang mahukan menghapuskan hak keistimewaan bangsa Melayu, UMNO dan BN perlu menghormati hak sebagaimana yang ada dalam perlembagaan negara. Kita telah melihat tindakan DAP, PKR dan PAS yang melampaui perlembagaan negara akan memberi rasa tidak selesa kepada rakyat negara ini.

Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan pelaksanaan konsep 1Malaysia tidak akan mengetepikan hak-hak orang Melayu dan bumiputera seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, malah terus diperkasakan.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, walaupun bertanggungjawab kepada semua kaum, Najib tetap mahu agenda orang Melayu diberikan perhatian utama.

"Kita mengalu-alukan dan amat senang hati apabila Perdana Menteri menyebut konsep 1Malaysia tetap bertunjangkan kepada Perlembagaan Negara, ini asasnya.

"Sebagai Perdana Menteri yang menunaikan kewajipan kepada semua kaum rakyat Malaysia, agenda Melayu tetap dekat di hatinya (Najib)," katanya.

Malaysia bukan Singapura dan bukan Amerika yang menghapuskan hak kaum peribumi untuk kekal berkuasa. Malaysia juga bukan Thailand dan Indonesia yang tidak mengormati kaum lain sehingga tidak ada sekolah cina, nama cina dan sebagainya. Malaysia ialah Malaysia ia ada acuannya sendiri.

Jumaat, Jun 12, 2009

Mahkamah : gantung Zambry dan 6 EXCO tidak sah

0 Komen!!!
Sekali lagi mahkamah putuskan Sivakumar salah gunakan kuasa speaker!

Oleh itu, perintah penggantungan selama 18 bulan terhadap Zambry dan 12 bulan bagi ahli exco dibuat Speaker V Sivakumar adalah tidak sah dan batal kerana Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exconya tidak boleh digantung daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) atas dakwaan menghina kerana kesalahan itu tidak diperuntukkan di bawah perlembagaan negeri, demikian diputuskan Mahkamah Persekutuan, semalam.

Hakim Datuk Seri S Augustine Paul dalam penghakiman bertulisnya berkata, Perkara 44 Perlembagaan Negeri Perak dibaca bersama Perintah Tetap Enakmen Dewan Undangan Negeri (Hak Istimewa) 1959 tidak memperuntukkan kesalahan menghina dan hukuman penggantungan daripada menghadiri sidang DUN.

"Kuasa menangani isu menghina, yang tidak diperuntukkan dalam Perintah Tetap DUN, bukan sesuatu yang Speaker boleh mengambil maklum kerana ia memerlukan satu undang-undang berkaitan dengannya," kata Augustine dalam penghakiman 64 muka surat bertarikh 3 Jun dan diperoleh semalam.

"Perlu ada pihak berkuasa undang-undang yang khusus untuk mengetahui dan memberi hukuman bagi kesalahan menghina. Ini khususnya ketara di mana dakwaan menghina dilakukan di luar DUN," katanya.

Pada 16 April lalu, Mahkamah Persekutuan memutuskan perintah penggantungan terhadap Zambry dan enam exco - Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Ramly Zahari, Hamidah Osman, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Dr Mah Hang Soon oleh Sivakumar adalah melampaui perlembagaan negeri dan oleh itu tidak sah dan batal.

Pada 2 Mac lalu, Zambry dan anggota exco terbabit memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Ipoh bagi membatalkan keputusan Sivakumar kerana tindakan itu bertentangan dengan undang-undang.

Mereka juga memohon satu pengisytiharan bahawa mereka berhak mengambil bahagian dalam sidang DUN dan menjalankan fungsi serta kewajipan masing-masing.

Dalam penghakiman itu, Augustine berkata: “Penggantungan terhadap pemohon dilakukan berdasarkan Perintah Tetap 72 DUN. Tuduhan terhadap mereka menyatakan tindakan mereka itu diibaratkan sebagai menghina.

"Oleh kerana penghinaan tidak dinyatakan secara khusus, tindakan tidak boleh diletakkan di bawah Perintah Tetap 72.

"Perintah Tetap 72 memberi kuasa kepada Jawatankuasa Hak Istimewa mengambil maklum sebarang perkara yang nampak menjejaskan kuasa dan hak istimewa dewan itu,” kata Augustine. - Bernama

PKR dan DAP persoal hala tuju PAS

2 Komen!!!
Kita biasa dengar dengan kata-kata hikmah ini "jika kita gagal merancang, kita sebenarnya merancang untuk gagal".. ini adalah kata orang. Aku tertarik dengan laporan berita Malaysiakini yang melaporkan..

Pemuda Pakatan debat halatuju PAS

Tiga Ketua Pemuda parti komponen Pakatan Rakyat akan berkongsi pentas 16 Jun ini untuk membincangkan halatuju PAS ekoran isu-isu yang timbul selepas muktamar parti itu minggu lalu.

Mereka ialah Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan Tantawi; Ketua Pemuda Sosialis DAP yang juga ahli parlimen Rasah, Anthony Loke dan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin.

Seorang lagi panelis ialah bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Menurutnya lagi, empat persoalan utama yang bakal dibincangkan dalam majlis tersebut ialah:

bullet button Dengan pimpinan baru yang dipilih, ke manakan PAS ingin menuju selepas muktamar?

bullet button Mengapakah Presiden PAS ingin mengutarakan tentang konsep kerajaan perpaduan?

bullet button Apakah persediaan untuk mengambil alih Kerajaan Persekutuan telah dijalankan dalam Pakatan Rakyat?

bullet button Bagaimana hubungan di antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat?


Kini hala tuju PAS didebatkan oleh parti jiran-jiran mereka, iaitu DAP dan PKR. Maksudnya oranglain pula mencampuri urusan rumahtangga kita. Jiran kita datang ke rumah kita dan menyuruh kita membuat itu dan ini mengikut kehendak mereka. Agaknya dimana maruah kita? sampai jiran kita pula mencampuri urusan kita. Tapin ini perumpamaan yang berlaku kepada PAS pada hari ini.

Nampaknya PAS dilihat kini umpama orang dungu oleh sahabat mereka iaitu PKR dan PAS yang tidak pernah dibuat oleh UMNO kepada komponen BN dan begitulah sebaliknya.

Tidak cukupkah ini namanya PAS sebagi kuda tunggangan..

Terjemahan Amanat Haji Hadi Versi BI

0 Komen!!!

PAS should be banned?

(Malaysian Insider)

PAS, as I understand it, stands for Parti Islam Se-Malaysia (Pan-Malaysian Islamic Party). In 1981, Datuk Abdul Hadi Awang, its current president, said this:

“My brothers, believe me. We oppose Umno not because its name is Umno, we oppose the Barisan Nasional not because its name is Barisan Nasional. We oppose them because they continue with the constitution of the colonial, continue with the regulations of the infidel, continue with the regulations of the ignorant. Because of that we struggle to fight them. Believe me brothers, our struggle is a divine struggle (jihad). Our speech is jihad, our donation is jihad and because we struggle against these groups, if we die in our fights, our death is martyrdom, our death is an Islamic death. We do not have to join the Jews, we do not have to profess Christianity, we do not have to profess Hinduism, we do not have to profess Buddhism, but we will be infidels if we say politics is a quarter and religion is a quarter.”

Dan ni versi bahasa Melayu

"Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.


Nampaknya amanat Haji Hadi ditimbulkan kembali tetapi bukan dari UMNO... tetapi kumpulan yang anti-perpaduan Melayu dan Islam.. dalam politik tiada ertai sahabat selamanya dan erti musuh selamanya...

Jangan Melayu umpama melukut ditepi gantang...

1 Komen!!!
Malaysia dan Singapura banyak mempunyai sejarah lama samada dari aspek ekonomi mahupun politik. Dari aspek ekonomi memang tidak dapat dinafikan, ekonomi Singapura yang pesat serta Johor yang rancak membangun memberi limpahan ekonomi kepada rakyat Johor.

Terkini pula cadangan untuk membina jambatan ketiga telah disepakati oleh Singapuran dan Malaysia. Bagi Rakyat Johor setentunya mengalu-alukan jambatan baru ini kerana memberi peluang ekonomi apatah lagi ianya dibuat di kawasan yang agak ketinggalan kerana 'tersembunyi' sebelum ini iaitu di kawasan Pengerang, Kota Tinggi dan Mersing. Limpahan ekonomi pastinya akan memberi banyak manfaat ekonomi kepada kawasan tersebut.

Dari segi ekonomi memanglah dialu-alukan tetapi dari segi sosial dan politik langsung tidak dialu-alukan. Politik melayu singapura merupakan tragis kepada bangsa Melayu keseluruhannya. bagaimana Melayu Singapura disingkirkan secara terancang oleh PAP. Walaupun Melayu Singapura adalah bangsa asal tetapi kini dari segi bahasa, budaya dan politik mereka telah ditukar kepada yang baru...

Inilah akibat jika Melayu tidak berwaspada kepada agenda tersembunyi 'kaum mereka ini'. Agenda mereka tidak pernah sunyi untuk 'tikam Melayu dari belakang'. Agenda perpaduanMelayu dan Islam kini telah ditentang oleh proksi mereka seperti DAP, PKR, MCA dan Gerakan. Kenapa mereka menentang? apakah buruknya kerajaan Perpaduan?..

Ini adalah negara Melayu dari dahulu kini dan selamanya.. jangan biarkan ianya tanah ini dijajah seperti singapura. Melayu yang tidakbermaruah dan dipijak oleh kerajaan Singapura. Sejarah Melayu telah dipadam...cerita kecerdikan hang nadim dan ikan todak hanyalah lagenda semata-mata. Jangan Melayu umpama melukut ditepi gantang...

Khamis, Jun 11, 2009

Jangan pertikai kedaulatan Yang di-Pertuan Agong: Sultan Perak

3 Komen!!!
IPOH: Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, bertitah bahawa sebarang gerakan yang dicetuskan untuk mempertikaikan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera bukan saja melanggar peruntukan asas dalam Perlembagaan Negara dan Perlembagaan Negeri, malah turut mempertikaikan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu.

Perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Negara dan Perlembagaan Negeri ini adalah persetujuan yang dicapai secara bersama dalam semangat memberi dan menerima, serta dalam semangat memahami dan menghormati di kalangan pemimpin yang mewakili kepentingan pelbagai kaum ketika kemerdekaan negara sedang dirundingkan.

"Persetujuan tersebut sudah dicapai di antara pemimpin pelbagai kaum, kerajaan Inggeris dan juga Raja-raja Melayu," titahnya pada perasmian Majlis Wacana Ilmu di Institut Tadbiran Islam Perak di sini, hari ini.



Turut berangkat Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

"Pemimpin di negara ini mempunyai tanggungjawab politik dan kenegaraan untuk menghormati asas-asas yang menjadi tunjang kedaulatan sebuah negara merdeka dan asas-asas yang menjadi akar kepada hubungan kaum yang harmonis iaitu asas-asas yang sudah dipersetujui ketika negara menggubal Perlembagaan Merdeka," titah Baginda.

Sultan Azlan bertitah, penyimpangan daripada semangat asal yang dicapai itu tentunya akan mencetuskan kegelisahan dan mengheret negara kepada keadaan ketidaktentuan.

Pada masa yang sama, asas-asas persetujuan tersebut jangan sama sekali disalahgunakan di peringkat pelaksanaan sehingga ada kaum yang merasakan diri mereka tertindas.

"Selaras dengan peranan takhta sebagai sumber keadilan, adalah juga menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong dan Raja Pemerintah di setiap negeri memastikan bahawa kepentingan kaum lain yang sah dari segi undang-undang turut dilindungi," titahnya.

Baginda bertitah, amalan yang menyimpang daripada prinsip keadilan tidak harus dibenarkan berlaku kerana setiap warga negara yang sah adalah rakyat yang harus diberikan keadilan yang setimpal.

Sultan Azlan bertitah, manusia biasanya dapat berfikir dengan rasional jika asas pertimbangan sentiasa didasarkan kepada ilmu pada sesuatu peristiwa yang ditafsirkan secara objektif berdasarkan fakta.

Manusia yang mengasaskan tafsiran berdasarkan ilmu dapat memisahkan diri daripada pengaruh sentimen dan emosi yang dapat membezakan tentang apa yang dianggap fakta dengan apa yang diharapkan berlaku, titah Baginda.

"Ilmu menjadi bernilai jika yang dipelajari itu dapat diamalkan dalam kehidupan harian. Ujian sebenar terhadap penguasaan ilmu adalah di peringkat aplikasi.

“Manusia yang berjaya menghayati ilmu akan memperlihatkan penguasaannya terhadap ilmu di peringkat aplikasi," titahnya.

"Lima puluh tahun yang lalu ketika negara masih kurang bilangan cerdik pandai dan profesional, kesopanan dan kesusilaan adalah sebahagian daripada budaya masyarakat di negara ini, adalah komponen yang ditekankan dalam proses pendidikan dan penyampaian ilmu, adalah elemen penting untuk mewujudkan kestabilan," titah Sultan Azlan Shah.

Baginda bertitah, negara sudah memiliki bilangan cerdik pandai dan profesional yang jauh lebih ramai namun ia mula memperlihatkan kelunturan sifat-sifat kesopanan dan kesusilaan yang menjadi prinsip kelima dalam Rukun Negara.

Titahnya, aspek kesopanan dan kesusilaan juga bagaikan tidak diutamakan lagi walaupun institusi ilmu tumbuh bercambah pada hari ini.

"Keadaan ini bagai memperlihatkan berlakunya jurang antara perkembangan institusi ilmu dengan penghayatan ilmu dalam amalan hidup seharian, atau kemungkinan berlakunya satu keadaan tidak seimbang di antara pendekatan menyampai dan menyebarkan ilmu yang terlalu menekankan kepada disiplin pengajian masing-masing hingga teralpa kepada komponen kesopanan dan kesusilaan," titahnya.

Sultan Azlan bertitah, ilmu yang dikuasai tanpa asas kesopanan dan kesusilaan yang kukuh boleh meruntuh dan merosakkan tamadun dan nilai-nilai sosial masyarakat setempat.

"Semoga komponen kesopanan dan kesusilaan diberikan perhatian penting dan dianyam dengan bijak oleh setiap insan dan setiap institusi yang terbabit dengan aktiviti keilmuan," titah Baginda. - Bernama

Nik Aziz semakin nyayuk, Hadi dituduh 'boneka UMNO'

0 Komen!!!
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

إن الْعُلُمَاءُ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ، إِنَّ اْلأَنْبِياَءَ لَمْ يُوَرِّثُوْا دِيْناَرًا وَلاَ دِرْهَماً إِنَّمَا وَرَّثُوْا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَ بِهِ فَقَدْ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

Di samping sebagai perantara antara diri-Nya dengan hamba-hamba-Nya, dengan rahmat dan pertolongan-Nya, Allah Subhanahu wa Ta'ala juga menjadikan para ulama sebagai pewaris perbendaharaan ilmu agama. Sehingga, ilmu syariat terus terpelihara kemurniannya sebagaimana awalnya. Ulama diberi pencerahan pemikiran dan hati yang terbuka dan bukan bersikap berat sebelah tetapi menjunjung hujah bertatah ilmu.

tapi berbeza dalam PAS sekarang. Memang cara pakatan menyelesaikan masalah dalaman semua dengan menyalahkan UMNO. Walaupun UMNO sebenarnya tiada kena mengena dengan apa yang berlaku dalam PAS. Sebenarnya tak terpikir dek akal bagaimana Hj hadi yang terkenal dengan anti-UMNO boleh menjadi boneka UMNO? Haji Hadi jugalah yang membuatkan UMNO kafir dan sebaginya melalui amanat beliau!
Malaysia Kini : 
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini membidas golongan dalam parti itu yang mempertahankan cadangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentuk satu kerajaan perpaduan dan menyifatkan mereka ini sebagai "boneka Umno".

Katanya, beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali, supaya semua pemimpin Pas dan pakatan pembangkang tidak lagi membuat kenyataan terbuka berhubung isu kerajaan campuran itu bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan ahli parti.

"Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar Pas di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat. (Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas. Nik Aziz berkata "Suara sumbang dari Pas untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno,"

"Presiden ini ketua bagi pertubuhan, dan pertubuhan tidak buat keputusan, itu kenyataan peribadi," katanya. Mengenai saranan Mustafa supaya pemimpin Pas dan pakatan pembangkang berhenti daripada mengeluarkan kenyataan berhubung isu itu, Nik Aziz berkata, tidak ada sebab ahli parti tidak boleh mempersoalkan isu itu.

"Soalnya tutup kerana apa? Percanggahan pendapat itu bukan datang dari Pas, tapi orang tertentu dalam Pas, dia sudah berasa bahaya bagi dia, maka dia minta tutup. Mana boleh tutup mulut manusia," katanya.

Kini Nik Aziz tuduh hj Hadi sebagai boneka UMNO... dah bengong ke Nik Aziz ni. Nik Aziz terlupa bagaimana terdapat usaha boneka DAP dan PKR untuk menjahanamkan golongan Ulama dalam PAS. Hadis Nabi 'Ulama warasatul Anbia' ? Sehingga ulama' di maki, di keji, dihina umpama tiada maruah lagi ulama' ini. Istilah ulama umpama dipijak-pijak oleh ahli PAS dan tidak mulia lagi. Mungkin selepas ini PAS boleh menukar tema mereka dengan 'membangun bersama erdogan' mungkin yang lebih tepat dan praktikal. 

Kongsi Link Anda