Popular Today

Rabu, Ogos 04, 2010

Masjid di Selangor akan dijadikan gelanggang politik Pakatan di bulan Ramadan

2 Komen!!!
Persediaan telah dibuat, tempat telah pun dipilih.. Bulan Ramadan yang sepatutnya menjadi bulan beribadah, manakala masjid sepatutnya menjadi tempat umat Islam bersolat akan dijadikan gelanggang politik Pakatan Biadap(rujuk sini).

Kalau nak buat kempen Pakatan Rakyat pula membuat serangan balas bagi menjawab isu-isu yang dibangkitkan dalam 19 siri ceramahnya, Pakatan patut fikirkan masa dan tempat yang bersesuaian dan bukannnya bulan puasa dan di masjid.

Agaknya dah tak de masa dan tempat lain untuk berpolitik sehingga nak berpolitik pada bulan dan tempat yang mulia ini. Rasanya Titah Sultan Selangor pun dah jelas supaya jangan jadikan masjid tempat berpolitik.

Nampaknya masjid yang sepatutnya menjadi tempat yang suci dan perpaduan Islam di Selangor, kini di cemar oleh pembangkang. Ianya berikutan kerajaan PKR Selangor melalui Skuad Komunikasi Selangor (SKS) akan dimulakan kempen politik mereka pada hari pertama umat Islam berpuasa pada bulan Ramadan - dijangka 11 Ogos.

Ini yang indahnya UMNO, menghormati bulan Ramadan, bulan yang penuh keberkatan dan tidak mempolitikkan masjid. Umno - melalui Sekretariat Selamatkan Darul Ehsan (SSDE) - pula memilih berehat sepanjang bulan yang mulia itu sebelum menyambung semula kempen fasa keduanya selepas hari raya Aidilfitri yang dijangka pada pertengahan September.

Kata wakil pencemar masjid Selangor dengan politik Pakatan Biadap iaitu pengarah penerangan di pejabat menteri besar Selangor Badrul Amin Bahron "Kita (Pakatan) akan mulakan kuliah di masjid-masjid seluruh Selangor. Kita akan edarkan risalah penerangan."Paling kurang pun, kita minta buat tazkirah sekurang-kurangnya 30 minit,"

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Badrul berkata pihaknya memilih membuat penerangan di masjid-masjid sepanjang bulan Ramadan memandangkan pada masa itu ramai umat Islam berkumpul bagi beribadat.

Tidakkah ianya sudah jelas, bahawa umat Islam mahukan keberkatan, kemaafan dan ketengan di bulan Puasa dan bukannya politik sampah pakatan.

Nampaknya tidak cukup mereka berpolitik sepanjang tahun, kali ini dahlah bulan Ramadan al Mubarak dan di masjid yang suci pula tu mereka berpolitik tidak kira masa dan tempat.

Bawa-bawalah bertaubat.. umat Islam mahukan ketenangan dan 'maghfirah' di bulan puasa... dan bukannya politik sempit pembangkang.

Sekrang nak lihat tindakan JAIS.. berani ataupun tidak hendak bertindak terhadap mereka yang mencemarkan masjid..

Selasa, Ogos 03, 2010

Panas : Ezam akui Anwar memang meliwat!!!

4 Komen!!!


Sungguh mengejutkan, inilah kali pertama dengan berani dan secara terbuka YB Ezam mengaku bahawa Anwar memang meliwat.

Pendedahan ini disebutkan semasa ceramah beliau di program Ceramah Perdana di Kluang baru-baru ini dihadapan 500 orang tetamu anjuran Pemuda UMNO Kluang.

Ezam menegaskan memang dia marah, tetapi beliau tak fitnah."Tetapi prinsip kita, kita tak fitnah, saya marah dia, betul, saya maki dia betul, tetapi saya tidak fitnah, bila saya kata dia khianat dia memang pengkhianat, bila saya kata dia peliwat, dia memang peliwat"

Beliau berkata apa yang dia belum pernah kena bagi mempertahankan Anwar, semua dia dah kena.

"saya dah lalui semua, pukul, sembur, gari, lokap.. sebab apa.. sebab bela banduan, bukan bela dia sebagai Timbalan Perdana Menteri". "Saya bukan bela masa dia nak jadi perdana Menteri, sekarang ini ramai yang membela dia, yang saya tidak pernah nampak dahulu pun ada, dari Johor, Chua Jui Meng, mana dia dulu, masa Anwar jadi banduan?!! Zaid Ibrahim, mana dia? sekarang panglima, panglima apa?

Ezam menegaskan beliau meninggalkan Anwar kerana Prisip sebagai seorang Islam dan beliau tidak pernahpun dapat duit sebagaimana yang dituduh oleh Anwar.

Beliau menambah semasa pembebasan Anwar 2004, perjuangan Anwar telah berubah. Walaupun diminta untuk selesaikan agenda kelompok anti Islam dan anti melayu yang dalam PKR.. "apa Anwar jawab, tidak, tidak. aku duduk dalam jail yang bebaskan aku puak-puak ini, diaorang yang round satu dunia, humanright.. kelompok-kelompok Melayu boleh buat apa, I duduk dalam jail, puak Melayu boleh buat apa, menjerit kat kampung sahaja, kelompok PAS boleh buat apa.. takbir je..."

Namun yang paling penting ialah alasan utama Ezam meninggalkan Anwar. Kata Ezam "sekarang saya nak bagi tahu satu Malaysia. Sebenarnya saya tinggalkan Anwar walaupun ada sebab politik yang lain, tetapi yang paling penting saya tidak boleh kompromi hingga hari ini kerana Allah Taala memberi saya satu kebenaran melalui Isterinya wan Azizah yang Anwar betul-betul meliwat. Kalau saya berbohong saya cabar Wan Azizh untuk pilih mana-mana masjid atas muka bumi ini untuk saya bersumpah"

Jika dahulu ramai mempertikaikan YB Ezam menginggalkan PKR dan apatah lagi lebih ramai pertikaikan beliau masuk UMNO, namun kini sudah jelas siapa dia Anwar sebenarnya.. liwat itu bukanlah fitnah yang dibuat-buat tetapi memang Anwar membuat perbuatan meliwat dengan diakui oleh wan Azizah. Namun demi politik, Wan Azizah terpaksa menutup kebenaran tersebut.

Sudah sampai masanya kebenaran teserlah, berapa lama lagi Anwar boleh menipu.. sekiranya datang yang hak maka terhapuslah kebatilan...

Kalau dah komunis tu, memang komunis juga

1 Komen!!!

Memang telah dijangka, pembamgkang tetap membuat kecoh dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.

Kalau dah komunis, perangai pun memang macam komunis juga. Sikap kurang ajar, tidak menghormati Dewan dan Speaker memang dah jadi amalan pakatan komunis ini. Apatah lagi jauh sekali mempercayai tuhan.. dan jauh sekali ikut ajaran Islam yang mahukan sikap toleransi dan hormat menghormati sebagaimana yang Rasulullah ajar dan menjadi "qudwah" seluruh alam.

Awal pagi telah berlaku sedikit kekecohan apabila ada beberapa orang yang tidak mempunyai pas kebenaran masuk cuba melepasi kawalan polis.

Ganesan kemudiannya mengumumkan beberapa peraturan baru yang dikuatkuasakan pada sidang dewan kali ini. Antaranya, gambar tidak dibenar dirakamkan, telefon bimbit juga tidak boleh dibawa masuk.

Ketika Zambry menjawab soalan ADUN Pangkalan Hulu, Tan Sri Mohd Tajol Rosli mengenai bajet 2010 menganggarkan defisit sekitar RM23 juta yang dikemukakan.

Kalau hati dah kotor dan jenis dengki dan khianat, Nga Kor Ming (Pantai Remis) sengaja menggunakan kamera walaupun tidak dibenarkan oleh Speaker. Beliau kemudiannya mengarahkan bentara untuk merampas kamera berkenaan. Rakan-rakannya dari DAP, Ngeh Koo Ham, Thomas Su dan beberapa yang lain kemudian tampil dan mula bertengkar.

Selang beberapa minit kemudian, perwakilan Pakatan Rakyat mula menganggu jawapan Zambry dan ADUN BN pula membalas - menjadikan sidang kecoh seketika dengan pertikaman lidah kedua-dua pihak. Inilah perangai hati 'kaudu' yang telah di tunjukkan ke jalan yang sesat lagi menyesatkan.

Ahad, Julai 25, 2010

Tindakan Biadap Guan Eng

1 Komen!!!

Tiada Tindakan Kepada Nik Ali -KSN; GUAN ENG Tidak Berpeluk TUBUH..

3 Kesalahan yang cuba diketengahkan oleh Guan Eng sehingga ke hari ini NIK ALI seolah-olah nak dijadikan KAMBING HITAM atas keBIJAKsanaan Guan Eng memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang... Ape muslihat Guan Eng buat kenyataan terbuka terhadap Nik Ali sedangkan kesalahn-kesalahan tersebut jelas boleh ditegur tanpa perlu diUMUMkan secara TERBUKA...

Kesalahan atau tidak keterlaluan dikatakan tuduhan Guan Eng terhadap Nik Ali:
1. Isu kecurian pasir di Balik Pulau;
2. Perobohan Pintu Gerbang Taman Botani Pulau Pinang
3. Tiada kerusi disediakan kepada Ketua Menteri semasa majlis pelancaran Projek Kereta Api Bukit Bendera.

Bukan itu sahaja banyak paparan tajuk akhbar dan laman web GUAN ENG SERANG KSN dengan kenyataan beliau seperti berikut:

Guan Eng pada sidang medianya di Georgetown semalam, secara terbuka menuduh Mohd Sidek sebagai pembela ‘Little Napoleon’ kerana mempertahankan Nik Ali. “KSN sering mengatakan kerajaan tidak mahu wujud ‘Little Napoleon’ dalam sistem perkhidmatan awam, tetapi dia mempertahankan pula golongan itu. Beliau harus sedar Nik Ali adalah ‘Little Napoleon’ yang selama dua tahun ini tidak memberi kerjasama kepada kerajaan negeri.

“Kini, timbul persoalan adakah Mohd Sidek benar-benar serius mahu mewujudkan sistem penyampaian awam cekap tanpa wujudnya ‘Little Napoleon’, sedangkan beliau membelanya,” katanya.

Sunggug lantang sekali Guan Eng dan isu ini terus mendapat sambutan dan TERKINI KSN tidak sekali2 memberi ruang dan peluang kepada individu yang cuba mencemar reputasi dan imej KSN...

Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya hari ini (Rabu, 21 Julai 2010) memberi perhatian yang serius ke atas kenyataan berupa tuduhan oleh Y.A.B. Ketua Menteri Pulau Pinang terhadap Encik Nik Ali bin Mat Yunus, Pegawai Pembangunan Negeri Pulau Pinang khususnya mengenai isu curi pasir di Balik Pulau, perobohan Pintu Gerbang Taman Botani Pulau Pinang dan dakwaan tiada tempat duduk disediakan untuk Y.A.B. Ketua Menteri Pulau Pinang semasa majlis pelancaran projek Kereta Api Bukit Bendera.

Ni antara pandangan bloggers tegar mengenai isu Nik Ali vs Guan Eng:-

1. Bodoh Guan Eng .....Dari Melaka ke Penang (artikel lanjut di sini)
2. BONGKAR!!!! Sah Khalifah Lim Pembohong Besar (artikel lanjut di sini)
3. Kalipa Cauvinist Lim Guan Eng (artikel lanjut di sini)
4. Sah Bukti Pembohongan Guan Eng (artikel lanjut di sini)

Ni antara keratan akhbar sasawang / fizikal;-

1. Guan Eng: Chief- Sec has failed to protect integrity of civil service (artikel lanjut di sini)
2. Lim Angry Over Archer (artikel lanjut di sini)






Sumber : http://themjdotcom.blogspot.com/

Selasa, Julai 13, 2010

Halang perbahasan - Kerajaan PKR selangor takut rahsia terbongkar!!!

3 Komen!!!




Sebagai rakyat, tindakan speaker menghalau ADUN BN untuk membahaskan isu kecurian pasir sangat mengecewakan.

Ianya membuktikan urustadbir yang buruk serta pengurusan yang diktator yang diamalkan oleh kerajaan PKR Selangor.

Adalah hak rakyat untuk mengetahui kenapa boleh berlaku kecurian Pasir yang begitu rakus di bawah kepimpinan Kerjaan PKR Selangor!!!

Persoalan selanjutnya patut ditimbulkan pasir yang begitu banyak di curi di beli oleh siapa? dan di hantar di mana?

Seorang penduduk kampung yang hanya mahu dikenali sebagai Mak Yah, 52, berkata, kegiatan mengorek pasir di Kampung Olak Lempit telah merosakkan alam sekitar di kampung itu.

''Kegiatan mengorek pasir dikesan berlaku di kawasan kampung kira-kira dua bulan lalu, kawasan hutan di kampung menjadi tandus berikutan aktiviti ini.

''Aktiviti korek pasir dijalankan secara berleluasa malah ia dilakukan berhampiran kawasan perlindungan di Paya Indah Wetlands," katanya.

Akhbar hari ini melaporkan kira-kira 20 hektar tanah yang terletak kira-kira 50 meter dari taman rekreasi Paya Indah Wetlands di Dengkil diceroboh untuk tujuan mengorek pasir.

Sebanyak 10 juta tan metrik pasir dianggarkan bernilai RM220 juta sudah dikorek dan menyebabkan kemusnahan tidak ternilai kepada alam sekitar.

Kenyang lagilah Mr Khalid gagap makan pasir Selangor... duit berjuta-juta masuk kocek.. Apa yang rakyat keliling Dengkil dapat.. hanya debu yang bertaburan!!!

Ini dinamakan MB PKR boneka. DAP juga untung.. Ronnie Liu juga yang ketawa besar.. tokew Cina dapat duit berjuta-juta..

Rakyat selangor juga yang makan debu ulam asap!!!

Siapa yang susah.. rakyat Selangor jugak!!

Selasa, Jun 29, 2010

Pendaftaran pengundi baru 1:40 : Strategi Politik DAP kuasai Tanah Melayu

11 Komen!!!
DAP menafikan kajian biro keahlian dan daftar pemilih pemuda UMNO bahawa pendaftaran pengundi baru adalah dalam nisbah satu Melayu dan 40 bukan Melayu.

Sebaliknya, menurut Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke di lobi parlimen, hari ini, DAP menganggapnya satu kenyataan bebaur perkauman.

Sesuatu yang pelik, bila DAP anggap perkara ini sebagai perkauman sedangkan ianya berdasarkan fakta.. angka tidak menipu. Mungkin DAP boleh keluarkan angka sebenar berbanding menuding jari kepada orang lain.

Ini ialah strategi DAp, sebab itu mereka mahu menyembunyikan fakta tersebut supaya gerakan mereka menawan 'Tanah melayu' berjaya.. sebab itu pelik, kerana biasa DAP akan keluarkan pelbagai fakta untuk menyalahkan UMNO.. tetapi bab ini, DAP tidak boleh sediakan fakta.

Itu di pihak DAP.. tetapi dimanakah kesedaran kepada pengundi Melayu.. tak reti-reti lagi negara ini hendak dijajak dengan bentuk baru, penjajahan secara demokrasi.. satu undi menentukan menang dan kalah!!!

Jangan setelah dijajah baru nak sedar, air mata darah sekalipun tak berguna, lihatlah sebagaimana Singapura.. jangan ingat Melayu akan jadi majoriti selamanya, Singapura telah masukkan berapa ramai rakyat Cina untuk dijadikan sebagai rakyat yang mempunyai hak mengundi.. akhirnya Melayu menjadi minoriti.. apatah lagi kalau DAP jadi Menteri Dalam Negeri.. semuanya boleh diuruskan...

Cukuplah Melayu dah dijajah 446 tahun..

DOKUMEN LADANG BABI MEGA PAKATAN SELANGOR DIDEDAHKAN !

0 Komen!!!


april 2008,sebulan selepas memerintah selangor,pakatan telah bercadang membina sebuah ladang babi mega di kuala langat. cadangan ini mendapat bantahan seluruh rakyat selangor termasuk para aktivis alam sekitar.

mengapa perlu sebuah ladang babi mega dibina sedangkan hasil mahsul ekonomi kerajaan negeri selangor cukup banyak dan masih boleh diterokai. aktivis alam sekitar juga membantah pembinaan ladang babi tersebut kerana khuatir akan pencemaran anak sungai di kuala langat seterusnya akan memberikan impak besar kepada pantai morib.

cadangan pembinaan ladang babi mega pada april 2008 ini 'disenyapkan' seketika. hinggalah ia muncul secara senyap-senyap pada 2009. perhatikan kepada tarikh cadangan dan kelulusan NO MTES yang telah dimerahkan tulisannya.

DOKUMEN INI ADALAH HAK MILIK KERAJAAN SELANGOR.
NO FAIL : (R) 508/12 jld. 3 (12)
NO MTES : 2/18/2009

KERTAS MESYUARAT EXCO MTES
daripada unit perancang ekonomi

CADANGAN KAEDAH PENGAMBILAN BALIK TANAH UNTUK TUJUAN 'MODERN PIG FARMING' (MPF) DI MUKIM BATU, KUALA LANGAT.

1. TUJUAN
kertas mesyuarat ini bertujuan memohon pertimbangan dan kelulusan exco MTES berhubung cadangan kaedah pengambilan balik tanah bagi tujuan 'modern pig farming' (MPF) seluas 337.09 ekar di mukim batu kuala langat.

2. LATAR BELAKANG

2.1 KEPUTUSAN MMKN 5/2009 BERTARIKH 11 FEBRUARI 2009

-meluluskan pengambilan balik tanah PT3420,PT3425 dan PT3426 seluas 337.09 ekar di mukim batu daerah kuala langat dibawah seksyen 3(1) atau 3(1)(b) kanun tanah negara 1960 mengikut kesesuaian.

3. ULASAN PENGARAH TANAH GALIAN NEGERI SELANGOR.

-ulasan yang berbahagia dato pengarah tanah dan galian negeri adalah seperti berikut.

-pengambilan tanah bagi tujuan modern pig farming (MPF) di mukim batu daerah kuala langat hendaklah mengikut akta pengambilan balik tanah 1960 (APT 1960)
-proses pengambilan dibawah seksyen 3(1)(a) APT 1960 adalah tidak disokong memandangkan ppengambilan bagi projek tersebut tidak mengikuti kehendak seksyen tersebut iaitu bagi apa apa maksud awam.
-disyorkan proses pengambilan bagi projek tersebut dibuat dibawah seksyen 3(1)(b) APT 1960.

4. TINDAKAN MAJLIS TINDAKAN EKONOMI SELANGOR (MTES)
-exco MTES yang bersidang dipohon untuk menimbang dan meluluskan perkara berikut.

a) meluluskan pengambilan balik tanah di PT3420,PT3425 dan PT3426 seluas 337.09 ekar di mukim batu kuala langat sebagai modern pig farm (MPF) di bawah seksyen 3(1)(b) akta pengambilan tanah 1960.

b) task force MPF diminta menyatakan syarat kepada syarikat-syarikat yang berminat agar memasukkan kos pengambilan balik tanah didalam kertas cadangan masing-masing.

c)task force MPF diberi kuasa mengenalpasti individu yang mempunyai kepakaran didalam ternakan babi untuk dijemput sebagai panel penilai ke atas permohonan syarikat-syarikat yang berminat membangunkan MPF

d) pegawai daerah kuala langat akan meneruskan prosedur pengambilan balik tanah setelah kerajaan negeri memilih syarikat yang akan melaksanakan MPF.

5 SYARIKAT YANG BERMINAT MEMBANGUNKAN MODERN PIG FARM

1) PPAD INTERGRATED (M) SDN BHD
shah alam. tindakan mohd hanifah abdul latif

2)BEAUTY PROJECTS SDN BHD
batu caves. tindakan syed abdul jalil shah

3)INDUSTRIAL ENVIRONMENTAL ENGINEERING PTE LTD
singapura. tindakan tan keaw chong

4)CHOROEN PAKPHAND JAYA FARM (M) SDN BHD
pelabuhan klang. tindakan ng kui chong

5)NUMAC MACHINERY SDN BHD
petaling jaya. tindakan chong tim

KEPUTUSAN KERAJAAN SELANGOR PADA 1 JULAI 2009.

CABUTAN DARIPADA KEPUTUSAN MESYUARAT MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI KE 22/2009 YANG DIADAKAN PADA 1 JULAI 2009 YANG TELAH DISAHKAN OLEH MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR KE 23/2009 PADA 22 JULAI 2009.

5.3.4 KERTAS EXCO MTES NO :2/18/2009

cadangan kaedah pengambilan balik tanah untuk tujuan modern pig farm (MPF) di mukim batu daerah kuala langat.
daripada : seksyen sektoral UPEN

(R)508/12 jld. 3(12)
IPK SEL (R) 505 jld. 145 (10)

majlis mesyuarat kerajaan negeri telah menimbangkan dan bersetuju meluluskan pengambilan balik tanah di PT3420,PT3425 dan PT3426 seluas 337.09 ekar di mukim batu daerah kuala langat sebagai modern pig farm (MPF) di bawah seksyen 3(1)(b) akta pengambilan balik tanah 1960 dan kos pengambilan dimasukkan dalam model kewangan syarikat seperti syor di para 6 kertas ringkasan.

majlis mesyuarat kerajaan negeri juga bersetuju enakmen berkaitan ternakan babi dipinda.

tindakan : timbalan setiausaha kerajaan negeri (pembangunan), pengarah PTG, pentadbir daerah kuala langat,timbalan pengarah seksyen sektoral UPEN.

AGENDA DAP MENGHALAU KELUAR MELAYU KUALA LANGAT BERMULA !

Sumber : GAP

Rabu, Mei 26, 2010

Ingat MIC bapak dia yang punya ke!!

9 Komen!!!

Biadap... itulah kata-kata yang keluar oleh TS Muhyidin terhadap anak Samy Vellu yang bertindak biadap dan keterlaluaan.

Ianya adalah masalah dalaman parti MIC yang diterajui Datuk Seri S. Samy Vellu tidak patut dikaitkan dengan UMNO apatah lagi menuduh UMNO melakukan ‘pembunuhan politik’ (political assassin) untuk memecahbelahkan parti komponen Barisan Nasional (BN)

Amaran TPM “Jangan kaitkan UMNO dalam soal itu. Ia satu perbuatan yang bagi saya bukan sahaja tidak adil tetapi biadab,”

Menurut Muhyiddin, tuduhan Vell Paari tidak adil lebih-lebih lagi ia dibuat kerana beliau mempunyai kepentingan sebagai anak kepada Presiden MIC.

Kenyataan ini amat tepat sekali.. jangan bagi muka budak keling biadap ni.. Siapa dia Vell Pari nak buat kenyataan biadap.. apa jawatan dia dalam MIC, jawatan dalam Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat MIC pun sebab dilantik olek bapak beliau.. Ingat MIC bapak dia yang punya ke!!!

Nampaknya bapak kencing berdiri, anak kencing berlari-lari.. perangai lebih teruk daripada bapa, adakah ini bakal menggantikan kepimpinan MIC yang kurang ajar dan biadap.. ini bukan negara India boleh cerita hero tamil..

Tidak cukup ke 30 tahun Samy Velu menjadi presiden MIC, berapa lama lagi nak jahanamkan MIC dan kaum India di negara ini. Berapa banyak projek yang Mr Samy dapat masa dalam kerajaan dulu.

Memang patut pun Gerakan Anti samy dilakukan.. pemimpin diktator keling ini memang patut dijatuhkan... Malaysia negara demokrasi dan bukannya dinasti.

Kongsi Link Anda