Popular Today

Rabu, Julai 02, 2008

ISU LIWAT : KENAPA ANWAR PERLU LARI?

Berani kerana benar, Takut kerana salah..

Ramai tertanya-tanya kenapa Anwar perlu lari.. Isu ini masih diperingkat awal dan siasatan pun belum dijalankan.

Menurut laporan KL.POS, dalam laporan polis yang dibuat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan dikatakan tidak menyebut nama ahli politik yang meliwatnya. Hanya yang disebut hanyalah diliwat oleh majikannya.. Jadi sepatutnya Pemimpin Agong PKR ini tidak melenting. Bagi seorang tokoh antara bangsa dan dikenali dunia tindakan Anwar sangat pelik dan mencurigakan.

Sepatutnya isu ini hanyalah isu peribadi antara Saiful dan Anwar dan patut disiasat sebagaimana siasatan perlu dilakukan secara kebiasaannya.

Apa yang pelik ialah keletah Anwar yang melampau. Dari dakwaan ada pihak membunuh beliau, menghubungi kuasa besar seperti Amerika Laknatullah, membuat saman malu terhadap saiful dan mendakwa kerajaan membuat konspirasi terhadapnya.

Sebenarnya rakyat masih tidak membuat keputusan lagi.. masih menunggu siasatan polis cuma cara Anwar dilihat keterlaluan tidak sempat disiasat tetapu berpuluh sidang media telah diatur.

Sebagaimana kata Ezam 'Bagi saya, Anwar tidak harus kaitkan isu ini dengan masalah dia hendak bertanding, itu sudah menjadi politik, ini masalah peribadi, tuduhan peribadi, masalah akhlak.

''Harus diselesaikan dan dijawab dari sudut peribadi, dari sudut akhlaknya dan cara bagaimana, kita ada banyak ulama, kita ada banyak institusi agama, selesaikan cara itu, mengapa harus dibawa dan diheret sama masuk dalam hal politik,'' tegasnya

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda