Rabu, Julai 02, 2008

Yahya - kambing hitam PKR @Kerajaan Negeri Selangor

Menteri besar Selangor mendedahkan hari ini terdapat kes prima facie terhadap bekas pegawainya Mohd Yahya Mat Sahri berhubung usaha memungut wang derma bagi sambutan 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata maklumat kes itu diperolehinya daripada pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) negeri Ja'afar Mahad dalam satu pertemuan petang semalam.

"Pengarah BPR Selangor ... melaporkan terdapat kes prima facie berkaitan salah guna kemudahan pejabat menteri besar untuk meminta derma sambutan 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor," katanya.

Dalam sidang medianya petang ini, Abdul Khalid berkata penggunaan kepala surat pejabat menteri besar mestilah dengan kebenarannya dan surat kutipan derma itu tanpa pengetahuannya.

Kata Rakyat : Yahya hanya kambing hitam PKR. Seseorang perlu dikorbankan. Pelik bunyinya bila Tan Sri Khalid mengatakan tidak tahu menahu hal ini.. Mana ada anak buah buat kerja kalau tidak disuruh bos..

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda