Jumaat, Ogos 15, 2008

PKR mula melabur duit di Permatang Pauh?

Memang hebat!.....

Tinggal 2 hari sahaja lagi untuk penamaan calon. Sebagai kubu kuat PKR, suasana memang hebat... hampir setiap 3 Kilometer pasti akan terlihat bilik gerakan PKR di mana-mana... Jika di sesuatu kawasan perumahan hampir terdapat 2 hingga 3 khemah yang berdekatan seperti di Kg. Pertama dan Kg Belah Dua.

Boleh dikatakan 1:5, iaitu jika bilik gerakan BN hanya sebuah, bilik gerakan PKR hampir 5 buah!!!!

Persoalannya dari mana mereka dapat duit untuk membuka bilik gerakan yang begitu banyak...

Dan terdapat ura-ura bahawa PKR akan membayar sekali ganda untuk petugas pilihanraya mereka bagi menarik jentera bertugas untuk mereka..

Selain itu juga terdapat ura-ura bantuan dari luar sudah sudah tiba di Permatang Pauh untuk membantu jentera PKR.. khasnya bantuan dari negara asing.. Stesyen media Barat juga sudah kelihatan di sekitar Permatang Pauh... Memang umum sudah mengetahui bahawa DSAI mempunyai hubungan rapat dengan beberapa pemimpin negara barat.

Berlainan pula dengan jentera BN, jika dilihat bilik gerakan mereka memanglah terlalu sedikit.... sehingga terdapat khabar angin bahawa bilik gerakan BN terpaksa dipindahkan kerana dibina di atas tanah milik penyokong PKR.

Memang dahsyatlah.... memang tiada ruang untuk BN buat bilik Gerakan.... jika adapun saiznya memang kecil berbanding blik gerakan PKR... Jika hendak dikatakan bendera dan banner PKR.. bukan sedikit jumlahnya.. memang boleh dilihat di mana-mana.

Pastinya dengan dibantu jentera Kerajaan Negeri Pulau Pinang khasnya untuk menyalurkan bantuan pembangunan sudah pasti PKR akan menang mudah..

Banyak juga projek pembangunan sedang dilaksanakan sekarang ini oleh kerajaan negeri seperti menurap jalan, membersihkan longkang dan melebarkan jalan... dan pemandangan ini dapat dilihat di kebanyakan tempat di Permatang Pauh...

Kerajaan negeri juga dikatakan sibuk mengedarkan borang rebat bekalan air sebanyak RM 100.00 untuk penduduk Permatang Pauh!

Selain itu juga,terdapat sumber juga mengatakan jentera PKR dan PAS sangat aktif untuk membuat lawatan dari rumah ke rumah sambil memberi sejumlah wang bagi menarik sokongan kepada mereka.

Dengan kekuatan 5 negeri Pakatan Rakyat, pasti pemimpin Pakatan Rakyat akan membantu habis-habisan. Apatah lagi ini adalah imej pembangkang... mereka mesti berkehendakkan kemenangan walaupun terpaksa menaburkan duit bagi memastikan mereka terus menang...

Terpulanglah kepada pengundi untuk menilai sejauh mana keikhlasan pemimpin Pakatan Rakyat melaksanakan janjinya.....

Hakikatnya Pakatan Rakyat juga tidak terlepas menggunakan duit untuk meraih sokongan... samada dalam bentuk insentif dan bantuan kewangan mahupun derma serta projek pembangunan....

1 ulasan:

matjenin berkata...

Paku Dulang Paku Srpih kata orang dia lebih...

Rasanya akan banyak lagi bantuan lagi dari luar yang akan bantu PKR...

Maklum je la DSAI kan proksi pembangkang..

Kongsi Link Anda