Popular Today

Jumaat, Ogos 15, 2008

Siapa sebenarnya musuh Anwar di Permatang Pauh?

Anwar selalu menganggap bahawa UMNO adalah musuh utama beliau.. kerana beliau menganggap UMNO telah menganiaya beliau....

Namun di Permatang Pauh ini, siapakah musuh Anwar sebenar...

UMNO sebenarnya bukanlah musuh utama Anwar di Permatang Pauh ini..... Apatah lagi Pak Lah... Jika Pak Lah takut pada Anwar sudah pasti Anwar masih tidak keluar penjara lagi pada masa ini... tidak perlu hendak ada kes Liwat 2...

Musuh Anwar sebenarnya ialah kawan-kawan Anwar yang bersama berjuang, yang sama berceramah, yang sama memaki kerajaan, yang sama membuat demonstrasi suatu ketika dahulu..

Mereka inilah yang fanatik kepada Anwar ... sehingga sanggup di tahan ISA untuk Anwar... semua demi Anwar dan PKR...

Namun mereka kali ini tidak lagi bersama Anwar... bahkan yang akan berceramah dan bergerak untuk berkempen ialah pengikut Anwar yang Fanatik suatu masa dahulu..

Nama-nama seperti Roslan Kasim, Ezam, Nala Karupan, Anwar Shari dan ramai lagi...

Mereka keluar dari PKR kerana mereka sedar bahawa ketuanya sudah melencong daripada perjuangan asalnya untuk membela nasib rakyat sebaliknya kemaruk untuk menggapai impiannya untuk menjadi Perdana Menteri. Justeru itu, mereka mengambil keputusan nekad untuk meninggalkan PKR dan memasuki UMNO yang lebih jelas dan tersusun perjuangannya untuk membela nasib rakyat.

Jadi tokoh-tokoh inilah yang yang sebenarnya akan berahadapan dengan Anwar..

Bagi pihak BN.. Mereka tidak akan rugi apa-apa. Jika kalah sekalipun mereka tidak akan berkurangan kerusi Dewan Rakyat...

Tetapi jika PKR kalah nescaya imej pemimpin besar PKR ini pasti akan tercalar dan kerusi mereka akan berkurang lagi..

Yang menghairankan kita.. Jika Anwar hebat sangat sepatutnya dia bertanding di kawasan bukan kubu PKR... Ini tidak! bertanding di kerusi Isteri sendiri...


Nampaknya Anwar penakut juga...

AN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kawan-kawan Anwar juga yang akan lawan Anwar....

tak payah UMNO hendak pening!..

Kongsi Link Anda